Warrior Perkenalkan Aedy Ashraf Sebagai Duta Warrior Carbonated Plus
Pada musim Raya ini, Warrior Carbonated PLUS hadir dengan kelainan yang menarik untuk meraikan sambutan Raya dengan memperkenalkan Aedy Ashraf sebagai duta jenama rasmi.
Kerjasama ini hadir pada masa yang tepat, menjadikan Warrior sebagai teman sempurna untuk jamuan buka puasa, hidangan Raya, dan perjalanan balik kampung, memastikan setiap detik dinikmati sepenuhnya.