Pelepasan karbon merupakan antara masalah pencemaran yang kini dipandang cukup serius. Ia terutamanya di kalangan pembikin automotif yang memainkan peranan sangat penting dalam mengurangkan faktor pencemaran tersebut.
Salah satu langkah yang diambil oleh banyak syarikat automotif ialah dengan memperkenalkan lebih banyak teknologi kenderaan hibrid atau elektrik. Sebagai salah sebuah jenama automotif terkenal dan pemain utama industri, Volvo meletakkan diri mereka dengan visi mengukuhkan aspek kelestarian dengan rangkaian kendederaan elektrik hibrid plug-in di negara kita.
Hadir dengan misi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40& bagi setiap jenteranya, Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design. Menerusi inisiatif ini Volvo Car Malaysia kini satu-satunya jenama automotif di Malaysia yang menawarkan kereta pemasangan tempatan (CKD) bagi kesemua barisan kereta hibrid plug-in (PHEV) mereka.
Dibangunkan dengan platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo, Volvo XC40 Recharge T5 dilengkapi enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter dengan rangkaian kuasa Drive-E. Ia juga hadir dengan motor elektrik yang dipasang pada kotak gear automatik dual-clutch tujuh-kelajuan bagi menggerakkan roda hadapan.
“Kami amat teruja kerana akhirnya kami dapat menawarkan salah satu SUV terbaik kami sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in, dan seterusnya melengkapkan barisan kenderaan PHEV kami. Pelancaran XC40 Recharge T5 menandakan kami telah bersedia untuk cara hidup yang lebih hijau pada masa yang akan datang.
“Dengan demikian kami akan terus berusaha ke arah masa depan yang lebih lestari dan akan memainkan peranan kami untuk bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon kami, tetapi juga membantu pelanggan kami mengurangkannya,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain.
Ads
Recharge T5 merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 hp dan daya kilas 425 Nm, sementara daya kilas 160 Nm dan daya kuasa setinggi 82 hp dihasilkan dari motor elektrik untuk memberikan pecutan serta merta. Dengan menggunakan enjin petrol, XC40 Recharge T5 mencapai 100km/j hanya dalam masa 7.3 saat dan kelajuannya dihadkan pada 180km/j setelah pengumuman dibuat oleh syarikat pada bulan Mac 2020 yang lalu.
Keselamatan dan Teknologi
XC40 Recharge T5 dilengkapi sistem teknologi keselamatan yang saling berhubung serta sistem infotainment canggih. Ia dihasilkan dengan kawalan dan kepakaran berkualiti tinggi yang sama daripada Volvo dengan meneruskan komitmen mereka untuk mengutamakan keselamatan buat pelanggan.
Antara ciri keselamatannya ialah sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek. XC40 Recharge T5 menawarkan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik: Hibrid (tersedia), Tulen, Off-road, Berkuasa dan Individu.
Ads
Melalui ciri-ciri ini, Volvo Car Malaysia akan memastikan untuk memberikan kepada pelanggannya kriteria yang sama cemerlang, kebolehpercayaan dan prestasi kereta mewah kepada rakyat Malaysia.
Recharge R-Design
Volvo XC40 Recharge T5 hadir hampir serupa dengan varian XC40 yang lain iaitu rekaan elegan sentuhan Skandinavia dan gabungan penampilan yang cantik selari dengan keperluan dan fungsinya.
Tempat penyimpanan di kabin telah direka untuk menyediakan ruang penyimpanan yang lebih praktikal di bahagian pintu pemandu, termasuk cangkuk yang boleh ditarik untuk menggantung barang.
Ads
“Dalam aspek keselamatan, reka bentuk dan prestasi untuk model ini adalah sama seperti dengan model Volvo yang lain. Melalui dedikasi pasukan kami, kami yakin kereta ini memenuhi ciri-ciri yang akan memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
“Pada masa yang sama, kami berharap pelancaran XC40 Recharge T5 akan memberikan pilihan yang lebih lestari bagi rakyat Malaysia dan mendorong mereka untuk berfikir supaya sama-sama mengambil langkah aktif untuk lebih lestari sehingga kita dapat mengekalkan persekitaran dan masa depan kita, ” tambah Nalin.
