Selepas memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-34 menerusi lagu ‘Sumpah’, nampaknya rezeki Naim Daniel terus mengalir apabila dia berjaya memiliki rumah pertama idamannya.
Luahan rasa bersyukurnya itu telah dikongsikan Naim Daniel di laman Instagramnya. Selain peminat, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas pemilikan rumah pertamanya itu.
Baru-baru ini, MASKULIN sempat menemubual Naim Daniel tentang rumah impiannya.
Menurut selebriti berusia 23 tahun itu, rumah impiannya cukup sekadar rumah biasa yang menjadi impian dia dan keluarganya.
“Kalau boleh nak buat bawah tasik,” sempat Naim Daniel berseloroh kepada wartawan MASKULIN saat ditanya rumah bagaimana yang diimpikan.
Katanya lagi, rumah yang dibelinya itu merupakan rumah yang dicari oleh mamanya.
“Mama kata ok lah, rumah ni untuk kau nak stay sorang. And also, rumah ini sesuai untuk next time in future jika dah ada famili, rumah ni boleh guna. Ok lah, mungkin ni rumah persediaan untuk mengakhiri fasa-fasa bujang ke, apa ke kan?” kongsi Naim Daniel.
Apa-apa pun, tahniah MASKULIN ucapkan buat Naim Daniel!
Sumber Gambar: Instagram Naim Daniel