Kekeluargaan

Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Tentang Hukum Berkahwin Dengan Ipar?

Share

Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk “Ipar Adalah Maut” yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan rahsia gelap.

Filem ini berjaya menggugah perasaan penonton melalui tema hubungan kekeluargaan yang rumit, penipuan, dan dendam.

Drama Ipar adalah maut

Mengisahkan tentang dinamika antara ipar-ipar yang pada mulanya mesra tetapi berubah menjadi hubungan penuh kecurigaan dan bahaya, filem ini memberikan gambaran tentang bagaimana perasaan negatif yang terpendam boleh mencetuskan insiden yang tidak diduga.

Hukum berkahwin dengan ipar

Baru-baru ini, Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan tentang hukum berkahwin dengan ipar.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan hukum mengahwini dua orang wanita yang mempunyai ikatan adik beradik dalam masa yang sama.

 

@ilmi.hub Hukum nikah dengan ipar ilmu1️⃣👉@ilmi hub ilmu2️⃣👉@ilmi hub ilmu3️⃣👉 @ilmi hub #fyp #dakwahtiktok #ilmuagama #ustazazharidrus #soaljawabagama #ustaz #dakwah ♬ Islam – Lafina

Tak boleh berkahwin dengan mereka berdua sekaligus. Dua orang isteri kita ini adalah adik beradik maka haram, tidak sah.

Isteri yang mana kita bernikah dahulu itu sah, isteri yang kedua tidak sah.

Allah sebut dalam Al-Quran: ‘haram kamu berkahwin sekaligus dengan dua perempuan adik beradik.’

Menurut Ustaz Azhar, hukum tersebut haram kerana ipar masih dikira mahram sementara.

Tidak boleh kahwin dengan ipar kerana mereka mahram sementara. Ipar mahram sementara selama kita berkahwin dengan adik beradik dia.

Kalau mahram selamanya seperti ibu, kakak dan ibu saudara..itu sampai kiamat mahram.

Cerai atau meninggal dunia

Walau bagaimanapun, seorang lelaki boleh berkahwin dengan iparnya andai dia dan isteri bercerai atau meninggal dunia.

Dua syarat jika mahu berkahwin dengan ipar. Yang pertama, sama ada kita sudah bercerai dengan isteri kita atau isteri kita meninggal dunia.

Sumber: TikTok

BACA LAGI : “Itu Riba Namanya…” UAI Jelaskan Hukum Ambil Upah ‘Service’ Tukar Duit Raya!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Nana