Ia satu perlumbaan yang sangat laju. Dan perlumbaan yang dimaksudkan di sini bukanlah tentang jentera Formula 1 atau MotoGP tetapi perlumbaan menghasilkan teknologi dan inovasi terkini dalam dunia telekomunikasi terutamanya telefon pintar.

Nama-nama besar dan pemain utama industri penghasilan telefon pintar tidak pernah kering idea untuk menampilkan ciri-ciri baru yang diyakini mampu menarik perhatian pengguna.

Terbaru jenama telefon pintar dari China iaitu Vivo memperkenal sebuah telefon pintar yang dianggap cukup sensasi muncul dengan dua skrin di depan dan di belakang. Paling menarik ia tidak datang dengan kamera hadapan atau selfie kerana fungsi skrin belakang itulah yang akan memaksimumkan penggunaan kamera utama.

INOVASI PAPARAN

Vivo Nex Dual Display Edition: Telefon Pintar Memiliki Skrin Di Depan & Belakang
Vivo Nex Dual Display Edition

Walaupun sebelum ini Nubia X pernah muncul dengan inovasi lebih kurang sama tetapi dari segi execution Vivo melakukannya dengan lebih baik seiring dengan pengalaman luas mereka.

Vivo Nex Dual Display Edition mempunyai skrin di AMOLED belakang yang berukuran 5.49 inci dan dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.

Ads

Bagi fungsi selfie dan video sebanyak tiga kamera di bahagian belakang boleh digunakan. Ia dilengkapi juga dengan 12 megapiksel sensor (OIS + AF), 2 megapiksel sensor untuk informasi kedalaman (juga dikenali sebagai Vivo night vision camera) dan kamera TOF-3D.

Vivo Nex Dual Display Edition: Telefon Pintar Memiliki Skrin Di Depan & Belakang
Turut dilengkapi dengan tiga kamera belakang

BACA: Hati-Hati Spycam Mirip Pemetik Api Dijumpai Dalam Tandas!

Menurut Vivo fungsi-fungsi kamera tersebut juga digunakan untuk mengukur jarak semasa mengambil foto dan juga facial recognition jika mahu unlock telefon dengan menggunakan skrin belakang. Vivo Nex Dual Display Edition juga dilengkapi ‘Lunar Ring’ yang bertindak sebagai LED notification, flash foto dan juga mempamerkan visual lampu ketika lagu dimainkan.

Ads
Vivo Nex Dual Display Edition: Telefon Pintar Memiliki Skrin Di Depan & Belakang
Skrin belakang yang turut mempunyai fungsi touchpad pastinya disambut baik oleh gamer

Skrin di belakang ini juga mempunyai banyak fungsi lain selain untuk selfie. Ia juga boleh digunakan sebagai touchpad yang pastinya diidamkan untuk peminat permainan video.

SKRIN HADAPAN

Bagi skrin hadapan atau skrin utama Vivo Nex Dual Display Edition mempunyai skrin penuh AMOLED berukuran 6.39 inci dengan resolusi 2340 x 1080. Ia turut dilengkapi dengan 10GB RAM, 128 GB storan dalaman dan pemproses Snapdragon 845.

Ads

Baterinya juga mempunyai kapasiti yang cukup baik dengan 3500 mAh. Bagi peminat audio, jangan risau kerana telefon ini mempunyai sambungan jack. Dengan menggunakan sistem operasi Vivos Funtouch OS 4.5 dari asas Android 9 Pie, ia menawarkan pelbagai pengalaman serta fungsi AI kepada penggunanya.

Vivo Nex Dual Display Edition: Telefon Pintar Memiliki Skrin Di Depan & Belakang
Vivo Nex Dual Display Edition ditawarkan dalam dua warna berbeza

Sehingga kini ia masih lagi belum dipasarkan di Malaysia. Menurut sumber terkini, Vivo Nex Dual Display Edition akan mula berada di pasaran China bermula pada 29 Disember 2018 dengan harga kira-kira RMB5000 (RM3041).

Apa pandangan anda tentang inovasi hebat yang diperkenalkan oleh Vivo pada kali ini?

Skrin di belakang… is it necessary or not?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI