Kerana diganggu makhluk, seorang lelaki berdiri kaku sewaktu sedang menunaikan solat Asar di Masjid Negeri Sabah.

Video berdurasi 1 minit 12 saat dirakam memaparkan lelaki tersebut langsung tidak bergerak meskipun solat Asar sudah selesai.

Setengah jam imam baca rukyah

Menyedari lelaki itu berkemungkinan diganggu, imam masjid membuat keputusan untuk membacakan ayat rukyah dan setengah jam selepas itu, barulah lelaki berkenaan tersedar.

Kongsi pengawal keselamatan masjid yang bertugas, Arawan Hassan, 47, sebaik sahaja lelaki berkenaan tersedar, badan lelaki itu terus menggigil dan tangisan juga kedengaran.

Kejadian berlaku ketika tahiyat akhir

Ujar Arawan lagi, lelaki itu mula terkaku dan tidak bergerak sebaik sahaja jemaah sedang duduk dalam tahiyat akhir.

IKLAN

Tiada yang pelik semasa Zohor

Lelaki berkenaan dikatakan sudah berada di masjid itu sejak bermula solat Zohor lagi tetapi ketika itu, Arawan memberitahu belum ada apa-apa yang aneh.

Katanya, dia menyedari perkara itu pun kerja bertugas mengawal keselamatan masjid dan jemaah dari arah belakang.

Beri salam namun tidak menjawab

IKLAN

Menyedari keanehan lelaki itu, Arawan segera mendekati dan memberi salam namun lelaki itu membisu. Melihat ada sesuatu yang tidak kena, Arawan segera memberitahu imam sebaik sahaja jemaah selesai solat Asar.

Ternampak api dan takut sujud

Sebaik sahaja sedar daripada dirukyah, lelaki berkenaan mengadu lapar dan memberitahu dia ternampak api sehingga takut untuk sujud selain membuat dirinya mengggigil.

IKLAN

Ketika dimaklumkan kepada majikan lelaki terbabit, majikannya turut mengakui lelaki itu sering meracau dan bercakap sendirian beberapa hari sebelum itu.

Boleh pulih selepas dirukyah

Penyelia Pembersihan Masjid Negeri, Amri Amir pula berkata, seseorang yang mengalami gangguan insya’Allah boleh kembali pulih dalam keadaan baik selepas dirukyah.

Amri yang juga merupakan pengamal perubatan Islam dari Darussyifa  memberitahu kejadian sebegitu bukanlah kali pertama berlaku dan sebagai anggota msyarakat, kita ditegah untuk berfikir yang bukan-bukan sehingga ia menjadi syirik.

Berikut adalah himpunan ayat yang digunakan untuk rukyah

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI