Brisk Walking Mampu Jadikan Anda Kurus?
Kelebihan Brisk Walk
Para saintis di University of Pittsburgh mendedahkan bahawa orang yang berlebihan berat badan yang berjalan dengan cepat selama 30 hingga 60 minit sehari boleh kehilangan berat walaupun mereka tidak mengubah cara pemakanan seharian.
Penyelidik di University of Colorado mendapati bahawa berjalan membantu mencegah penyakit arteri perifer (yang merosakkan aliran darah di kaki dan menyebabkan sakit kaki dikalangan orang tua).
Penyelidik di sekolah perubatan University of Massachusetts mendapati bahawa orang yang berjalan setiap hari mempunyai 25 peratus kurang menghidap selesema berbanding yang tidak aktif.
Berjalan adalah latihan berat badan, ia juga dapat membantu mencegah osteoporosis penyakit tulang.
Bagi orang yang mengalami kemurungan, berjalan tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit membantu meningkatkan mood seseorang.