Sejak beberapa minggu kebelakangan ini penggemar automotif tempatan terutamanya dari jenama Perodua cukup hangat memperkatakan tentang versi baharu Perodua Alza. Pelbagai spekulasi tentang rekaan serta ‘upgrade’ yang bakal diperkenalkan telah diperkatakan di laman media sosial.
Terbaru, Perodua secara rasminya mengumumkan tempaahan untuk Perodua Alza Baharu kini telah dibuka bermula hari ini. Versi baharu ini akan menggantikan pendahulunya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.
Ditawarkan pada harga harga tentatif di antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza Baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.
TIGA VARIAN BERBEZA
Perodua Alza Baharu hadir dalam tiga varian yang cukup sinonim dengan model Peroduayang lain iaitu X, H dan AV.
Dari segi warna pula ia ditamppilkan dengan 5 warna berbeza iaitu Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Elegant Black (warna baharu) dan Vintage Brown (warna baharu).
“Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Ads
“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,” katanya berkata.
RUANG LEBIH BESAR
Dato’ Zainal juga berkata Perodua Alza Baharu ini dilengkapi ruang lebih besar berbanding versi lama. Ia terutamanya di barisan ketiga ruangan kenderaan serta unit penyaman udara bahagian belakang.
“Selain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),” kata beliau.
Untuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.
Ads
Dari segi keselamatan, varian AV didatangkan dengan 6 beg udara, manakala varian X dan H didatangkan dengan 4 beg udara.
Perodua Alza Baharu turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.
“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,” kata Dato’ Zainal.
Ads
CIRI-CIRI CANGGIH
Dia antara ciri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360⁰, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.
Antara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.
Selain itu, Perodua Alza Baharu menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.
Semua varian juga mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention. Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.
Para pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana daripada 188 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut.
Berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Bermula hari ini, 3 Januari 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman.
Peluang ini diberikan bersempena pelancaran fungsi baharu pembayaran saman menerusi Aplikasi MyJPJ.
Promosi ini berlangsung sehingga 30 Jun 2025, memberikan masa yang cukup untuk anda menyelesaikan saman dengan mudah dan jimat.
Foto hiasan
Pendigitalan JPJ untuk Kemudahan Rakyat
Inisiatif pendigitalan JPJ ini merupakan langkah proaktif oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan perkhidmatan awam lebih cekap dan mesra pengguna. Melalui aplikasi MyJPJ, pengguna kini boleh:
Menyemak status saman.
Membuat pembayaran terus melalui telefon bimbit.
Menikmati kadar kompaun khas dan diskaun dengan hanya beberapa klik!
Buat anda yang masih tidak mempunyai palikasi MyJPJ, boleh muat turun di platform berikut:
Apple App Store
Google Play Store
Huawei AppGallery
Kadar Kompaun Khas: Flate Rate RM150
Selain diskaun 50%, JPJ turut memperkenalkan kadar rata RM150 untuk tiga jenis notis saman tertentu:
Saman AwAS (53A) – Dikeluarkan sejak Oktober 2018 hingga kini.
Notis 114 – Notis panggilan temu siasat bagi saman tahun 2023 dan ke bawah.
Notis 115 / JPJ (P 23) – Permintaan butir-butir pemandu bagi saman tahun 2023 dan ke bawah.
Manfaat ini boleh dinikmati melalui saluran berikut:
Aplikasi MyJPJ
Portal mySIKAP
Kios JPJ
JPJ Mobile
Kaunter JPJ
Kredit: JPJ
Namun, pembayaran melalui MyEG dan Pejabat Pos Malaysia tidak termasuk dalam inisiatif ini.
Sepanjang tempoh tawaran khas ini, tiada pengumpulan Mata Demerit akan dikenakan ke atas pemandu. Selain itu, JPJ juga akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Mata Demerit bagi memastikan ia lebih berkesan dan relevan.
Kegagalan untuk menyelesaikan saman dalam tempoh tawaran ini boleh mengakibatkan sekatan urus niaga pada masa akan datang. Jadi, manfaatkan inisiatif ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.
JPJ komited memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan yang cekap, selaras dengan perkembangan teknologi moden.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk cara pendaftaran MyJPJ atau hubungi JPJ terdekat.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu hitam dan biru bagi skuter NMAX. Ketibaan warna baharu itu menandakan produksi warna lama merah dan kelabu dihentikan.
Sudah pun berada di pasaran bermula minggu ini, HLYM menyatakan harga jualan bagi model NMAX masih kekal tanpa kenaikan harga. Untuk makluman, Yamaha NMAX ditawarkan ke pasaran tempatan Januari tahun lalu pada harga pengenalan RM8,812.84 (termasuk GST) seunit.
Skuter sporty itu dijana oleh enjin 155cc, penyejukan cecair SOHC, pancitan bahan api bersama teknologi Bluecore. Dipadankan dengan transmisi V-belt automatik, enjin itu mampu menghasilkan kuasa 11.1kW pada 8,000rpm dan tork 14.4Nm pada 6,000rpm.
Posisi tunggangan NMAX lebih santai berbanding NVX yang mana penunggang masih boleh melunjurkan kaki pada ruang lantai. Yamaha NMAX dilengkapi dengan ciri LED pada lampu utama dan lampu brek belakang . Manakala panel instrumen LCD menawarkan rekaan moden dan trendy.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada siapa pun yang mahu terlibat dengan kemalangan. Selain membahayakan nyawa ia juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap kenderaan.
Sebagai pemandu anda memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keselamatan diri, penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Di situ sahaja anda sudah ada tiga tanggungjawab besar bagi memastikan keselamatan terjamin. Jadi amat penting untuk anda sebagai pemandu menganbuil berat akan faktor keselamatan yang asas seperti mematuhi peraturan jaan raya, menggunakan tali pinggang keledar dan memandu dengan berhatu-hati.
Namun kadangkala selepas melakukan yang terbaik anda juga boleh terlibat dengan kemalangan. Mungkin bukan disebabkan oleh kecuaian smata tetapi kerana blind spot.
Semasa memandu sangat penting untuk anda mengetahui di manakah lokasi blid spot kenderaan anda bawa berbanding kenderaan lain. Apabila anda mengetahui lokasi blind spot dengan baik ia akan membnatu anda melindungi diri dan orang sekeliling sekali gus mengelakkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Tahukan anda menggunakan pandangan visi peripheral sahaja tidak mencukupi? Jika tidak mengetahui blind spot dengan baik anda akan berdepan banyak masalah semasa memandu terutamanya semasa ingin bertukar lorong.
Blind spot merupakan kawasan di bahagian sisi kereta anda di mana ia tidak dapat dilihat dengan menggunakan cermin sisi atau cermin belakang. Jadi untuk memastikan kawasan ini selamat sebelum bertukar lorong anda harus memusingkan kepala untuk melihatnya.
Kaedah paling selamat untuk menukar lorong juga sebenarnya cukup mudah. Akan tetapi masih ramai yang terlibat dengan kemalangan akibat tidak ambil serius dengan blind spot.
Ingat sebelum menukar lorong berikan ‘signal’ dahulu untuk memberitahu kenderaan lain di belakang. Kemudian periksa cermin belakang dan cermin sisi. Dan sebelum menukar lorong , toleh dengan pantas di sebalik bahu anda untuk lihat sama ada jalan betul-betul sudah tiada kenderaan terutama di bahagian blind spot.
Dan jika anda membawa penumpang di kerusi belakang usahlah segan untuk meminta mereka meilhat ke bahagian blind spot demi pastikan jalan betul sudah ‘clear’.
Kenderaan model yang lebih maju dan terkini sudah banyak yang dilengkapi dengan sistem amaran dan mengesan jika ada kenderaan di bahagian blind spot.
Jadi ingatlah seberapa handal sekalipun anda mengendalikan kenderaan bahaya blind spot itu tetap akan ada terutamanya bagi mereka yang alpa dan cuai.
Dapatkan aksesori kereta pada harga hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.