Setelah dunia mula menarik nafas lega dengan ‘pengunduran’ virus COVID-19. Terbaru, muncul pula penularan virus ‘human metapneumovirus’ (HMPV), iaitu virus pernafasan yang kini menjejaskan beberapa negara Asia lain.
Kes HMPV meningkat mendadak, terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 14 tahun di wilayah utara China.
Pihak berkuasa kesihatan China telah memperkenalkan protokol pelaporan makmal dan sistem pemantauan radang paru-paru tidak diketahui asal untuk mengurus peningkatan kes.
Negara jiran seperti Hong Kong dan Jepun telah memperketat pemantauan, dengan Jepun melaporkan lebih 718,000 kes influenza pada musim ini, termasuk ribuan kes mingguan di hospital. Pakar kesihatan menggesa langkah pencegahan seperti membasuh tangan, memakai pelitup muka, dan mematuhi garis panduan kesihatan awam untuk mengehadkan penularan virus ini.
Tanda dan Gejala
Gejala jangkitan HMPV boleh berbeza-beza ringan hingga teruk, bergantung pada usia, status kesihatan, dan imuniti individu yang terjejas. Antara tanda dan gejala yang biasa termasuk:
Gejala Ringan:
- Batuk kering
- Selesema atau hidung tersumbat
- Sakit tekak
- Demam ringan
Gejala Sederhana hingga Teruk:
- Sesak nafas
- Lelah atau keletihan
- Bernafas laju (tachypnea)
- Bunyi nafas berbunyi (wheezing)
- Kehilangan selera makan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak
Komplikasi Serius:
- Bronkiolitis
- Pneumonia
- Asma yang bertambah buruk
- Hipoksemia (kekurangan oksigen dalam darah)
Kes HMPV Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jangkitan hMPV bukanlah satu penyakit yang baru.
hMPV atau Human Metapneumovirus merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Menurut KKM, di Malaysia jangkitan hMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
hMPV bukan penyakit baru, ada 327 sampel positif dilaporkan di Malaysia tahun lepas
“Berdasarkan data daripada Makmal Kesihatan Awam dan makmal hospital KKM, 327 sampel dikesan positif hMPV pada 2024 berbanding 225 sampel positif hMPV pada 2023,” kata kenyataan itu.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Situasi Jangkitan Saluran Pernafasan Akut di Malaysia pic.twitter.com/FwjXJnpK45
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) January 4, 2025
Bagaimana HMPV Merebak Pada Manusia?
HMPV merebak melalui hubungan langsung dengan seseorang yang menghidapnya atau daripada menyentuh benda yang tercemar dengan virus itu. Contohnya:
- Batuk dan bersin.
- Berjabat tangan, berpelukan atau bercium.
- Menyentuh permukaan atau objek seperti telefon, pemegang pintu, papan kekunci atau mainan.
Sumber : Berita Harian, Bernama
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
View this post on Instagram
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI