Vans Saman Jenama Kontroversi MSCHF & Rapper, Tyga Berikutan Pengenalan Kasut ‘Wavy Baby’

Share

Buat penggemar kasut atau sneakers terutamanya jenama Vans pastinya sudah tidak asing lagi. Jenama kasut dan pakaian yang sinonim dengan sukan papan selaju tersebut kini turut menjadi ikon fesyen streetwear yang cukup berpengaruh dalam budaya popular.

Jadi tidak hairanlah mengapa kasut dari Vans sentiasa menjadi pilihan ramai dalam penggayaan mereka.

Terbaru timbul kontroversi melibatkan jenama fesyen MSCHF yang berkolaborasi bersama rapper, Tyga mengeluarkan kasut diberi nama ‘Wavy Baby’. Walaupun ia masih lagi belum dipasarkan namun ia sudah diuar-uarkan dengan begitu rancak sekali di laman media sosial.

Sekali imbas pun kita sudah dapat agak kasut tersebut banyak mendapat pengaruh rekaan dari model Vans Ol Skool yang dikeluarkan oleh Vans. Diperkenalkan pada 6 April lalu dan dijangka dipasarkan pada 18 April, kasut dari MSCHF tersebut dihasilkan dari idea Tyga yang turut memperagakan kasut tersebut menerusi muzik videonya, ‘Freaky Deaky’.

Kasut ‘Wavy Baby’ tampil dengan rekaan tapak yang unik dengan bentuk beralun dan agak sedikit pelik. Namun persamaannya masih dilihat agak ketara dengan kasut Vans yang disebut di atas.

Dalam perkembangan terbaru, Vans telah memfailkan saman terhadap mereka berikutan pengenalan kasut Wavy Baby. Memetik laporan dari Highsnobiety, Vans menghantar surat tuntutan ‘cease and desist’ kepada MSCHF. Menurut MSCHF, Vans telah mengemukakan tuntuan 50% keuntungan.

Tuntutan Vans

“Bagi memastikan Wavy Baby untuk drop live. mereka menawarkan beberapa terma dan syarat spesifik di antaranya ialah separuh dari keuntungan dan empat pasang kasut. Mereka juga mengatakan mereka bersedia untuk berjumpa bagi kolaborasi akan datang,” jelas MSCHF.

Jelas mereka lagi, ‘Wavy Baby’ merupakan simbol kepada ‘complete distortion’ kepada satu objek dan menjadi material trend unik.

Walau apapun diharapkan kedua pihak dapat menyelesaikan klaim ini dengan sebaik mungkin. Rata-rata penggemar kasut atau sneakerhead dilihat menganggap perkara ini secara tidak langsung memberikan lebih banyak promosi dan pendedahan terhadap kasut kontroversi tersebut.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim