Viral challenge kini bukan lagi perkara asing terutamanya bagi pengguna laman media sosial. Kadangkala ada sahaja cabaran yang tidak masuk akal dan merepek. Namun ada juga yang dilakukan untuk berkongsi kebolehan kepada followers masing-masing.
Sebelum ini kita telah dihujani dengan pelbagai video cabaran tular seperti ice bucket challenge dan juga keke challenge yang masing-masing menghadirkan kontroversi tersendiri.
Terbaru muncul pula #BottleCapChallennge! Bagi anda yang sedikit terkebelakang dengan perkara tular di laman media sosial, cabaran ini menyaksikan pencabarnya membuka penutup botol minuman dengan melakukan tendangan kaki. Labih menarik kebanyakan video yang dipertontonkan dirakamkan secara slow motion bagi menambahkan efek yang lebih steady!
Seperti biasa, selepas cabaran tular ini menjadi sebutan maka selebriti-selebriti terkenal juga tidak terlepas untuk turut serta melakukannya dan berkongsi video di laman media sosial.
Ads
Antara yang paling menarik perjatian MASKULIN terutamanya ialah pelakon-pelakon aksi, penyanyi rock serta atlet sukan seni mempertahankan diri yang menonjolkan sisi berbeza menerusi cabaran ini.
Jom saksikan video perkongsian mereka menyahut #BottleCapChallenge di bawah!
Bukan je nampak macam tak mandi dan tak terurus, Masalah rambut dan kulit kepala berminyak boleh membawa kepada kegatalan dan kelemumur. Adakalanya bersyampu pun seperti tidak, rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung! Bau rambut juga boleh menjadi tengik dan masam.
Malu kan?Hal ini juga boleh buat kita hilang keyakinan,Jom hilangkan kegatalan dan rambut berminyak ini dengan ikuti langkah penjagaan ini.
#1 Bermula dari pilihan pemakanan
Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.
#2 Kerap bersyampu
Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.
#3 Gel rambut juga beri kesan
Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.
#4 Guna cuka epal untuk elak malassezia
Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit.
#5 Kelebihan Bedak Bayi
Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan, sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi.
Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan, sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, kecacingan, lemah badan, lenguh tulang, batuk dan juga panau.
Cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan sebelum diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.
Khasiat Daun Kaduk
Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yang tua direbus, sejukkan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.
Manfaatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan wanita, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.
Anda juga boleh cuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.
Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula, anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, berupaya mengurangkan sakit tersebut.
Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki, anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda.
Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum.
Anda juga boleh makan daun kaduk bersama nasi kerana daun kaduk berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut.
Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan minuman, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.
Kandungan Nutrisi Daun Kaduk (Katuk) (100 gram)
Jumlah kandungan tenaga = 59 kcl
Jumlah kandungan Protein = 4.8 gram
Jumlah kandungan Lemak = 1 gram
Jumlah kandungan Karbohidrat = 11 gram
Jumlah kandungan Kalsium = 204 mg
Jumlah kandungan Fosfor = 83 mg
Jumlah kandungan Zat Besi = 3 mg
Jumlah kandungan Vitamin A = 10370 IU
Jumlah kandungan Vitamin B1 = 0,1 mg
Jumlah kandungan Vitamin C = 239 mg
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda bahawa seorang lelaki yang ingin sentiasa cergas stamina dan tubuh badan peru bersenam sekurang-kurangnya sebanyak 150 minit seminggu. Atau ia juga boleh dicapai dengan melakukan senaman aerobik keras selama 75 minit.
Pelbagai kajian telah mendapati bahawa lelaki yang menjaga pemakanan serta selalu bersenam akan tampil lebih sihat, kacak dan berketerampilan.
Bayangkan jika anda tak menjaga badan dengan baik. Makan ikut suka dan bersenam pun jarang sekali. Pastinya perut akan mula labuh ke depan. Masalajh boroi bukanlah satu perkara yang diingini oleh sesiapa pun!
Bila sebut tentang handsome atau kacak ia sebenarnya bukan bergantung kepada paras rupa sahaja. Anda jangan terlalu naif seperti itu. Wanita juga amat suka lelaki yang pandai menjaga dirinya dengan baik.
Apabila anda menjaga badan dengan bersenam secara tak langsung badan juga akan lebih tegap, beroto dan mempunyai stamina tinggi.
Itu semua petanda dan indikasi jelas mengenai seorang lelaki yang handsome! Jika anda kesuntukan masa untuk bersenam, mungkin anda boleh curi masa sebelum turun ke pejabat.
Senaman juga boleh di lakukan di rumah ya. Selain menjadi lebih kacak ini merupakan 10 kelebihan buat jejaka yang sering bersenam akan dapat.
JADI LEBIH SEGAR
Mulakan hari anda dengan melakukan senaman pagi. Anda akan dapati diri berasa lebih baik untuk sepanjang hari tersebut. Sebagai contoh anda bangun awal kira-kira jam 5 pagi dan sedia untuk bersenam mengeluarkan peluh. Malah boleh lakukn selepas solat Subuh dan mandi pagi. Jadi jangan lupa mulakan hari dengan senaman menyebabkan agar sentiasa segar dan bertenaga dan kekal cergas.
BERSEMANGAT
Mungkin anda fikir bangun lebih awal akan mengurangkan tenaga anda, terutamanya jika anda kurang tidur, tetapi sebenarnya sebaliknya. Bangun untuk senaman akan meningkatkan tenaga dan anda rasa penuh semangat! Jadi pastikan anda bangun awal untuk mendapatkan 30 minit hingga 1 jam sesi kecergasan.
LEBIH BERSEDIA
Anda bangun pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja, sebelum itu kenapa tidak melakukan senaman ringkas yang mudah juga boleh dilakukan asalkan anda tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya.
PEKA DENGAN PILIHAN
Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya melihat dan memilih makanan yang sihat sahaja. Anda pasti tidak akan mahu makan donat disira gula untuk sarapan pagi kerana ianya hanya membuatkan anda lesu, jadi oat, omellete, salad, yogurt, bread adalah pilihan anda.
KEKAL SIHAT
Bila bersenam pada awal pagi, anda akan mampu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Rutin senaman setiap pagi juga dapat membantu individu menjaga berat badan dan sentiasa keep fit.
ALIRAN DARAH
Senaman pada waktu pagi bukan saja menambahkan tenaga malah mempunyai impak terhadap kesihatan, Percayalah kalau anda tak lakukan senaman, besar kemungkinan anda rasa tidak bermaya, lesu malah sentiasa mengantuk. Hormon menyediakan badan anda untuk senaman dengan mengawal tekanan darah, kadar jantung, darah mengalir ke otot.
MUDAH BANGUN TIDUR
Apa lagi kelebihan senaman waktu pagi? Ya, ia boleh buat anda bangun pagi dengan lebih mudah. Jika anda bangun pada masa yang berlainan setiap hari, ianya hanya mengelirukan badan anda dan menyebabkan badan tidak bersedia dan lemah.
HIDUP LEBIH BERKUALITI
Jika anda bersenam pada waktu pagi, hidup pasti akan lebih bahagia dan lebih positif. Malah, anda lebih bersemangat dan ceria sepanjang masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.