Dalam media sosial, tular satu video sekumpulan remaja bertindak kurang ajar dengan membuli seorang warga emas.
Video berkenaan bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi wargamaya dan majoriti naik bengang dan rasa sangat marah.
Letak sampah atas kepala
Ini kerana kelakukan remaja terbabit terutamanya yang memakai baju berwarna hitam melepaskan motosikal sehingga terkena kaki mangsa.
Selain itu sebelum mangsa beredar, remaja terbabit siap sempat baling kotak dan cuba letakkan sampah di atas kepala mangsa.
Yang jadi kurang bijaknya, video berkenaan dirakam oleh salah seorang daripada kumpulan remaja terbabit kemudian dengan bangganya, memuat naik ke media sosial.
Akibat ‘kantoi’, ahli keluarga warga emas terbabit dan orang-orang kampung keluar mencari remaja terbabit dan akhirnya, mereka kena ‘kutip’.
Setelah dikenal pasti, remaja-remaja terbabit ditangkap dan berdepan dengan ahli keluarga mangsa yang mempersoalkan tindakan kurang ajar mereka.
“Kenapa kau buat bapak aku macam tu?” – Anak mangsa
Kejadian berlaku di Sijangkang, Selangor dan ketika ini, belum ada sebarang update terbaharu dengan kes berkenaan.
Dari pihak Maskulin, kelakuan anak-anak terbabit menunjukkan ada di antara generasi muda hari ini semakin parah perangainya.
Entah di mana silapnya. Adakah kerana ibu bapa terlalu manjakan anak-anak atau pun mereka sebenarnya kurang kasih sayang daripada ahli keluarga? Bincangkan.