Sejujurnya bila bercakap tentang krim sunscreen ramai lelaki akan terus terbayang bahawa produk ini hanya akan digunakan ketika melancong ke pantai peranginan. Sedangkan ia sebenarnya boleh digunakan setiap hari untuk melindungi kulit terutama di bahagian wajah. Usah rasa malu bila rakan-rakan memerli anda menggunakan sunscreen seperti wanita. Walhal ia baik untuk kulit anda.
Ramai orang berasa hairan bila kulit wajah mereka masih bermasalah sedangkan ia dicuci setiap hari. Tahukah anda bahawa cuaca tropika seperti Malaysia memang menuntut untuk kita menggunakan lebih dari sekadar pencuci muka.

Antara produk yang paling penting itu tidak lain tidak bukan adalah sunscreen. Tapi ramai di antara kita hanya menggunakan produk hebat ini ketika melancong ke pulau peranginan sahaja. Walhal di pasaran terdapat sunscreen yang dihasilkan khusus untuk lelaki bagi penggunaan harian.
Jadi mengapa kita perlu menggunakan sunscreen setiap hari? Jom MASKULIN kongsikan sebab-sebab yang pasti buat anda ingin terus menggunakan produk ini.
BANTU MENGHALANG KANSER KULIT
Pencemaran alam terutamanya udara menyebabkan kondisi lebih bertoksik. Malah pancaran matahari terik juga boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan risiko kanser kulit.
SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT
Salah satu tanggapan salah ialah individu berkulit gelap tidak perlu menggunakan sunscreen. Ia sebenarnya salah kerana setiap orang perlu melindungi kulit tanpa mengira warna kulit.

MELEMBABKAN KULIT
Sunscreen mampu membantu melembabkan kulit. Malah sesetengah sunscreen mengandungi bahan seperti shea butter, minyak avokado atau glicerin sayuran. Pastikan anda periksa dahulu kandungan yang digunakan kerana jika terdapat alkohol ia hanya lebih membuatkan kulit menjadi kering.
LINDUNGI DIRI DARI CAHAYA UV
Umum mengetahui bahawa jika terdedah lama di bawah pancaran cahaya UV boleh mendatangkan banyak kemudaratan. Penggunaa sunscreen membantu menghalang cahay UV dariterus terkena pada permukaan kulit.
KONDISI OZON SEMAKIN TERUK
Lapisan ozon bumi menjadi semakin nipis dan lebih banyak cahaya UV terdedah di permukaan bumi. Jadi selamatkanlah diri dari ancaman ini dengan menggunakan sunscreen. Jadi usah risau atau malu untuk gunakan sunscreen di masa akan datang.
Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Skrub Atau Pencuci Muka Lelaki Terbaik Di Pasaran

Salah satu cara menjaga kulit wajah yang paling asa untuk lelaki ialah menggunakan pencuci muka atau skrub. Anda perlu ingat, lelaki juga perlu menjaga kulit mereka, terutamanya dengan menggunakan skrub atau pencuci muka yang sesuai. Berikut MASKULIN kongsikan 10 skrub atau pencuci muka lelaki terbaik di pasaran.
Jangan dipandang pada harga kerana apa salahnya jika anda melabur sedikit untuk mendapatkan produk yang benar-benar berkualiti!
1. Clinique For Men Face Scrub
Clinique For Men Face Scrub merupakan pilihan terbaik untuk lelaki dengan kulit kering. Bahan utamanya membantu mengangkat sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru. Produk ini juga membantu mengurangkan masalah ingrown hair.
Dapatkan di sini – https://invol.co/cll9s1t
2. Jack Black Face Buff Energizing Scrub
Skrub ini mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti peppermint dan menthol yang memberikan sensasi menyegarkan. Ia juga membantu menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, menjadikan kulit lebih segar dan bersih.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s2p
3. Brickell Men’s Renewing Face Scrub
Diperbuat daripada bahan organik seperti aloe vera dan avocado butter, skrub ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran, serta memberikan kelembapan kepada kulit.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s2d
4. Baxter of California Facial Scrub
Baxter of California Facial Scrub mengandungi partikel jojoba yang halus dan ekstrak aloe vera. Produk ini tidak hanya membersihkan, tetapi juga melembapkan kulit, menjadikannya sesuai untuk lelaki dengan kulit sensitif.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s35
5. Kiehl’s Facial Fuel Energizing Scrub
Kiehl’s Facial Fuel Energizing Scrub mengandungi kafein dan menthol yang membantu menyegarkan kulit. Produk ini juga membantu mengurangkan kemunculan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s3d
6. L’Oréal Men Expert Pure & Matte
Pencuci muka ini mengandungi bahan aktif dari gunung berapi yang membantu menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran. Ia sesuai untuk lelaki dengan kulit berminyak dan mudah berjerawat.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s3z
7. Lab Series Invigorating Face Scrub
Skrub ini mengandungi partikel pengelupasan yang halus dan tidak kasar pada kulit. Ia membantu menghilangkan sel kulit mati dan merangsang peredaran darah, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan sihat.
Dapatkan di sini – https://invle.co/cll9s4h
BACA: Mitos Mengenai Jerawat Yang Mungkin Anda Percaya Selama Ini
8. Nivea Men Deep Cleaning Face Scrub
Nivea Men Deep Cleaning Face Scrub mengandungi arang aktif yang membantu membersihkan pori-pori secara mendalam. Ia juga membantu mengawal minyak berlebihan dan mencegah jerawat.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s4r
9. Rugged & Dapper Face Scrub
Produk ini mengandungi bahan semula jadi seperti aloe vera, vitamin C, dan jojoba beads. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu menanggalkan kotoran serta sel kulit mati dengan lembut.
Dapatkan di sini – https://invl.io/cll9s61
10. Lumin Charcoal Cleanser
Lumin Charcoal Cleanser menggunakan arang aktif untuk menghilangkan kotoran dan toksin dari kulit. Ia juga mengandungi ekstrak bunga chamomile yang membantu menenangkan kulit yang meradang.
Dapatkan di sini – https://invol.co/cll9s6h
Penjagaan kulit adalah penting untuk mengekalkan penampilan yang sihat dan menarik. Pilihlah produk yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kena Rajin Amalkan Vaseline Kalau Lelaki Nak Tampil Kacak & ‘Smart’ Cara Bajet!

