Pernah tak anda jumpa rakan-rakan atau mungkin abang saudara yang umurnya sudah mencecah 40-an tapi wajahnya masih segar dan nampak muda remaja.
Tidak pernahkah anda tertanya apakah yang rahsia mereka amalkan? Apakah rahsia mepamakanan mereka atau penjagaan kulit wajah hingga nampak macam orang muda usia 20-an saja.
Selain faktor genetik sebenarnya terdapat beberapa amalan serta rutin harian yang boleh menjadikan seseorang itu sentiasa nampak muda dari usia sebenar.
Usah khuatir, gundag gulana dan cemas. MASKULIN ada di sini membantu anda untuk tampil lebih muda dan awet muda. Rahsianya di bawah!
Percaya atau tidak ramai sebenarnya lelaki dewasa yang tidak suka makan sayur. Mereka sebenarnya adalah insan-insan yang berada dalam kerugian. Pemakanan seimbang memerlukan sayur sebagai salah satu sumber yang memberikan khasiat untuk badan sekali gus membantu ada lebih awet muda.
Hanya berapa kerat sahaja lelaki yang suka guna sunscreen. Wlhal krim tersebut sangatlah baik untuk perlindungan kulit wajah terutamanya di negara panas terik seperti Malaysia. Gunakan sunscreen SPF 30 dan ke atas untuk kesan yang lebih baik.
Memastikan kelembapan wajah juga sangat penting. Buang jauh-jauh mentaliti bahawa penggunaan pelembab pada wajah bersifat feminin. Zaman sudah berubah, lelaki juga perlukan perlindugan kulit wajah. Pastikan juga anda menggunakan pelembab muka kenis non comedogenic.
Jangan sental wajah anda sama seperti anda menyental badan. Ingat, kulit wajah sifatnya berbeza dan lebih sensitif. Cucilah wajah dengan lembut dan jangan gosok dengan kasar.
Ini bukan petua semata malah turut disyorkan oleh pakar perubatan kerana kandungannya yang baik. Makanan atau minuman seperti teh hijau, buah delima dan buah beri mempunyai elemen anti oksida yang baik. Amalkan pemakanan bahan ini secara rutin.
Usah liat untuk mencuci wajah sebelum masuk tidur. Amat penting untuk anda tidur dalam kondisi wajah yang bersih dari sebarang kotoran.
Kalau tak mahu mata lembab atau kehitaman di sekelilingnya seperti panda, tidurlah dengan cukup. Waktu tidur yang cukup sangat penting untuk memelihara kulit wajah. Eyebag juga tidak akan berlaku kepada anda jika amalkan corak tidur yang baik dan cukup.
Jangan biarkan anda sentiasa kehausan. Jika anda ula kehausan itu bermakna badan anda berada dalam kondisi tidak cukup air. Bawalah bekas air ke mana sahaja anda pergi. Selang satu jam minumlah air dalam kuantiti yang anda boleh.
Melakukan senaman juga membantu bukan sahaja mendapatkan stamina dan kesihatan fizikal yang baik malah ia turut memberikan anda motivasi. Bila motivasi lebih baik, wajah anda juga akan sentiasa tampil ceria dan awet muda.
Amalan-amalan di atas merupakan petua yang bukan sahaja diamalkan oleh orang terdahulu nalah turut diajui oleh mereka dalam bidang perubatan.
Jom follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah!