Maskulin Special Aidiladha : Bolehkah Berkongsi Haiwan Korban Untuk Tujuan Korban Dan Akikah?
Hukum berkongsi seekor binatang korban iaitu sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah ialah harus.
Namun, dari segi pembahagian setiap haiwan yang dikorbankan sama ada unta, lembu atau kerbau itu tidak melebihi daripada tujuh bahagian.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kami melakukan korban bersama Rasulullah SAW pada tahun perjanjian Hudaibiyah dengan badanah (unta gemuk) untuk tujuh orang dan lembu juga untuk tujuh orang.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Menurut Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Memadai seekor unta, demikian juga lembu untuk tujuh orang, sama ada untuk sebuah ahli keluarga ataupun untuk beberapa ahli keluarga. Sama ada mereka itu melakukan korban dengan maksudnya yang sama ataupun berbeza, sama ada korban wajib atau sunat atau sebahagian mereka hanya mahukan daging.
FOLLOW MASKULINMAG
#MASKULIN #MASKULINSPECIALAIDILADHA #MASKULINMAG