Ads
Ads

Berkesankah Home Workout?

Cara untuk anda bina badan di rumah:

1. Bahagikan workout rutin kepada 2 bahagian – upper body dan lower body
Train setiap bahagian 2 kali seminggu. Contohnya, upper body hari Isnin, lower body hari Selasa, rehat pada hari Rabu, upper body hari Khamis, rehat pada hari Jumaat, lower body hari Sabtu dan rehat pada hari Ahad. Apapun jadual yang anda buat, pastikan anda tak train bahagian yang sama 2 kali berturut-turut.

2. Lakukan squat
Lakukan squat dengan pelbagai variasi. Jika anda beginner, lakukan yang basic dahulu. Contohnya, basic squat dan sumo squat. Jika anda sudah mahir dan rasakan ianya terlalu senang, cuba cara yang lebih mencabar dan tambahkan reps squat. Antara squat yang agak mencabar ialah pistol squat. Cuba tambahkan reps dari semasa ke semasa untuk lebih mencabar. Ini adalah cara bina badan di rumah yang penting untuk anda lakukan.

3. Tambahkan pergerakan hamstring dalam lower body workout anda
Pergerakan hamstring yang paling basic adalah glute bridge. Ianya dilakukan dengan berbaring di belakang anda di atas lantai. Caranya adalah tarik lutut anda sebanyak 90 darjah, tekan tumit anda ke tanah dan angkat pinggul anda. Untuk cara yang lebih mencabar, angkat kaki anda ke bangku atau kerusi dan lakukan langkah itu, atau cubalah dengan menggunakan hanya satu tumit kaki yang bersentuhan dengan tanah dan kaki yang lain dinaikkan.

4. Lakukan pull-up dan push-up untuk upper body
Untuk melakukan pull-up, anda memerlukan doorway pull-up bar yang boleh dibeli di kedai sukan ataupun secara online. Pull-up bagus untuk membina back dan biceps. Jika anda tiada bajet untuk membeli doorway pull-up bar, maka push-up sahaja sudah mencukupi. Push-up bagus untuk membina chest, triceps dan shoulder. Terdapat banyak jenis pull-up dan push-up. Antara contoh bagi senaman pull-up adalah classic pull-up, tarzan pull-up dan side to side pull-up. Bagi senaman push-up pula contohnya adalah wide push-up, close push-up, diamond push-up dan tiger push-up. Lakukan jenis pull-up atau push-up yang berbeza dari semasa ke semasa supaya tidak bosan dan lebih mencabar.

Follow Maskulin di Youtube, Facebook dan Instagram

#sihat #Maskulin #Workout #FitnessMaskulin #MaskulinFitness

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads