Varian Mutasi Gabungan Digelar ‘Deltacron’ Kini Dilaporkan Ditemui Oleh Saintis

Share

Seluruh dunia kini berada dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga susulan kemunculan varian ‘Omicron’ yang telah melanda dan mengakibatkan ‘gelombang’ baharu Covid-19 di beberapa buah negara.

Kebimbangan terhadap varian ‘Omicron’ yang dilaporkan lebih mudah merebak berbanding varian terdahulu menyaksikan program vaksinasi dis penggalak telah dijalankan dengan sangat rancan termasuklah negara kita.

Setakat ini negara kita masih lagi mampu mengawal penularan dan kes Omicron yang dilaporkan tidaklah terlalu tinggi berbanding beberapa negara lain seperti di Amerika Syarikat, Eropah dan di benua Afrika.

Foto hiasan: Health photo created by freepik – www.freepik.com

Terkini dilaporkan muncul lagi varian yang baharu dikesan oleh para saintis di Cyprus. Mereka mendakwa telah menemui varian baharu yang merupakan sejenis mutasi dan gabungan dari varian Delta dan Omicron. Ia kini digelar sebagai ‘Deltacron’.

GABUNGAN DUA VARIAN

Memetik laporan Bloomberg, Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Setakat laporan tersebut dikeluarkan, para saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah beraya mengesan seramai 25 individu yang dijangkiti oleh varian tersebut.

Selain itu, mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

Jujukan 25 kes Deltacron sudah dihantar ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID), pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus, pada 7 Januari.

“Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.

Buat pengetahuan anda, virus melakukan mutasi untuk kelangsungan hidup bukan untuk membunuh dan ia cuba menyesuaikan diri dengan tubuh manusia.

Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan lima varian yang perlu diperhatikan (VOC) iaitu;

  • Alpha (B.1.1.7)
  • Beta (B.1.351)
  • Gamma (P1)
  • Delta (B.1.617.2)
  • Omicron (B.1.1.529)

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update yang paling terkini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim