Sejujurnya bila bercakap tentang krim sunscreen ramai lelaki akan terus terbayang bahawa produk ini hanya akan digunakan ketika melancong ke pantai peranginan. Sedangkan ia sebenarnya boleh digunakan setiap hari untuk melindungi kulit terutama di bahagian wajah. Usah rasa malu bila rakan-rakan memerli anda menggunakan sunscreen seperti wanita. Walhal ia baik untuk kulit anda.
Ramai orang berasa hairan bila kulit wajah mereka masih bermasalah sedangkan ia dicuci setiap hari. Tahukah anda bahawa cuaca tropika seperti Malaysia memang menuntut untuk kita menggunakan
lebih dari sekadar pencuci muka.Antara produk yang paling penting itu tidak lain tidak bukan adalah sunscreen. Tapi ramai di antara kita hanya menggunakan produk hebat ini ketika melancong ke pulau peranginan sahaja. Walhal di pasaran terdapat sunscreen yang dihasilkan khusus untuk lelaki bagi penggunaan harian.
Jadi mengapa kita perlu menggunakan sunscreen setiap hari? Jom MASKULIN kongsikan sebab-sebab yang pasti buat anda ingin terus menggunakan produk ini.
Pencemaran alam terutamanya udara menyebabkan kondisi lebih bertoksik. Malah pancaran matahari terik juga boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan risiko kanser kulit.
Salah satu tanggapan salah ialah individu berkulit gelap tidak perlu menggunakan sunscreen. Ia sebenarnya salah kerana setiap orang perlu melindungi kulit tanpa mengira warna kulit.
Sunscreen mampu membantu melembabkan kulit. Malah sesetengah sunscreen mengandungi bahan seperti shea butter, minyak avokado atau glicerin sayuran. Pastikan anda periksa dahulu kandungan yang digunakan kerana jika terdapat alkohol ia hanya lebih membuatkan kulit menjadi kering.
Umum mengetahui bahawa jika terdedah lama di bawah pancaran cahaya UV boleh mendatangkan banyak kemudaratan. Penggunaa sunscreen membantu menghalang cahay UV dariterus terkena pada permukaan kulit.
Lapisan ozon bumi menjadi semakin nipis dan lebih banyak cahaya UV terdedah di permukaan bumi. Jadi selamatkanlah diri dari ancaman ini dengan menggunakan sunscreen. Jadi usah risau atau malu untuk gunakan sunscreen di masa akan datang.
Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah.