Ads
Ads

Betul Ke Cepat Sado Bila Berlatih Di Gym?

Latihan di gym pula berbeza sedikit daripada calithenics, dan rata-rata yang bina badan dengan senaman gym, tak suka lakukan senaman calisthenics temasu Admin sendiri. Betullah orang kata, kita akan kuat dengan apa yang kita berlatih. Yang boleh burpess 1000 belum tentu boleh deadlift 200kg, dan begitu juga sebaliknya.

Beza paling ketara antara kedua-dua ini adlaah pilihan senaman dan intensiti latihan. PErsamaan merka, dua-dua boleh bina otot dan bakar lemak, tetapi sampai tahap mana? Semestinya, kalau anda nak bina badan yang besar, calisthenics bukanlah prioriti tetapi masih boleh dilakukan. Bagi yang mengamalkan calisthenics pula, anda tak boleh harapkan untuk jadi sekuat mereka yang berlatih senaman di gym dan menjadi besar seperti mereka.

Admin tak kata gym lebih baik sebab dua-dua ada peminatnya sendiri. Cuma, kalau sasaran mereka ingin jadi sebesar abang sado yang pergi ke gym, tanpa pergi ke gym, memang tak akan jadi.

Calisthenics kekurangan dari segi kesenangan untuk naikkan intensiti latihan. Senamannya juga agak terbatas, sekadar ubah variasi dan darjah sahaja. Sedangkan, nak bina badan memerlukan pendedahan stimulasi menyeluruh. Nak jadi kuat juga, anda kena angkat berat-berat, tetapi calisthenics kekurangan bahagian kesediaan bebanan.

FOLLOW MASKULIN DI YOUTUBE, FACEBOOK DAN INSTAGRAM

#MASKULINMAG #SIHAT #MASKULINFITNESS #FITNESS

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads