Jackie Chan, pelakon legenda Hong Kong yang terkenal dengan kehebatan melakukan aksi lagak ngeri sendiri, terus menunjukkan semangat lasak walaupun sudah mencecah usia 70 tahun.
Baru-baru ini, ketika menjalani penggambaran filem ‘Panda Plan’, Jackie Chan mendedahkan bahawa dia pernah pengsan sewaktu melakukan salah satu adegan berbahaya.
Ketika insiden tersebut, wajah Jackie dikatakan kelihatan ‘kosong’ seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
“Tiba-tiba, saya rasa lemah dan seperti mahu rebah. Kru terus berlari ke arah saya untuk memastikan semuanya okay.
“Saya pun terkejut dan tanya pada mereka, ‘Apa dah jadi?’ Bila mereka cakap saya pengsan, rasa macam tak percaya pula. Mungkin sebab saya tahan nafas terlalu lama semasa buat aksi itu,” jelas Jackie.
Selepas berehat seketika dan memastikan keadaan kembali baik, Jackie teruskan penggambaran.
“Bukan masalah besar. Saya kena yakinkan semua orang yang saya okay. Kalau tak, mereka akan gunakan pelakon lagak ngeri sebagai pengganti.
Ads
“Kalau saya hanya duduk di tepi sambil tengok orang lain buat aksi saya, memang rasa bersalah sangat!” tambahnya dengan nada berseloroh.
Walaupun umurnya sudah 70 tahun, Jackie masih tidak berhenti melakukan aksi-aksi lasak tanpa bantuan pelakon pengganti.
Menrusi filem ‘Panda Plan’, dia turut melakonkan adegan menunggang motosikal berkuasa tinggi yang perlu memecah tingkap. Sewaktu penggambaran, motosikal tersebut hilang kawalan dan Jackie tercampak beberapa meter.
Ads
Namun, dia tetap bertenang dan menyakinkan semua orang yang dia baik-baik saja. Kecederaan yang dialami hanyalah kecil, dan keberaniannya membuatkan kru produksi memberikan tepukan hormat.
Bukan itu sahaja, terdapat juga satu lagi adegan di mana Jackie perlu melompat dari lantai ke atas kotak kayu besar sebelum terus melompat ke tingkat dua.
Nampak macam senang, tapi untuk seseorang yang sudah 70 tahun, ia tetap mencabar. Keberaniannya terus mencuri hati kru dan warga produksi yang kagum dengan dedikasi serta profesionalisme Jackie.
Ads
Selain Jackie Chan, filem tersebut turut menampilkan panda bernama ‘Hu Hu’ sebagai bintang utama.
‘Panda Plan’ mengisahkan tentang watak Jackie Chan, seorang bintang kung fu, yang diundang untuk menjaga seekor anak panda popular, Hu Hu.
Namun, keadaan menjadi kecoh apabila Hu Hu menjadi sasaran kumpulan jenayah antarabangsa. Untuk menyelamatkan panda tersebut, Jackie bekerjasama dengan pengurusnya, David (dilakonkan oleh Wei Xiang), dan penjaga panda, Su Xiaozhu (lakonan Shi Ce), membentuk pasukan bagi menyelamatkan apa yang sepatutnya.
Filem Panda Plan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula semalam, 10 Oktober 2024. Buat peminat Jackie Chan inilah filem yang tak harus dilepaskan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya kita akan melihat majikan yang membuat posting mahu merekrut pekerja baharu jika terdapat sebarang kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Namun konsep berkenaan bagaikan sudah berubah ketika ini apabila muncul seorang pemuda Malaysia, Azmil Hakim dengan satu trend rare yang tak pernah disangka-sangka.
Posting gambar kerusi kosong untuk penemu duga
Unik tentang posting ini adalah Azmil Hakim menulis dia memerlukan penemu duga untuk duduk di kerusi berkenaan di samping menyatakan pengalaman kerja dan kelulusan yang dimilikinya.
Dapat perhatian bos-bos besar dan lebih 15,000 likes dalam masa 2 minggu
Posting Azmil menjadi tular dan hangat diperkatakan dalam LinkedIn selain ramai bos-bos besar tampil munculkan diri puji konsep yang diperkenalkan Azmil.
Cara-cara ini sudah tentu berbeza dengan kebanyakan calon-calon lain tetapi untuk mendapat perhatian sebegini, hanya mereka yang bernasib baik sahaja akan menerima pelbagai manfaat.
Selebihnya, mungkin ada netizen yang kritik, “Kau siapa nak suruh majikan pula yang cari kau?”
Tetapi sebagai perkongsian, buatlah apa sahaja tentang diri anda selagi anda rasa ia betul dan memberi manfaat kepada anda.
Dengar kata orang yang cuma pandai cakap tetapi bukan boleh kenyangkan perut kita setiap bulan pun macam tak ada function jugak.
Semoga berjaya Azmil Hakim dan kepada pembaca Maskulin, jadilah seseorang yang bukan klise!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang tak dinafikan, bukan setakat wanita yang memastikan bentuk tubuh kekal ideal dan langsing, lelaki juga berusaha keras menjaga penampilan agar tidak berlebihan berat badan.
Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.
Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.
Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.
Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.
Tip Hilangkan 35 Kg Dalam Masa 4 Bulan
Mengamalkan Menu Yang Sihat / Eat Clean
– Untuk makan pagi, mengambil telur rebus bersama roti roti wholegrain dan juga kopi kurang manis (tubuh kita masih perlukan gula, tetapi haruslah kurangkan kemanisan itu).
– Manakala untuk makan tengah hari akan mengambil menu yang sama, tetapi lebihkan pengambilan makanan yang rebus dan bakar.
– Untuk sementara tinggalkan pengambilan makanan laut sehingga berat badan jadi stabil.
– Sementara untuk makan malam pula tekankan pengambilan masa, iaitu diambil pada jam 6.30 petang dengan mengambil buah atau hanya minum sahaja.
– Mengamalkan cheat day tetapi pada hari Sabtu dan Ahad atau salah satu hari.
– Misalnya pagi makan nasi lemak ayam, jadi tengah hari akan kurangkan makan dan sebelah petang bersenam lebih sedikit.
Tip Lain:
– Amalkan aktiviti larian 5 km sehari secara konsisten.
– Jangan lupa minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mata kita yang melihat mungkin tidak tahu akan usaha keras yang seseorang curahkan sebelum dia mengecap kejayaan hebat. Dwayne Johnson atau lebih popular dengan namagelaran gustinya, The Rock merupakan antara aktor dan selebriti lelaki yang paling berjaya pada masa sekarang.
Malah, dia telah dilaporkan menjadi antara salah seorang pelakon lelaki yang mendapat jumlah pendapatan dalam tempoh setahun. Kemunculannya dengan susuk tubuh yang tegap menjadikan The Rock sebagai pelakin filem aksi yang sangat didambakan pengarah dan penerbit filem.
The Rock yang bakal muncul di dalam filem adiwira DC berjudul ‘Black Adam’ ini turut berkongsi beberapa perkongsian tentang persiapan berbentuk senaman pada awal pagi.
Lebih menarik terdapat hantaran yang dilakukan oleh The Rock menerusi Instagram kendaliannya pada jam 3:46 pagi. Menerusi kapsyen perkongsian tersebut, The Rock menulis, “selamat pagi, ayuh kita mula bekerja kawan-kawan”.
Bekerja baginya di sini ialah melakukan senaman untuk memantapkan bentuk badan serta stamina. Ia juga merupakan persiapan penting sebelum terlibat dalam mana-mana penggambaran.
Dan beberapa jam kemudian selepas hantaran tersebut, The Rock dilihat pula meneruskan aktivitinya di sebuah gimnasium dikenali sebagai Iron Paradise. Pada waktu tersebut jam menunjukkan jam 4:15 pagi dan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan sesi senamannya di situ pula.
“Hari Isnin ini saya ambil keputusan untuk melakuka aktiviti lebih produktif dan bangkit dengan segera sebelum pergi kerja,” jelasnya lagi.
Berbeza dengan orang lain yang mugkin lebih selesa menyambung tidur tapi tidak bagi The Rock. Tambahan pula ia adalah mingu-minggu terkakhir sebelum penggabaran ‘Black Adam’ bermula.
Mungkin itulah yang menyebabkan The Rock lebih bekerja keras memantapkan kondisi fizikalnya. Kalau The Rock yang sudah berjaya pun bekerja keras seperti itu, bagaimana pula dengan kita? Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.