Tahniah skuad Harimau Malaya yang telah melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Dalam perlawanan yang penuh mendebarkan dan dramatik hingga ke saat akhir menentang Thailand semalam, skuad negara telah mencatatkan keputusan seri dua sama.

Dengan kelebihan gol di tempat lawan skuad kendalian Tan Cheng Hoe melayakkan diri ke perlawanan akhir. Ini merupakan final yang keempat buat pasukan Harimau Malaya sejak menyertai kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia Tenggara ini sejak tahun 1996.

“Bagaikan nak tercabut jantung!”

Itulah reaksi ramai penyokong-penyokong skuad negara yang menyaksikan perlawanan semalam. Jujur penulis katakan, perlawanan separuh akhir semalam antara yang paling dramatik dalam sejarah kejohanan ini.

Apa tidaknya, dengan baki masa kecederaan beberapa minit sahaja tamat, Thailand diberikan sepakan penalti kerana pengandil mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan negara, Syahmi Safari.

Bagaikan skrip filem yang kadangkala tak masuk akal, sepakan Adisak Kraisorn melambung tinggi hingga ke angkasa. Penulis yakin, seluruh negara pasti riuh dengan gegak gempita jeritan kegembiraan penyokong bola sepak di stadium dan juga di rumah.

Kira-kira jam tiga petang tadi, MASKULIN sempat menyambut wira-wira negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang pulang dari Bangkok. Penulis sempat menemubual beberapa orang pemain negara dan antaranya ialah pemian muda penuh berbakat yang juga ayam tambatan pasukan JDT, Safawi Rasid.

IKLAN
“Video Itu Bukan Nak Perli Thailand, Tapi Sekadar Meraikan Kejayaan” – Safawi Rasid
MASKULIN mendapatkan sendiri maklum balas dari Safawi Rasid di KLIA awal petang tadi.

 

Kelincahannya sepanjang kejohanan ini menyaksikan Safawi sering dikawal rapi oleh setiap pasukan yang menentang skuad negara. Begitu juga dengan perlawanan semalam yang menyaksikan Safawi diasak berkali-kali dengan keras oleh pemain Thailand. Bagai Safawi ia bukanlah satu masalah besar buatnya kerana ini merupakan tanggungjawabnya kepada pasukan dan negara.

Ditanya tentang pasukan manakah yang mahu dihadapinya di final sama ada Filipina atau Vietnam, Safawi berkata dia tidak kisah untuk menentang mana-mana pasukan. “Kami sudah bersedia dan akan cuba dapatkan keputusan baik di sini atau di tempat lawan. Kondisi saya juga agak baik cuma kena buat treatment dan tengok bahagian belakang. saya akan cuba sebab belakang rasa sakit sikit bila membengkok.”

 

View this post on Instagram

 

❤️???? alhamdulillah ?? #affsuzukicup18

A post shared by Safawi Rasid (@safawirasid29) on

IKLAN

 

Hari ini ramai pengguna laman media sosial memperkatakan tentang video yang dimuat naik oleh Safawi di Instagram dan juga seorang lagi pemian muda negara, Akhyar Rashid di Twitter. Ramai yang terhibur dengan telatah mereka yang pada permulaan video berkasi seperti tidur diikuti dengan jeritan beramai-ramai ‘Chatcai’. Adakah ia merujuk kepada penjaga gol Thailand iaitu Chatchai Budprom? Ia gara-gara kenyataan berani mati Chatchai sebelum perlawanan yang memberi amaran kepada skuad negara – kononnya mereka bakal berdepan mimpi ngeri bila berdepan Thailand.

MASKULIN turut mendapatkan reaksi daripada Safawi sendiri di KLIA. Jelas Safawi, video tersebut idea ramai-ramai dari rakan-rakan. Dan video itu bukannya ditujukan kepada siapa-siapa. Tapi lebih bersifat kepada bentuk gurauan semata dan ingin meraikan kejayaan mara ke final.

IKLAN

Di Twitter juga terdapat dua video daripada ‘ekor’ Harimau Malaya melakukan aksi sama di lapangan terbang sambil menantikan penerbangan mereka untuk pulang ke Malaysia. Memang kreatif ya korang ni!

Berkenaan kehadiran penyokong terutama Ultras Malaya di Stadium Rajamanggala semalam, Safawi berkongsi rasa terharunya dengan sokongan penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepadanya dan pasukan.

“Terima kasih tak terhingga saya ucapkan. Marilah sama-sama kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 haribulan ini dan teruskan meyokong kami. Kita MENANG sama-sama, kita kalah SAMA-SAMA!”

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI