L

Setiap pengeluar telefon pintar pada masa kini berlumba-luma untuk mengetengahkan teknologi serta inovasi baharu kepada pengguna. Antara ciri-ciri yang sering diberi penekanan ialah kamera dan fungsi swafoto. Itulah yang diambil oleh Vivo menerusi peranti terbarunya, Vivo V20 dan V20 Pro.

Siri V20 ini hadir dengan tawaran keupayaan inovatif swafoto yang membolehkan pengguna untuk merakam dan mengabadikan momen terindah dalam hidup mereka, terutama dengan teknologi terbaharunya dikenali sebagai Eye Autofocus.

Kamera hadapan V20 dan V20 Pro dilengkapi kamera depan 44MP Eye Autofocus manakala V20 Pro pula dilengkapi dengan Eye Autofocus Dual Front Camera. Ia terdiri daripada 44MP Super Definition Main Camera dan 8MP Super Wide-Angle Camera.

Manakala lensa utama bagi V20 dan V20 Pro pula menampilkan Eye Autofocus (AF). Ia dijana menerusi penggunaan algoritma lanjutan bagi mengesan fokus kepada objek swafoto bergerak.

Vivo V20 Telefon Pintar Dilengkapi Teknologi Hebat Eye Autofocus

IKLAN

Kualiti vlog dipertingkatkan lagi dengan ciri Steadiface Selfie Video yang menstabilkan subjek apabila merakam video, melalui algoritma pemfokusan wajah yang melakukan pemotongan tepi secara bersasar. Ciri-ciri ini mencerminkan kepekaan vivo tentang masalah pengguna umum apabila merakam gambar dan video menggunakan telefon pintar.

CIRI TAMBAHAN

Selain itu ia juga sarat dengan pelbagai ciri tambahan seperti Slo-Mo Selfie Video, 4K Selfie Video dan Super Night Selfie. Komposisi kamera belakang 64MP-8MP-2MP menampilkan ciri Super Night Mode pada lensa utamanya.

Ia menyokong rakaman menggunakan tripod, pemandangan malam bersudut lebar serta Stylish Night Filter yang membolehkan pengguna mengambil dalam pencahayaan malap.

IKLAN

Vivo V20 Telefon Pintar Dilengkapi Teknologi Hebat Eye Autofocus

Peranti ini juga menampilkan Dual-View Video yang membolehkan pengguna menggabungkan bahagian rakaman yang diambil menggunakan kamera depan dan belakang, menggandakan daya kreativiti mereka dan menjadikan ia lebih menyeronokkan.

IKLAN

8MP Super Wide Camera pula bagi V20 Pro menawarkan Super Wide-Angle Selfie bersudut 105° (103.6° selepas pembetulan distorsi), dan digandingkan bersama algoritma pembetulan distorsi untuk menghasilkan gambar yang sangat lebar dan tampak semula jadi.

V20 dan V20 Pro masing-masing dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 720G dan 765G dan bateri 4,000mAh (TYP) FlashCharge 33W untuk ketahanan padu dan masa pengecasan yang pantas.

Ia menggunakan sistem operasi Android 11 yang baru dilancarkan. Dengan Android 11 pengguna boleh melihat, membalas, dan mengawal perbualan mereka di beberapa aplikasi pesanan teks menerusi satu tempat sahaja. Ia juga memberi pengguna laluan satu sentuhan untuk mengendalikan peranti yang terhubung.

Berminat untuk mengetahui dan mendapatkan produk ini, anda boleh lihat di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI