Pelepasan karbon merupakan antara masalah pencemaran yang kini dipandang cukup serius. Ia terutamanya di kalangan pembikin automotif yang memainkan peranan sangat penting dalam mengurangkan faktor pencemaran tersebut.

Salah satu langkah yang diambil oleh banyak syarikat automotif ialah dengan memperkenalkan lebih banyak teknologi kenderaan hibrid atau elektrik. Sebagai salah sebuah jenama automotif terkenal dan pemain utama industri, Volvo meletakkan diri mereka dengan visi mengukuhkan aspek kelestarian dengan rangkaian kendederaan elektrik hibrid plug-in di negara kita.

Hadir dengan misi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40& bagi setiap jenteranya, Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design. Menerusi inisiatif ini Volvo Car Malaysia kini satu-satunya jenama automotif di Malaysia yang menawarkan kereta pemasangan tempatan (CKD) bagi kesemua barisan kereta hibrid plug-in (PHEV) mereka.

Dibangunkan dengan platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo, Volvo XC40 Recharge T5 dilengkapi enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter dengan rangkaian kuasa Drive-E. Ia juga hadir dengan motor elektrik yang dipasang pada kotak gear automatik dual-clutch tujuh-kelajuan bagi menggerakkan roda hadapan.

Volvo XC40 Recharge T5, Jentera Hibrid Plug-In Mesra Alam Terkini

“Kami amat teruja kerana akhirnya kami dapat menawarkan salah satu SUV terbaik kami sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in, dan seterusnya melengkapkan barisan kenderaan PHEV kami. Pelancaran XC40 Recharge T5 menandakan kami telah bersedia untuk cara hidup yang lebih hijau pada masa yang akan datang.

“Dengan demikian kami akan terus berusaha ke arah masa depan yang lebih lestari dan akan memainkan peranan kami untuk bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon kami, tetapi juga membantu pelanggan kami mengurangkannya,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain.

IKLAN

Recharge T5 merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 hp dan daya kilas 425 Nm, sementara daya kilas 160 Nm dan daya kuasa setinggi 82 hp dihasilkan dari motor elektrik untuk memberikan pecutan serta merta. Dengan menggunakan enjin petrol, XC40 Recharge T5 mencapai 100km/j hanya dalam masa 7.3 saat dan kelajuannya dihadkan pada 180km/j setelah pengumuman dibuat oleh syarikat pada bulan Mac 2020 yang lalu.

Keselamatan dan Teknologi

XC40 Recharge T5 dilengkapi sistem teknologi keselamatan yang saling berhubung serta sistem infotainment canggih. Ia dihasilkan dengan kawalan dan kepakaran berkualiti tinggi yang sama daripada Volvo dengan meneruskan komitmen mereka untuk mengutamakan keselamatan buat pelanggan.

Volvo XC40 Recharge T5, Jentera Hibrid Plug-In Mesra Alam Terkini

Antara ciri keselamatannya ialah sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek. XC40 Recharge T5 menawarkan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik: Hibrid (tersedia), Tulen, Off-road, Berkuasa dan Individu.

IKLAN

Melalui ciri-ciri ini, Volvo Car Malaysia akan memastikan untuk memberikan kepada pelanggannya kriteria yang sama cemerlang, kebolehpercayaan dan prestasi kereta mewah kepada rakyat Malaysia.

Recharge R-Design

Volvo XC40 Recharge T5 hadir hampir serupa dengan varian XC40 yang lain iaitu rekaan elegan sentuhan Skandinavia dan gabungan penampilan yang cantik selari dengan keperluan dan fungsinya.

Tempat penyimpanan di kabin telah direka untuk menyediakan ruang penyimpanan yang lebih praktikal di bahagian pintu pemandu, termasuk cangkuk yang boleh ditarik untuk menggantung barang.

IKLAN

Volvo XC40 Recharge T5, Jentera Hibrid Plug-In Mesra Alam Terkini

“Dalam aspek keselamatan, reka bentuk dan prestasi untuk model ini adalah sama seperti dengan model Volvo yang lain. Melalui dedikasi pasukan kami, kami yakin kereta ini memenuhi ciri-ciri yang akan memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

“Pada masa yang sama, kami berharap pelancaran XC40 Recharge T5 akan memberikan pilihan yang lebih lestari bagi rakyat Malaysia dan mendorong mereka untuk berfikir supaya sama-sama mengambil langkah aktif untuk lebih lestari sehingga kita dapat mengekalkan persekitaran dan masa depan kita, ” tambah Nalin.

Jentera Volvo ini ditawarkan pada harga RM255,888, kini dikurangkan menjadi RM241,997.04 selepas pengecualian cukai jualan (atas jalan, tanpa insurans). Pada masa yang sama, Volvo XC40 juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia sebagai alternatif yang lebih selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.

Terdapat lima varian warna yang berbeza: Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG untuk maklumat terkini.

Jangan lupa juga untuk follow IG Maskulin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI