
Dari pasar malam ke syarikat global! Sebut sahaja Brainy Bunch dan Malakat Mall, pasti nama Coach Fadzil Hashim akan terungkap kerana ideanya membangunkan projek mega berlandaskan syariat Islam dengan penuh strategik mendapat perhatian yang cukup baik.
Tujuan utama Malakat Mall dibuka bagi meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran runcit. kajian menunjukkan sektor peruncitan Bumiputera masih tidak berkembang kerana tidak dapat menyertai pasaran.
Sasarannya adalah untuk membolehkan kehadiran perusahaan Bumiputera dalam industri peruncitan ini dirasai dengan mengurangkan pemilikan asing daripada terlibat dalam pasaran.
Lebih mengujakan, Coach Fadzil berkongsi kesemua pengalamannya ini dikumpul bertahun-tahun termasuklah semasa berniaga di pasar malam suatu masa dahulu, selain mengambil upah membasuh baju senior semata-mata untuk mencari pendapatan pada usia yang sangat muda.
Ini dia 3 tip formula sukses bisnes daripada Pengasas Brainy Bunch dan pusat beli-belah Malakat Mall, Coach Fadzil Hashim…
<center
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dari 135kg Turun Sehingga 70kg! Lelaki ini Kongsi Tip Diet Teknik Pecahan!

Dari 135kg ke 70kg adalah sesatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Bukan mudah untuk hilang 65kg dalam masa setahun lebih, tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa sahaja yang ingin dilakukan jika ada kesungguhan semuanya jadi mudah.
Ini yang dilakukan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon, Perkongsiannya ini membakar semangat buat semua yang bercita-cita untuk turunkan berat badan.
“Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.
“Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.” Tulisnya di status Facebook miliknya.
Menurutnya ia mengamalkan teknik pecahan. Teknik ini amat membantu dan akan memberi impak yang sangat positif jika anda mencuba.
“Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg.
“Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal.
“Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.
“Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori.”katanya lagi.
Dia turut berkata teknik pecahan ini boleh diguna pakai malah dia sempat memberi beberapa tip untuk orang ramai capai matlamat.
“Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.
“Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih.” Tulisnya sebelum menghabiskan bicara.
Teknik pecahan ini walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi sangat berguna! Malah, dia berharap semua orang faham dan parktikan.
Mohamad Faizal, sering update berkenaan diet serta amalan-amalan yang sering dilakukan untuk turunkan berat badannya. Malah dia turut ada berkongsi bagaimana hendak turunkan 24kg sebelum raya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Dedah 10 Rahsia Dia Kawal Nafsu Makan, Hasilnya Berjaya Turun Berat 105kg!

Perkara paling susah bila nak diet ialah kawal nafsu makan. Kalau tak cekal, usaha nak turunkan berat badan tidak akan berjaya.
Namun jangan sampai anda menyerah kalah di pertengahan jalan. Cekal semangat dan keinginan yang jitu untuk anda mengubah bentuk tubuh menjadi yang paling ideal.
Berpengalaman miliki badan obes dengan berat 183kg, Jazli Hassan berkongsi di laman Facebooknya 10 rahsia dia mengawal nafsu makan sehingga akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 105kg.
Jom sama-sama kita manfaatkan perkongsiannya.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya “10 TIPS CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN KETIKA SAYA MENURUNKAN 183KG KE 78KG”. Saya tulis berdasarkan hasil pengalaman dan suka duka saya lalui untuk sampai ke tahap hari ini. Sila tag atau share pada kawan-kawan mudahan dapat berikan kebaiakan buat mereka semua. Selamat membaca dan fahami. Sharekan pada yang lain jika ia bermanfaat sebarkan kebaikan ini.
1. Baca doa sebelum makan.
Nampak simpel mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa, lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap. Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan. Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur. Jangan malu untuk buat perubahan. Sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.
2. Berbisik dalam hati.
Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap. Akhirnya muncul lah “HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN”. Cuba latih aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Setkan dalam minda selama bereberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat. Selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baik2. Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.
3. Mulakan dengan meminum air dahulu atau makan buahan dan serat.
Zaman nabi dahulu. Mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan syuran yang berserat. Sebelum menjamah makanan yang berat-berat. Dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air, kita dapat stabilkan asid dalam perut dari menganas punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.tenangkan fikiran jangan ikutkan hati. Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap. Tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh.
4. Makan perlahan-lahan dengan ketenangan.
Dalam sepuluh orang pemerhatian saya di kedai makan, hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan. Yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah. Ada makanan panas pun dia kunyah juga sebab tue bila dah habis satu pinggan makanan pun rasa tak kenyang. Penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada. Makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak. Kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif. Macam-macam alasan timbul.
5. Jangan terpedaya dengan rupa makanan.
Zaman serba canggih nie bukan nafsu makan je membuak-buak hospital pun makin penuh dengan orang sakit. Mana taknya pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativity. Sabar awak jadi pengguna yang bijak dan berilmu jangan ikut nafsu. Orang tue meniaga makin ramai orang makan makin maju perniagaannya. Kita nak support bussines diorg boleh cuba makan dengan penuh bijaksana. Janganlah makan dah lewat malam. Bahaya! Kena ingat nafsu tue ego kita. Perangai kita, emosi kita. Awak tue mastermind untuk seluruh fungsi tubuh awak. Dulu saya selalu kata dalam diri saya jauh dah aku berusaha kalau sebab makanan nie aku tewas. Memang aku seorang losser.
6. Makan kerap tapi sedikit-sedikit.
Ini paling sikit orang buat. Cuba bertenang sabar dan muhasabah diri. Helloooo makanan dekat Malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan. So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran tak akan. Cuba latih makan makanan yang sihat. Bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap. Berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar. Satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari menganas. Jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul.
7. Sentiasa ingat mati.
Jangan takut!!!! Mati itu pasti. Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati. Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur. Mental kita akan berubah secara automatik. Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan. Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah. ubah gaya hidup sihatlah. Saya dulu hanya asid refluck je baru kawal makan kaw2. semua sekat minyak, pedas, lemak, masin terlampau. Jangan buat sesuatu yang bodoh lagi. Cuba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul. Makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan.
8. Rancang pemakanan sebelum pergi makan.
Latih diri untuk pergi makan di luar latih diri baca menu awal-awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang. Bila kita ada perancangan kita akan ada kesabaran sekali gus dapat kawal nafsu pemakanankita menjadi lebih baik. Jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan. Pastu semua ada dalam menu nak order. Orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar. Sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je. Nak latih membuat perubahan memang banyak pengorbanan tapi demi kebaikan. Dulu saya siap tanya awal-awal tempat tue makanan macam mana, masakan apa ada.
9. Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”
Saya dulu bila diuji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati, saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam2 hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah. Bila susah juga saya akan memory recall balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar betapa jauh lagi perjalanan saya. Secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya. Lama-kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.
10. Ikhlaskan hati dan redha.
Sekuat mana pun nafsu makan kita, cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha. Lama-lama anda perlu juga berubah. Sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama. Dulu saya suka makan nasi lemak paru, mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng. Sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu, saya diserang sesak nafas teruk. Dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha. Saya setkan dalam minda saya cukupkan saya seksa diri saya dengan makanan. Tiba masanya saya buat perubahan. Selagi berkesempatan untuk berubah, berubahlah. Percaya cakap saya bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita.
Mudahan sedikit perkongsian pengalaman saya ini dapat berikan kesedaran bahaya kita mengikut nafsu makan kita. Janganlah ikut nafsu makan kita. Banyak saya terlihat di hospital-hospital terlantar menyesal dengan kehidupan mereka yang terlalu mengikut nafsu ketika makan. Sila share dan tagkan pada sahabat-sahabat anda yang obesiti.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tetapkan Sasaran Hingga 10 Tahun Ke Hadapan, Ini Tip Dr Alif Jasni Kejar PhD Ketiga

Di usia 36 tahun, Dr Alif Jasni sudah memiliki dua ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan empat ijazah sarjana (Master).
Lebih mengagumkan, beliau kini sedang menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan PhD ketiganya walaupun bergelut dengan penyakit Arnolds Chiari Malformation.
Ditanya mengenai bagaimana beliau mampu mencapai kejayaan akademik sebanyak itu, Dr Alif menjelaskan betapa pentingnya untuk membahagikan masa serta mempunyai sasaran yang jelas.
“Saya selalu ada sasaran. Tahun pertama, apa kita nak buat? Lima tahun ke hadapan, apa kita nak buat? 10 tahun yang akan datang, apa yang kita nak buat?”, kongsinya kepada Maskulin.
Dr Alif tampil sebagai jejaka keenam dalam episod terbaharu Man of The Moment di saluran Youtube Maskulin.
Sentiasa Ada Back-Up Plan
Selain itu, Dr Alif memaklumkan yang beliau sentiasa mempunyai rancangan sandaran jika rancangan utamanya tidak berjalan seperti yang dikehendakinya.
“Maksudnya di samping kita usaha nak kejar pengalaman, tapi pada masa sama kita kejar ilmu. Capai ilmu dalam apa saja cara,” ujarnya.

Baginya, apa sahaja usaha tidak akan pernah menjadi sia-sia walaupun tidak berjaya mencapai matlamat utama.
Bak kata ungkapan “usaha tidak pernah mengkhianati hasil” yang dipegang teguh beliau, Dr Alif percaya seseorang pasti menikmati hasil dari apa yang diusahakannya.
Untuk mendengar perkongsian Dr Alif dengan lebih lanjut, tonton episod penuh Man of The Moment di saluran Youtube Maskulin.
BACA: Kejar PhD Ketiga Pada Usia 36, Dr Alif Jasni Lawan Sakit “Arnolds Chiari Malformation”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI