Usaha Enam Bulan Exercise & Berdiet Hilangkan 30 Kg, Lelaki Obesiti Ini Kini Juara BodyBuilder

Share

Sebelum menjadi lelaki berotot, Zhang Shuai merupakan seorang pelajar biasa di Institut Teknologi Heilongjiang di Harbin, China, dia pernah dianggap gemuk tahap obesiti.

Menurut China Daily pelajar berusia  22 tahun yang kini bekerja sambilan sebagai jurulatih kecergasan mengalami kemalangan dua tahun yang lalu, menyebabkan dia kehilangan berat badan sehingga 40 kilogram dalam masa enam bulan.

Kerana kemalangan yang dialami, membuatkannya nekad untuk menurunkan berat badan kerana tidak mahu lagi hidup dalam keadaan yang tidak sihat kerana obesiti.

Zhang menghabiskan masanya di gimnasium dengan bersenam serta melakukan diet ketat. Setengah tahun selepas rejimen latihannya bermula, dia akhirnya menyedari impian untuk menjadi fit selepas kehilangan 30 kilogram (66 kilogram).

Kini dia mempunyai minat baru iaitu bina badan. Minatnya mendorong dia memasuki pertandingan bina badan sehingga berjaya memenanginya.

 

Sumber : China Daily

Published by
Ruziana Zainal