Beberapa minggu lalu Vans telah mengumumkan tentang sebuah kolaborasi menarik mereka bersama siri novel dan filem popular, ‘Harry Potter’.
Kolaborasi seperti ini bukanlah satu perkara asing bagi jenama kasut skateboard ini kerana mereka juga pernah melakukan perkara sama bersama artis serta jenama lain seperti David Bowie, Metallica, NASA, Supreme dan banyak lagi.
Ads
Menerusi foto awal yang dikeluarkan, Vans x Harry Potter menampilkan sebanyak empat rekaan kasut dengan setiap satunya mewakili setiap house berbeza dalam Hogwarts School of Witchcraft.
Setiap rekaan dan warna mewakili empat house berbeza iaitu Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin. Menariknya setiap koleksi menggunakan model kasut Vans berbeza. Sebagai contoh Gryffindor ditampilkan menerusi model Sk-8 Hi dengan warna merah dan emas dipadankan dengan suede hitam di bahagian atas.
Ads
Vans Sk8-Hi ‘Gryffindor’
Manakala Ravenclaw pula tampil dengan model Authentic dengan motif checkerboard berwarna bitu putih. Hufflepuff dengan model Slip-On dan Slytherin pula dengan model kasut Era dengan makeover sisik ular yang mewakii house tersebut.
Vans Authentic ‘Ravenclaw’Vans Classic Slip-On ‘Hufflepuff’Vans Era ‘Slytherin’
Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dari Vans Malaysia bilakah koleksi ini akan mula dipasarkan. Namun, MASKULIN menjangkakan ia akan berada di pasaran dalam waktu terdekat pada bulan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan Dwayne Johson aka The Rock yang kini menjadi antara aktor Hollywood mengumpul bayaran lakonan tertinggi di dunia.
Selepas mencipta nama menerusi sukan gusti, Dwayne Johnson berjaya mengasimilasikan dirinya menjadi seorang aktor yang bukan sahaja popular tetapi menjadi buruan penerbit filem.
Selain itu, Dwayne Johnson juga menarik perhatian banyak jenama yang ingin berkolaborasi dengannya. Antara jenama yang berjaya melakukan kolaborasi dengan berjaya bersamanya ialah Under Armour.
Terbaru Dwayne Johnson dan Uner Armour melancarkan koleksi terbaru Project Rock. Kali ini mereka tema yang memberi refleksi kepada sentimen dan peralatan latihan yang mampu membantu anda memecah sempadan keazaman.
Koleksi ini juga memberikan lebih fokus kepada bagaimana untuk membantu pengguna bersenam ke tahap paling maksima kemampuan mereka.
“Koleksi terbaru saya ini dibina khusus kepada mereka yang bekerja keras. Tidak kiralah berapa usia anda atau apa yang anda lakukan untuk kehidupan yang penting mantra ‘The Work’ harus selari dan memberikan kejayaan,” jelas The Rock menerusi kenyataan media Uner Armour.
Menampilkan pelbagai kelengkapan senaman yang memberikan fokus di dalam gimnasium, koleksi ini menampilkan teknologi UA Charged Cotton. Ia merupakan material semulajadi yang memberikan keselesaan buat pemakainya.
Project Rock untuk tahun 2020 turut menampilkan kasut PR2 Training Shoe HOVR denganw arna terbaru. Kesemua koleksi ini boleh didapati di outlet terpilih Under Armour dan juga di laman sesawang rasminya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nampak macam remeh tetapi percayalah kasut merupakan antara aksesori yang terpenting dalam pemakaian anda.
Baik lelaki mahupun perempuan, ramai yang tersilap langkah dalam bab penjagaan kasut ini kerana umum menganggapnya sekadar ‘benda’ yang dipakai di kaki.
Namun perlu diingatkan, setiap kasut mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan spesifik mengikut situasi.
Misalnya, anda perlu tahu bila kesesuaian untuk mengenakan kasut untuk ke pejabat, running shoes dan sebagainya.
Kesan tidak menjaga kasut
Teknik penjagaan kasut amat berbeza seperti menyimpan baju atau barang-barang lain. Ramai yang tersilap langkah dalam teknik yang betul untuk penjagaan kasut sehingga :
Kasut mudah rosak
Lusuh
Tidak tahan lama
Dan akhir sekali terpaksa dibuang
Bagi anda yang tidak pernah ambil berat, ini teknik asas penjagaan kasut yang perlu anda ambil tahu :
1. Basuh atau lap seminggu sekali
Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering. Lebih-lebih lagi selepas terkena hujan. Perkara tersebut sebenarnya lebih menyukarkan anda untuk membersihkan kasut. Walaupun anda menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air serta kotoran. Perkara ini sekali gus menyebabkan kasut kesayangan anda itu berubah warna dan apa yang perlu anda buat adalah basuh atau lap kasut tersebut sekurang kurangnya seminggu sekali menggunakan tisu basah ataupun kain lembab.
2. Gunakan semburan kalis air
Semburan kalis air sangat berguna jika anda keluar atau ke tempat kerja. Lagi-lagi jika anda menaiki motorsikal dan material kasut anda adalah kain. Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran. Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya anda menyembur kasut anda dengan semburan kalis air. Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor. Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ianya betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.
3. Simpan kasut dalam kotak
Mesti ramai yang sudah membuang kotak yang dibeli bukan? Kotak kasut anda tersebut sepatutnya jangan dibuang, sebaliknya boleh digunakan untuk menyimpan kasut. Jika anda tinggalkan kasut di rak, ia hanya mengumpul debu dalam setiap kedutan dan rekahan kasut melainkan anda rajin untuk lap semua kasut anda setiap hari. Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penjagaan dan cara basuh baju putih memang sukar terutamanya ketika hendak membasuh. Jika tersilap basuh baju putih, hasilnya baju putih boleh cepat pudar, kuning, tak pun rosak.
Bagi penggemar baju putih, sebenarnya ada cara mudah nak basuh baju putih agar ia nampak seperti baru.
Oleh itu, pastikan anda ikut 7 cara ini masa nak basuh agar baju putih anda tidak rosak dan kekuningan walaupun sudah dipakai bertahun lamanya.
Baju putih sangat mudah terkena lunturan baju warna lain jika ia direndamkan dalam satu baldi. Sebelum proses mencuci baju, asingkan baju putih dengan baju berwarna terlebih dahulu. Jika disekalikan, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain, selain boleh mengakibatkan baju putih nampak seperti kusam.
2. Rendam baju putih mengikut material
Bukan setakat baju berwarna, anda juga harus asingkan setiap baju putih mengikut material kainnya sebelum mencuci. Baju putih yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Begitu juga dengan material acetates boleh digabungkan bersama material acrylics. Manakala baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material.
Sebelum mula mencuci, periksa label baju putih korang sama ada ia boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan baju putih dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih. Kemudian boleh anda mencuci baju putih tersebut dengan sabun seperti biasa.
4. Gantikan agen pemutih dengan baking soda, cuka atau lemon
Penggunaan agen pemutih memang cepat menghilangkan kekotoran namun jika kerap digunakan boleh membuatkan lama-kelamaan baju putih jadi kekuningan. Untuk menggantikannya, anda boleh guna bahan semula jadi seperti baking soda. Gunakan setengah cawan baking soda bersama campuran sabun basuh. Cuka putih dan jus lemon juga boleh membantu. Tuang ½ cawan jus lemon dan 1 cawan cuka putih ke dalam baldi atau mesin basuh. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari yang sederhana bagi mengembalikan warna putih pada pakaian.
Untuk mencuci baju putih, anda kena pastikan suhu air yang digunakan bersesuaian. Elak mencuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk boleh memudahkan kekotoran melekat pada pakaian.
6. Bersihkan kekotoran dalam mesin basuh
Kebersihan mesin cuci juga perlu diperhatikan. Kotoran-kotoran yang tertinggal dari cucian sebelumnya boleh memudarkan pakaian. Ada cara mudah untuk membersihkannya. Caranya, isi mesin basuh dengan air seperti anda nak mencuci baju biasa. Tambahkan satu cawan baking soda ke dalam air dan tekan pengatur waktu untuk beberapa minit sehingga mesin basuh siap dibersihkan.
7. Elak jemur di bawah matahari terik
Elak menggantung baju putih di bawah matahari terik. Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih anda cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.