Sudah lebih setahun kita menjalani kehidupan harian dalam norma baharu. Keadaan tidak akan sama seperti dulu lagi, itulah yang perlu kita terima dan harus hadapi dengan realiti sekarang.
Sama seperti kegiatan sosial lain, kebanyakan aktiviti senaman yang melibatkan ruang awam tertutup seperti gimnasium kini terpaksa ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jadi tidak hairanlah aktiviti melakukan senaman di rumah kini lebih mendapat tempat di kalangan ‘fitness junkie’. Namun melakukan senaman bersendirian kadangkala agak bosan dan mungkin tidak teratur.
Di sinilah peranan aplikasi pintar senaman mampu membantu kita untuk lebih efisien dan teratur dalam melakukan rutin ini.
Hanya tekan butang aplikasi dan terus bersenam mengikut arahan dan tip yang diberi! Selain menjimatkan wang ia juga boleh diubah mengikut kesesuaian atau preferences anda.
Berikut MASKULIN ingin kongsi 8 aplikasi latihan peribadi terbaik untuk anda cuba.
1. Keelo
Di dalam apps ini sahaja terdapat lebih 400 High Intensity Interval Training (HIIT) dan senaman kekuatan ditawarkan kepada pengguna. Anda newbie? Jangan risau kerana apps ini mencipta pelan khas spesifik untuk anda mengikut pengalaman, sejarah dan juga level senaman anda. Setiap hari Keelo mecadangkan jenis senaman berbeza mengikut kesesuaian level anda.
Ads
2. Just 6 Weeks
Jika anda mempunyai sasaran senaman yang agak hardcore, apps Just 6 Weeks boleh membantu anda merealisasikannya. Anda akan memulakan ujian senaman fizikal dan apps ini akan membina program cabaran berdasarkan keputusan tersebut. Just 6 Weeks hanya mengambil masa selama 10 minit sehari untuk anda mengikutinya dan anda boleh mencapai pelbagai sasaran.
Penggemar crossfit pasti akan menyukai apps personal training ini. Selain senaman ia memberi panduan kepada penggunanya tentang nutrisi. Selain itu Trifecta juga mempunyai fungsi tracking yang mana lebih 1,000 jenis senaman Crossfit Game yang dibangunkan oleh atlet crossfit, Brooke Ence. Anda juga boleh memasukkan data pemakanan anda dan apps ini akan mengira jumlah kalori yang diambil.
Ads
4. 7 Minutes Workout Challenge
Anda tiada masa untuk bersenam? Dengan apps ini anda tak boleh lagi mencipta banyak alasan. Hanya tujuh minit diperlukan untuk melakukan senaman dengan mengikuti panduan daripada 7 Minutes Workout Challenge. Ia datang bersama audi, video dan foto arahan untuk anda melakukan senaman selama tujuh minit. Ia juga membenarkan anda mengesan perubahan berat badan dan stamina anda sepanjang menggunakan apps ini.
5. Runtastic
Anda mahu aplikasi larian yang terunggul? Mungkin inilah jawapannya. Dengan binaan GPS, Runtastic mampu mengesan semua aktiviti anda seperti jarak larian, kelajuan dan juga peningkatan purata kelajuan dalam masa sebenar. Runtastic juga mempunyai maklum balas berbentuk audio yang dicipta untuk meningkatkan larian anda.
6. Aaptiv
Ads
Sejumlah lebih 2,500 jenis senaman menerusi panduan audio tersedia untuk pengguna apps personal training, Aaptiv. Antara jkenis senaman yang tersedia ialah latihan kekuatan, HIIT, larian dan sukan mendayung. Lengkapkan program yang terbina eksklusif untuk anda. Jika taida Wi-Fi, anda boleh muat turun terlebih dahulu agar boleh digunakan secara off-line.
7. Interval Time App
Ia sebuah apps yang sangat ringkas dan mudah. Ia sesuai dijadikan apps personal training asas bagi anda yang melakukan aktiviti larian, akngkat berat, regangan atau bertinju. Interval Time App membolehkan juga anda melakukan kustomasi senaman.
8. Petar
Jika anda ingin cuba corak latihan yang pernah diamalkan oleh atlet Olimpik seperti Deena Kastor dan Kaylin Richardson. Apps interaktif ini akan mengesan biofeedback untuk melakukan adaptasi terhadap prestasi semasa anda. Ia menyediakan ratusan jenis senaman sepeerti HIIT, larian dan juga yoga.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat yang baik untuk ada. Teruskan jaga diri dan duduk di rumah. Jangan lupa juga untuk mendaftar dan mendapatkan vaksinasi anda untuk kesejahteraan negara.
Makanan yang kita makan sering menyebabkan pengumpulan gas di dalam perut. Jika dibiarkan, ia boleh menurunkan tahap kesihatan anda. Ikuti tip untuk menghindari perut kembung yang tidak selesa.
MAKANAN PEDAS.
Makanan pedas memang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membuat rasa lebih nikmat. Namun makanan pedas juga boleh mempengaruhi proses pencernaan dan menyebabkan rasa panas di dalam perut.
MAKANAN PATI.
Makanan dalam bentuk pati seperti beras, jagung, gandum, roti dan sebagainya memang boleh menyebabkan perut berasa kembung. Hal ini kerana karbohidrat mengambil waktu untuk dicerna dan dalam masa yang sama kita sering mengambil banyak karbohidrat setiap hari.
KUBIS.
Makanan ini memang baik untuk kesihatan. Namun di dalam sebuah kajian mendapati kubis mengandungi gas yang boleh membuat perut kembung.
BUAH-BUAHAN.
Ada sesetengah orang mengalami masalah dengan fruktosa dalam buah-buahan. Bila anda sering berasa kembung setelah makan banyak buah-buahan, boleh jadi fruktosa tidak cukup baik untuk perut anda. Namun tidak mengapa, makanlah buat perlahan-lahan agar tidak cepat berasa kembung perut.
GORENGAN.
Makanan ini memang cukup enak untuk dimakan. Sayangnya makanan bergoreng juga boleh menyebabkan perut kembung. Hal ini kerana miyak yang bersifat panas dan makanan bergoreng tersebut sering kali dibuat daripada pati tepung. Jadi batasi makan makanan bergoreng agar tidak mengumpul gas di dalam perut.
MAKANAN RINGAN DENGAN KANDUNGAN GARAM YANG TINGGI.
Hindari makan makanan seperti snek yang mengandungi garam dalam kuantiti yang tinggi. Makanan seperti ini memang enak, namun sodium dalam makanan meneybabakan airt tertahan dan lebih banya gas yang ada didalam perut.
PRODUK SUSU.
Kandungan laktos dalam minuman susu juga boleh membuat perut kita kembung dan sering mengeluarkan gas. Hal ini biasanya disebut lactose intolerance yang mirip dengan mereka yang bermasalah dengan fruktosa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai di antara kamu yang susah untuk bangun pagi. Walaupun dah set alarm dan sudah bunyi banyak kali, tapi masih lagi sukar untuk bangun. Jom ikut langkah-langkah ini, lepas ni kamu sudah tidak ada masalah masuk kerja lambat!
1. Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya. Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.
2. Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah melayari internet lama sebelum rutin tidur anda.
3. Jauhi kafein. 19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat anda menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang, lebih baik jika lebih awal.
4. Makan malam ringan. Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup, sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan sekali-kali makan pada lewat malam.
5. Buka langsir bilik dan tingkap di bilik. Biarkan udara pagi mengalir masuk ke dalam bilik anda. Lihatlah matahari yang mula menampakkan dirinya dan mula menyinari bilik anda.
6. Mengetahui motivasi anda. Jika anda ingin bangun pagi hanya kerana anda merasa seperti anda seorang yang kecundang jika anda tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologi sebut motivator positif. Anda perlukan satu alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lain. Apakah anda ingin pergi kerja sebelum bos anda sehingga beliau dapat melihat anda kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah masuk pejabat? Apakah anda ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari sebelum anak-anak bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi anda untuk bangun pagi-pagi dan tulis semua alasan-alasan itu. Letakkan tulisan-tulisan motivasi anda di depan meja sisi katil anda sebagai peringatan untuk anda lebih “motivated” untuk bangun pagi.
7. Buat perjanjian di pagi hari. Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat kerja dengan teman dan pembersihan gigi. Buat kewajiban anda untuk bangun pagi-pagi tidak hanya untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk orang lain. Anda akan lebih bertanggungjawab jika anda tahu ada sesuatu yang menanti anda untuk dilakukan.
8. Berikan diri anda sebuah penghargaan. Jika anda adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan anda atau 15 minit membaca blog sebelum anda melompat ke bilik mandi, tetapi sekali anda telah menyelesaikan kerja keras anda untuk keluar dari tempat tidur anda yang besar dan nyaman, berikan diri anda sendiri sedikit hadiah.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan nada untuk bangun pagi se awal mungkin. Apatah lagi jika anda seorang yang beragama Islam yang mana anda disarankan untuk bangun awal pagi untuk menunaikan ibadat wajib sebelum apa-apa kerja yang lainnya.
sumber: panduanpercuma.info
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsilitis ni boleh berlaku akibat keradangan virus dan kadangkala bakteria yang boleh menyebabkan pembesaran tonsil ni. Ada 3 peringkat, sama ada ringan, sederhana dan teruk.
Gejala biasa tonsilitis ni termasuklah sakit tekak, demam, bengkak kelenjar pada tonsil, kesukaran menelan, hidung berair, sakit kepala, nafas berbau, batuk dan bersin.
Tonsilitis ni sangat mudah berjangkit tau, jadi berhati-hatilah. Bakteria atau virus boleh disebarkan melalui titisan di udara dari batuk atau bersin atau melalui hubungan sosial.
Jadi jika anda adalah pembawa, sila la rawat dengan segera, kesian orang yang terjangkit nanti.
Ok, memang terdapat banyak jenis ubat-ubatan untuk merawat tonsil ni tapi adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk merawatnya secara semulajadi, dapat tingkatkan imun sistem kita.
Apakah Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil
Air Garam
Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan.
Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
Cara:
Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat
Lemon
Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
Cara:
Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.
Daun Selasih
Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
Cara:
Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari
Kunyit
Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.
Cara:
Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.
Kayu manis
Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
Cara:
Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
Campurkan dua sudu teh madu
Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu
Daun Pudina
Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
Cara:
Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis
Halba
Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
Cara:
Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
Renehkan selama 30minit
Biakan sejuk
Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh
Biji Carom
Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
Cara:
Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
Angkat dari api
minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari
Selamat mencuba!
sumber: butikgebugebu.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.