Varian Lambda Kini Menjadi Varian Cukup Digeruni, Ini Beberapa Perkara Perlu Anda Tahu

Share

Nampaknya ancaman COVID-19 yang kini muncul dengan palbagai bentuk mutasi dengan varian yang lebih agresif. Jika sebelum ini kita cukup menggeruni Varian Delta yang dilaporkan berasal dari negara India, kini muncul pula Varian Lambda yang dikatakan lebih merbahaya.

Varian Lambda atau C.37 kini menjadi antara varian baharu COVID-19 yang telah dikesan di lebih 30 negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini Epidemiologi Mingguan COVID-19 masih mengklasifikasi varian ini sebagai varian yang perlu mendapat perhatian.

Menurut laporan varian ini pertama kali dikesan di Peru. Dan kini dilaporkan telah muncul di sebanyak 31 negara.

Laporan Daily Mail pula berkata, Australia menjadi negara terbaharu untuk mengesan kes Covid-19 membabitkan varian Lambda atau dikenali sebagai C.37. Berdasarkan pangkalan data genomik AusTrakka, varian itu dikesan pada seorang pelancong yang menjalani kuarantin di sebuah hotel di New South Wales pada April lalu.

Foto: freepik.com

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai mutasi tersebut selepas ia dikesan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Jerman. Manakala para doktor yang memantau perkembangan mutasi tersebut mula melahirkan kebimbangan bahawa varian C.37 mungkin lebih mudah menular berbanding versi varian lain termasuk yang dikesan di India.

Walau bagaimanapun, saintis masih sedang mengkaji ciri-ciri varian itu termasuk tahap keseriusan penyakit dan risiko jangkitan. Sehingga kini, mereka masih belum mendedahkan sebarang bukti varian itu lebih mudah berjangkit berbanding varian sedia ada termasuk Delta dan Delta Plus.

Malah, tiada bukti menunjukkan bahawa varian Lambda lebih agresif sehingga boleh mengakibatkan kes kematian tinggi meskipun beberapa doktor mengaitkan penularan di Peru dengan kadar kematian terburuk dicatatkan di negara itu.

Berikut merupakan beberapa fakta penting tentang Varian Lambda yang perlu anda tahu:

1.

Mula dikesan seawal bulan Ogos tahun 2020 di Peru.

2.

Pada pertengahan Jun 2020, varian itu dikesan di lebih 30 negara dan wilayah terutama di Amerika Selatan

3.

Varian ini membawa pelbagai mutasi, sekali gus memberi implikasi fenotip

4.

WHO memaklumkan bukti berkenaan kesan mutasi ini masih belum kukuh

5.

Lebih 80 peratus jangkitan di Peru sejak April lalu berkait varian Lambda

6.

Di Chile, pihak berkuasa mendapati kadar penularan varian Lambda seperti varian Gamma.

7.

WHO masih kekalkan status Lambda sebagai Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI).

Sumber: Weekly Epidemiological Update WHO

Published by
Farizul Izwany Ibrahim