Cabaran Terbesar Bila Menjadi Usahawan
CABARAN KEWANGAN Ini adalah cabaran utama yang dihadapi oleh para usahawan. Cabaran kewangan merangkumi perkara-perkara seperti masalah modal, masalah aliran tunai (cashflow), masalah bajet, masalah bayaran masuk, masalah pengurusan akaun, masalah pengurusan hutang dan kos-kos operasi syarikat serta kos-kos tambahan dan lain-lain. Perniagaan yang mantap ialah perniagaan yang tiada masalah kebocoran duit. Setiap transaksi kewangan direkod dengan baik manakala laporan akaun syarikat sepadan. Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, bagaimana korang nak pastikan perniagaan yang dijalankan itu masih bernyawa?