
Bukan hanya lelaki di usia 30 hingga 60 tahun, kini ramai juga lelaki muda yang menderita dengan penyakit gout. Ia berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak terkawal, selain tidak aktif melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin. Apabila asid ini berlebihan di dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti di ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi yang lain. Selain perubatan moden, rawatan tradisional yang menggunakan bahan semula jadi turut dijadikan alternatif bagi mengubati gout.
Ustaz Md Rosdi Hasan di laman Facebooknya berkongsi petua mudah mengeluarkan asid urik dari sendi kaki yang bermasalah dengan gout menggunakan buah nona.
Jom ikuti perkongsiannya.
BACA: Wanita Kongsi Petua Sakit Gout Guna 3 Bahan, Suami Sembuh Lepas Sebulan Amalkan!
CARA MENGELUARKAN ASID URIK
Siapa sangka buah nona boleh menyedut asid urik dari sendi kaki kita yang bermasalah dengan gout.
Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen.
Bila asid ini berkumpul di sendi, kita akan merasa sakit yang tidak terbayang, orang yang biasa jadi gaut sahaja pandai menceritakannya bertapa sakit bila di serang gout.
Di muka buku ini saya nak ajar bagaimana nak mengeluarkan asid ini dengan cara mudah.
BACA: Selain Turunkan Berat, Air Nabeez Juga Bagus Diamalkan Lelaki Untuk Prostat & Gout!
Caranya:
1. Cari sebiji buah nona yang masak.
2. Lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit. Kalau boleh balut tempat yang ditampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.
3. Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesokannya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
11 Teknik Kuruskan Badan Paling Cepat

Nak tahu bagaimana 11 teknik paling cepat kuruskan badan. Sila baca artikel ini…
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Serlahkan Aksi Terbaik Anda Di Kejohanan Futsal MASKULIN Beat Boot Battle

MASKULIN dengan bangganya mempersembahkan kejohanan futsal yang pertama, MASKULIN Beat Boot Battle!
Acara kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle ini terbuka kepada semua lelaki warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 40 tahun, kecuali pemain profesional dan mereka yang terlibat dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL).
Ini adalah peluang anda untuk mempamerkan bakat dan semangat kesukanan di gelanggang futsal sambil merebut hadiah lumayan.

Rebut Hadiah Lumayan
Hadiah pertama bernilai RM2000 menanti juara kejohanan, manakala tempat kedua bakal membawa pulang RM1500. Hadiah yang ditawarkan ini bukan sahaja mengiktiraf usaha dan kemahiran pemain, malah menjadi dorongan untuk mereka terus berusaha mencapai yang terbaik.
Pastikan anda mendaftarkan pasukan anda sebelum 20 Ogos 2024 kerana penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja. Dengan bayaran yuran penyertaan serendah RM100 untuk satu pasukan yang terdiri daripada 10 pemain, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
MASKULIN Beat Boot Battle bukan sekadar pertandingan, ia adalah medan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan keazaman tinggi. Setiap pasukan akan melalui pengalaman yang penuh cabaran dan keseronokan, berjuang untuk gelaran juara. Bagi mereka yang gemar bermain futsal sebagai hobi atau minat, inilah platform terbaik untuk menguji kebolehan dan strategi permainan anda.
Daftar Segera
Jadi, apa tunggu lagi? Segera daftar pasukan anda dan persiapkan diri untuk mempamerkan aksi terbaik di gelanggang futsal. MASKULIN Beat Boot Battle menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, di mana setiap tendangan, setiap gol, dan setiap detik di gelanggang menjadi kenangan manis untuk dikenang.
Kepada semua peminat futsal, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan futsal pertama MASKULIN.
Kumpulkan rakan-rakan sepasukan anda, bawa semangat juang, bersedia untuk bertarung, dan tunjukkan siapa yang berhak bergelar juara. Daftar sekarang dan buktikan bahawa anda dan pasukan anda adalah yang terbaik!
Layari laman web Kliik untuk membuat pendaftaran pasukan anda.
BACA: Industri E-Sukan Tiada Masa Depan, Saya Pun Fikir Begitu Dahulu – Maharaja Soloz
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
KURUS & SIHAT, Doktor Ini Kongsi Tip Senaman Buat Beginner!

Bersenam adalah aktiviti yang harus diamalkan oleh kita semua untuk kekal aktif, cergas dan sihat tubuh badan.
TIPS BERSENAM UNTUK KURUS DAN SIHAT
Okay ni nak kongsikan sedikit tips bersenam untuk kurus, dan juga untuk kesihatan:
1) Pernafasan
Ini teknik pernafasan power yang sangat efektif untuk tingkatkan prestasi dan ketahanan. Dalam posisi duduk, Tarik nafas sedikit dalam dan hembus. Ulang secara berterusan 30-50kali. Anda mungkin akan sedikit mamai, kebas-kebas atau mengantuk. Ianya perkara biasa kerana badan dan otak anda mula tepu dengan oksigen. First timer mungkin juga akan alami keletihan/sakit otot rusuk yang akan hilang selepas sehari dua.
Teknik ini mengoptimakan ruang “dead space” paru-paru serta menyediakan oksigen yang cukup untuk senaman berat yang akan anda lakukan seterusnya. Terima kasih kepada pakcik Wim Hof atas ilmu yang berguna ini.
2) Senaman Untuk Kurus, Sihat dan Awet Muda Ialah “SENAMAN KEKUATAN”
Lupakan senaman aerobic yang lama dan repetition banyak kali. Ia meningkatkan stres badan menyebabkan gangguan kepada keseimbangan badan. Elakkan bersenam melebihi sejam sebaiknya.
Anda seharusnya menumpukan pada senaman intensiti tinggi dalam jangka waktu yang pendek. Kaedah interval HIIT seperti TABATA juga bagus namun saya nasihatkan, yang baru mula boleh cuba kaedah PACE yang lebih mudah dahulu.
Saya biasanya gabungkan senaman kekuatan buat secara interval. Buat 20 ulangan dan rehat 20 saat. Jangan rehat lama-lama, anda akan hilang kelebihan senaman interval dengan rehat yang panjang.
Antara yang saya suka senaman kekuatan+ interval ini kerana lemak bukan sahaja dibakar ketika bersenam tapi juga selepas bersenam malah ketika anda tidur!
Antara kelebihan lain senaman jenis kekuatan:
• Mencegah dan Memulihkan Kekuatan otot: Apabila tua, otot mengecut dan menjadi lemah dan menggigil disebabkan SARKOPENIA. Senaman kekuatan menjana bateri sel (mitokondria) dan stem sel otot yang meningkatkan isipadu dan kekuatan otot. Gigil akan kurang dan badan menjadi lebih stabil.
• Menguatkan Tulang : Tendon di bahagian sendi akan memberi beban kepada tulang maka ketumpatannya akan meningkat. Senaman kekuatan juga terbukti mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
• Stabilkan GULA DARAH: otot yang besar meningkatkan pengambilan gula dalam darah ke dalam sel. Ya, pesakit kencing manis akan mendapati paras gula menjadi lebih cantik.
• Meningkatkan Tenaga Badan : Seperti yang saya sebutkan, tenaga badan akan meningkat kerana senaman jenis kekuatan menjana bateri sel dengan pesatnya. Di samping itu, metabolism badan dan juga hormone kejantanan(testosterone) anda juga akan meningkat sama.
• Kesihatan Otak: Seperti juga senaman aerobik, senaman kekuatan meningkatkan fokus dan kecerdasan minda. Mengikut kajian, senaman kekuatan juga mencegah penyakit seperti dementia dan kenyanyukan (Alzheimer).
3) Fokus Bahagian Senaman
Jika anda bersenam untuk kecantikan (aesthetic),fokus pada otot-otot kecil seperti otot abdomen(perut), biceps dan triceps. Senaman otot perut juga membantu menguatkan otot “core” selain senaman otot belakang, punggung yang meningkat stability badan.
Namun perlu anda ingat, senaman otot kecil tidak akan menampakkan hasil aesthetic sekiranya peratusan lemak badan anda tinggi. Otot six pack anda akan tenggelam di sebalik lautan lemak yang tebal.
Saya lebih suka buat senaman otot besar dengan senaman seperti push up (pumping) dan juga squat ( free squat atau guna pemberat). Lagi besar otot lagi cepat kurus.. Bagi kaum wanita tak perlu risau otot membesar macam seladang. Hormon testosterone wanita tak cukup tinggi untuk besarkan otot.
4) Waktu Bersenam
Saya suka waktu pagi sebelum sarapan. Ataupun waktu sebelum berbuka puasa.
Ini adalah waktu kurang gula dan badan akan bakar lemak dengan pesatnya.
-Perhatian jika anda tidak ketoadaptif (otak mampu menggunakan lemak sebagai tenaga), elakkan senaman berat ketika gula kurang-
Jangan amalkan jika sakit kepala atau ringan kepala, anda mungkin pitam.
Bahkan jika anda jatuh sakit yang teruk, elakkan senaman waktu ini. Berikan rehat yang secukupnya kepada badan anda. Stress kerana sakit akan sebabkan badan anda menyimpan lemak dan air menerusi peningkatan hormone stress(kortisol).
Anda tidak mahu tambahkan stress lagi menerusi bersenam pada waktu sakit.
5) Pemakanan untuk kurus
Ini saya selalu cerita dalam artikel-artikel lama saya. Kali ni spesifik pemakanan waktu bersenam (macronutrient timing).
Jangan makan sejurus selepas bersenam berat kerana darah akan mengalir banyak ke bahagian otot untuk membekalkan oksigen yang sangat banyak diperlukan selepas bersenam. Kurang pengaliran darah ke sistem pencernaan akan mengakibatkan ketidakhadaman dan mengganggu sistem pencernaan.
Lepas bersenam saya biasa ambil protein senang serap seperti protein whey. Selepas sejam dua makan real food. Waktu paling bagus makan karbohidrat juga ialah selepas sejam dua bersenam. Sekurangnya nasi yang anda makan itu boleh lah digunakan sebagai bahan bakar, bukannya disimpan sebagai lemak.
Dulu-dulu zaman jahilliyah, saya guna protein CASEIN waktu berpuasa atau sebelum tidur. Casein ini bila bercampur dengan asid perut jadi macam ketulan susu dalam perut, susah dicerna dan diserap. Kononnya, slow releasing protein ni baguslah, bekalan protein yang berterusan tak diserap cepat.
Amaran: Protein casein antara makanan paling utama menyebabkan KEROSAKAN USUS selain gluten. Anda berisiko mendapat masalah ketidakhadaman, “angin”, masalah sendi, penyakit alergi,autoimmune dan macam-macam lagi. Selamat tinggal casein.
Semoga tips ini sedikit sebanyak akan membantu anda mencapai matlamat tubuh badan yang sihat.
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
***
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
BACA: Pernah Terfikir Dapat Anak Autism Akibat Dosa Lampau, Kata-Kata Isteri Tenangkan Hati Dr Say
Sumber : Hafiz Sulaiman
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI