Sukan dan fesyen kini menjadi dua dunia yang tidak dapat dipisahkan. Pelbagai item dari sukan menjadi rebutan bukan sahaja dari kasut malah pakaian serta aksesori.
Salah satu jenis sukan yang sering dikaitkan dengan fesyen trendy semasa ialah besbol. Lihatlah gaya artis dari seluruh pelosok dunia terutamanya yang tampil dengan fesyen streetwear, pasti ada terselit logo pasukan besbol tersohor terutamanya di Amerika Syarikat.
Walaupun populariti sukan besbol tidaklah begitu meluas di negara kita namun item trendy dari inspirasi sukan ini mendapat tempat cukup dekat dengan fashionista berpengaruh. Terbaru, jenama MLB Brand diperkenalkan di negara kita.
Jenama yang dimiliki oleh F&F Group dan dilesenkan oleh MLB membuka outlet pertama mereka di Korea Selatan pada tahun 1997. Dari situ, MLB Brand berkembang menjadi jenama fesyen premium yang menggabungkan budaya trendy dan gaya hidup terkini.
Dan kini ia telah pun diperkenalkan di negara kita. Pembukaan outlet pertama di Malaysia bertempat di IOI City Mall dan mula dilancarkan pada 13 Januari 2023 yang lalu.
Untuk rekod sehingga kini sebanyak lebih 650 buat outlet seumpamanya di buka di seluruh dunia termasuklah di Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China Vietnam, Thailand, Singapura dan kini di Malaysia.
MLB Brand juga tampil sebagai sebuah jenama yang unik dengan menyasarkan penggemar fesyen yang mengaitkan diri mereka dengan fesyen, muzik, tarian dan juga sukan.
Jenama MLB menawarkan portfolio produk yang komprehensif, yang terdiri daripada pakaian, pakaian kepala, kasut dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Koleksi ini diilhamkan oleh logo pasukan besbol terkenal dan menggabungkan utiliti dan fesyen.
Selain itu, MLB Brand juga menjadi jenama pilihan beberapa artis global popular seperti GISELLE, KARINA, NINGNING dan WINTER – empat ahli kumpulan gadis K-Pop, aespa. Sesuai untuk jenama MLB, mereka melambangkan generasi baharu yang tersendiri gaya mewah dan trendy.
Jenama MLB juga mempunyai rangkaian cap atau topi terluas di Asia, menawarkan lebih 300 topi klasik dan baharu gaya sepanjang tahun, menjadikan kedai itu destinasi pilihan yang tidak dapat dipertikaikan untuk topi.
Harga untuk pakaian antara RM230 hingga RM990, dengan cap antara RM190 hingga RM360. Manakala untuk kasut dan aksesori pula dijual dari RM290 hingga RM990.