Volvo XC90 & XC90 Recharge Plug-in Hybrid Diangkat Pemenang Anugerah IIHS TOP SAFTEY PICK+ 2023

Share

Segmen SUV mewah bersaiz sederhana sememangnya menjadi kegilaan buat ramai eksekutif muda. Lebih menarik daya tarikan itu datang dari sepsifikasi canggih serta aspek keselamatan yang ditawarkan.

Volvo sebagai di antara pengeluar segmen ini sentiasa memainkan peranan mereka dalam menghasilkan jentera menepati citarasa ramai.

Terbaru, SUV mewah saiz sederhana mereka iaitu Volvo XC90 memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). Pengumuman ini dibuat selepas IIHS mengukuhkan syarat untuk anugerah TOP SAFETY PICK (TSP) dan TOP SAFETY PICK+ (TSP+).

Dengan kriteria baharu yang lebih ketat, setiap kenderaan memerlukan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan dan penyingkiran lampu hadapan di bawah taraf daripada pilihan kenderaan yang layak.

Sebahagian daripada visi Volvo Cars adalah untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang cedera parah atau terbunuh dalam kereta Volvo yang baharu.

Syarikat itu telah meletakkan keselamatan sebagai keutamaan untuk segala yang Volvo lakukan.

“Volvo XC90 terus membuktikan, tahun demi tahun bahawa ia adalah antara kenderaan yang paling selamat di atas jalan raya,” kata Åsa Haglund, ketua Volvo Cars Safety Centre.

Perubahan terbesar pada kriteria TSP dan TSP+ melibatkan penggantian ujian pelanggaran sisi IIHS yang asal. Ujian yang dikemas kini melibatkan 82 peratus lebih tenaga dan memerlukan kenderaan memperoleh penarafan yang boleh diterima atau baik untuk melayakkan diri untuk TSP, manakala penarafan yang baik diperlukan untuk TSP+.

Kedua-dua versi hibrid ringan (XC90) dan hibrid plug-in (XC90 Recharge) XC90 telah mendapat anugerah TSP+. Selain ciri keselamatan yang dianugerahkan, XC90 Recharge menawarkan sehingga 77 kilometer (NEDC) atau 35 batu (EPA) pemanduan elektrik sepenuhnya dalam mod Pure.

Volvo Cars telah meletakkan kelestarian sebagai kepenting yang sama taraf dengan keselamatan, dan telah mengumumkan rancangan untuk menjual kenderaan elektrik yang sepenuhnya menjelang tahun 2030 dan menyasarkan untuk mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2040.

Sah untuk masa yang terhad, pelanggan yang berminat dengan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid ataupun Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid dapat menikmati pakej perkhidmatan lima tahun percuma (VSA5+) jika mereka membuat tempahan dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023. VSA5+, atau dikenali sebagai ‘Volvo Service Agreement 5 Plus’, ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif selama 5 tahun daripada Volvo Cars yang meliputi lima perkhidmatan kereta pertama termasuk item Wear and Tear yang mungkin perlu diganti.

Selain daripada Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5, manakala tempahan untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000. Sah laku tawaran ini akan berlangsung hanya dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

Published by
Farizul Izwany