Jaga-Jaga Gelembung Air, Boleh Terjadinya Kayap
Risiko-risiko utama penyakit kayap adalah:
1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
2.Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini menyebabkan penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini akan terus kekal di dalam badan pesakit iaitu virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion).
Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Virus yang sama ini akan menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut dan menyebabkan kayap.
FOLLOW MASKULINMAG