Jentera Volvo ini ditawarkan pada harga RM255,888, kini dikurangkan menjadi RM241,997.04 selepas pengecualian cukai jualan (atas jalan, tanpa insurans). Pada masa yang sama, Volvo XC40 juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia sebagai alternatif yang lebih selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.
Terdapat lima varian warna yang berbeza: Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG untuk maklumat terkini.
MASKULIN yakin anda mungkin pernah melihat kelibat kereta yang menggunakan tayar dan modifikasi ‘hellaflush’ atau juga digelar ‘tayar kangkang’ di atas jalan raya.
Selama ini, penuli sendiri berasa kagum dengan kesungguhan peminat kereta modifikasi ini yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan penampilan kereta seperti ini.
Tidak keterlaluan dikatakan trend ‘hellaflush’ ini semakin mendapat sambutan dan popular di kalangan segelintir peminat auto di Malaysia.
Tapi adakah ia sejenis bentuk modifikasi yang dibenarkan dari segi undang-undang?
BOLEH DIDENDA
Menerusi satu hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menjelaskan bahawa ubah suai kenderaan menggunakan tayar hellaflush adalah satu kesalahan dan boleh didenda sehingga RM2,000.
Foto kredit: Prettymotors.com
Jelas PDRM lagi, Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.
Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59, iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Buat pemilik kereta yang melakukan modifikasi ini, tidak terlambat untuk anda menukar semula kepada bentuk asal. Atau mungkin kekalkan sahaja jika kereta tersebut bukan untuk kegunaan harian dan dijadikan koleksi peribadi sahaja.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika sebelum ini Mazda SUV pernah keluarkan CX 3, 5, 8 dan 9 tetapi kali ini Mazda telah mencipta kenderaan jenis croos over baharu yang diberi nama Mazda CX-30.
Enjin Yang Memukau
CX-30 dijanakan oleh enjin 2.0 liter Skyactiv-G dengan kuasa 163 hp pada 6,000 rpm dan tork 213 Nm pada 4,000 rpm yang kuasanya disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gerak automatik enam kelajuan.
Manakala varian 1.8D diesel untuk pasaran Malaysia boleh menghasilkan kuasa sehingga 116 PS pada 4,000 rpm dan tork 270 Nm dari 1,600 hingga 2,700 rpm, dengan disalurkan kuasanya menerusi kotak gear yang sama.
Hiasan Dalam Lebih Sporty
Di ruang dalam, masih diguna pakai kemasan kulit dari dach board sehingga ke staringnya. Jika di lihat pada tempat duduk pula terlihat semuanya digunakan fabrik.
Untuk sistem hiburan pula, kesemua varian diberikan sistem infotainmen Mazda Connect dengan skrin 8.8-inci, fungsi kawalan menggunakan suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth serta boleh dikawal dengan suis Commander Control.
Lebih Selamat Ketika Memandu
Dari segi keselamatan pula, ia di datangkan dengan beg udara hadapan, sisi tirai dan bahagian lutut pemandu. Malah ia juga ada ciri keselamatan ABS, DSC, EBD dan BA.
Untuk kawalan ketika pemanduan pula, ia dilengkapi dengan kawalan cengkaman, bantuan mula daki, isyarat berhenti kecemasan, penahan automatik, pengunci pintu auto, cagak ISOFIX, engine immobiliser dan amaran pemakaian tali pinggang keledar untuk semua penumpang.
Ia dijual dengan harga RM 143,000 sehingga RM 173,000. Pelbagai varisi warna antaranya seperti Soul Red Crystal sebagai warna basic, dan didatangkan sekali dengan warna pilihan seperti Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Polymetal Gray, Titanium Flash dan Jet Black.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti kita memakai kasut yang lawa begitu juga dengan kereta. Pastinya ‘kasut’ untuk kereta juga anda mahu nampak lebih gah dan gempak!
Kebiasaannya buat mereka yang baru sahaja memiliki kereta baru di antara modifikasi paling senang untuk dilakukan ialah menukar sport rim. Apatah lagi jika anda membeli kereta yang dibekalkan dengan rim standard dan kelihatan tidak mengancam di mata anda.
Namun dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen serta aksesori terdapat beberapa perkara perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Ingat ya, menggunakan sport rim sangat penting bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan tetapi juga untuk keselamatan anda.
Jika tersilap pasang padah boleh datang mengundang. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
UKURAN LEBAR RIM
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.