Tidak dinafikan pengambilan vitamin C memang banyak manfaatnya. Bukan sahaja untuk kesihatan, ramai yang ghairah mengambil vitamin C untuk kecantikan kulit wajah.

Khasiatnya memang tidak boleh kita sangkal, namun jangan terlalu bergantung harap pada vitamin C semata-mata sehingga anda tidak sedar pengambilannya sudah terlebih had.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsian di laman Facebooknya, pengambilan vitamin C yang terlalu banyak boleh memberi kesan sampingan pada kesihatan.

Jadi berwaspadalah ketika mengambil vitamin C ini mengikut dos yang dicadangkan. Jangan kerana terpengaruh dengan promosi untuk kurus dan miliki kulit cantik, anda memandai-mandai makan vitamin C tanpa syor yang dicadangkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Amalkan 3 Tip Ini Agar Vitamin C Yang Anda Makan Lebih Berkesan!

IKLAN

KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C TERLALU BANYAK

Vitamin C (asid askorbik) adalah nutrien yang penting dalam pemakanan. Ia adalah vitamin larut air yang membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak yang normal.

Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, ia adalah penting bagi kita pastikan vitamin C ada dalam pemakanan kita.

Sebiji atau dua biji oren yang besar sudah cukup menyediakan vitamin C untuk keperluan sehari. Vitamin C juga boleh didapati dengan memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kiwi, tomato, atau strawberi.

IKLAN

Jika bagi orang dewasa, pengambilan vitamin C yang disyorkan adalah 65-90 miligram (mg) sehari, namun boleh diambil lebih dari dos yang dicadangkan. Maksima bagi pengambilan vitamin C adalah 2,000 mg sehari.

Pengambilan terlalu banyak vitamin C pemakanan mungkin berbahaya, kerana vitamin C yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui air kencing. Namun begitu, anda akan mengalami masalah berkaitan berlebihan dos (overdose) apabila anda mengambil melebihi 2,000 mg sehari.

Vitamin C Memang Banyak Khasiatnya Tapi Kalau Terlebih Dos, Ini Kesan Yang Bakal Anda Alami!

IKLAN

BACA: Tak Miss Ambil Setiap Hari, Wanita Kongsi 15 Kebaikan Vitamin C Jadikan Kulit Flawless & Sihat!

Dos tinggi vitamin C boleh menyebabkan:

1. Cirit-birit
2. Loya
3. Muntah
4. Pedih ulu hati (Heartburn)
5. Kembung perut dan kekejangan
6. Sakit kepala
7. Sukar untuk tidur (Insomnia)
8. Batu karang

Jadi banyakkan minum air bagi memastikan kesan sampingan ini dapat dikurangkan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI