Viral Gadis 24 Tahun Mampu Beli Rumah? Ini 7 Perkara Yang Patut Para Lelaki Hadam Agar Hidup Lebih Selesa

Share

Baru-baru ni kecoh dan viral di media sosial tentang wanita muda yang berjaya beli rumah sendiri di zaman ekonomi tak mementu. Ada netizen memuji dan tidak kurang juga yang mempertikaikan.

Jadi dari kita berfikiran negatif baiklah kita mengambil pengajaran baik darinya, dan ubah untuk kehidupan yang lebih selesa. Selesa bukan bermaksud kau kaya-raya, punya duit berjuta atau pandu kereta import mewah gah di jalan raya. Cukuplah punya rumah sendiri, tidur lena, hati senang, bebas daripada hutang. Nak pergi mana pun boleh. Tak gelabah bila nombor tak kenal telefon.

Untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, kau orang mesti bermula di usia yang muda. Tangguhkan kehendak buat sementara waktu.

Antara perkara yang kau orang boleh buat ialah :

1. Bayar Diri Sendiri

Peruntukan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan untuk simpanan masa depan. Tak mampu simpan 10%, simpan RM 50 sebulan dahulu pun tak apa. Janji simpan sedikit sebanyak.

2. Berbelanja Kurang Daripada Pendapatan

Kau orang kena berbelanja di bawah pendapatan. Jika kau mampu beli baju berjenama apa salahnya kau orang sekadar beli baju murah tapi berkualiti. Pastikan perbelanjaan kau orang tak melebihi pendapatan yang kau orang dapat. Ini gaji RM2000, tapi nak pakai kereta Honda City. Sedar-sedarlah diri tu.

3. Mulakan Pelaburan

Cari dan belilah aset hartanah di usia yang muda. Dapat dijadikan sebagai pelaburan misalnya. Kau orang kena tahu apa itu aset, apa itu liabiliti. Ramai orang tak boleh membeli aset sebab banyak liabiliti. Cari aset yang sesuai dengan kemampuan diri dan mempunyai potensi untuk pelaburan.

Korang boleh juga melabur di instrument yang diyakini untuk kembangkan wang korang. Antaranya Pelaburan Hartanah, ASB, Tabung Haji, Emas, Amanah Hartanah Bumiputra.

4. Jangan Jadi Hamba Kad Kredit

Jika rasa diri tak pandai guna kad kredit, tak payah guna. Jangan pandai swipe je tapi tak pandai nak bayar. Hutang yang sedikit lama-lama semakin membukit. Diri sendiri juga yang sakit.

Kalau nak beli apa-apa, beli saja secara tunai. Kalau tak ada tunai, tak payah beli lagi.

5. Tabung Kecemasan

Sediakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk tabung kecemasan. Tabung kecemasan ini penting. Jika berlaku apa-apa, tak adalah kau orang nak gelabah sangat hutang sana sini. Boleh juga kau gunakan manfaat pelindungan takaful.

6. Hapuskan Hutang Jahat

Bagi yang banyak hutang tu, berusahalah untuk hapuskan hutang sedikit demi sedikit sebelum usia makin meningkat. Hutang jahat mesti dibayar dan diselesaikan dengan kadar yang segera.

7. Tambah ilmu

Ilmu penyuluh hidup. Kalau kau ada wang berjuta tetapi tak ada ilmu pun tak guna jugak. Kalau ada ilmu tapi tak amal pun tiada gunanya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Berusahalah untuk cari dan tambahkan ilmu. Laburkan sedikit duit untuk membeli bahan bacaan. Luangkan masa baca post-post berkaitan hartanah, kewangan atau apa sahaja yang dapat membantu kau orang untuk menambahkan ilmu.

***

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Pilihan di tangan kau orang. Kau orang yang tentukan hidup kau orang sendiri.

Mereka yang berjaya pada hari ini adalah kerana pengorbanan yang mereka lakukan pada masa lalu. Jangan hanya melihat pada kejayaan mereka tetapi lihatlah apa yang telah mereka lalui untuk mencapai kejayaan tersebut. Kah!

Sumber : Amir Syahir 

 

Published by
Ruziana Zainal