Bukan hanya wanita, lelaki juga patut jadikan Vaseline sebagai item beauty untuk anda kekal kacak dan smart cara bajet. Malah tak rugi anda membeli kerana item kecil ini mempunyai banyak kelebihan.
Boleh dikatakan Vaseline cukup berguna dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, termasuklah disapu sebagai fungsi untuk mengekalkan bau minyak wangi dan mengecutkan jerawat.
Ikuti perkongsian Kakak Manis tentang 30 kelebihan menggunakan Vaseline yang bukan sahaja boleh anda amalkan untuk diri sendiri, malah berguna juga untuk pasangan anda. Jom amalkan bersama.
BACA: 10 Sebab Kenapa Betik Menjadi Buah Kegemaran Lelaki Handsome & Sihat!
Panjang bulu mata dan lembutkan kulit kaki
Hilangkan siku hitam dan cantikkan kuku
Elak bibir kering dan tip bajet beli lip gloss
BACA: Berhenti Makan Coklat & Minuman Soda, Doktor Ini Kongsi Ilmu Elak Jerawat Makin Teruk!
Perfume tahan lama dan boleh kecutkan jerawat
Lembapkan muka dan elak lutut kering/hitam
Bahan campuran untuk skrub badan
Campuran dengan minyak urut
Untuk krim mala, pakai sebelum tidur
Pakai ketika cuaca panas untuk elak kulit kering
BACA: Gosok Kulit Pisang Pada Wajah, Rahsia Lelaki Ini Pudarkan Parut Jerawat & Bersihkan Kulit!
Tanggalkan cincin, cantikkan kening dan mata
Rawat kulit dan kuku
Petua untuk pasangan ni
Lebatkan rambut dan elak hujung rambut bercabang
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip & Cara Dapatkan Kulit Licin Bak Pelakon Lelaki Korea

Tahukah anda sebab utama mengapa wanita di negara kita cukup ‘gila’ dengan drama-drama Korea?
Selain jalan ceritanya yang baik, romantis dan kaya dengan babak air mata, kemunculan pelakon-pelakon kacak Korea juga menjadi sebab utama mengapa ia jadi kegilaan wanita.
Kalau anda lihat kebanyakan pelakon lelaki Korea memiliki wajah yang sangat baik dan licin.

Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
1. Langkah #1: Membersih dan exfoliate
2. Langkah #2: Melembapkan kulit dan cara penjagaan
3. Langkah #3: Mencukur
4. Tip tambahan
5. Amaran dan nasihat
Harap entri ini boleh membantu anda dan menjadi lebih maskulin!
Langkah #1: Membersih dan exfoliate
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
1. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat. Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Mencuci muka setiap hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali. Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang) tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan masuk tidur dengan memakai krim matahari (sunscreen)
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate secara berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat.
Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi. Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Langkah #2: Melembapkan kulit dan cara penjagaan
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
1. Kerapkan penggunaan pelembap
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian. Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Bagi kulit yang mudah kering, pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin. Manakal untuk kulit berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
2. Lembapkan sekitar mata
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda. Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang. Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
3. Lembapkan bibir
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
4. Guna krim pelindung matahari (sunscreen)
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
BACA: Lelaki Pun Kena Amalkan Skrub Muka, Kalau Nak Wajah Nampak Muda Dari Usia!
Langkah #3: Mencukur
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
1. Guna pisau cukur yang berkualiti
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering. Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
2. Mencuci muka dengan air suam
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
3. Guna krim pencukur
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan. Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
4. Gunakan kaedah mencukur yang betul
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur. Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya. Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
5. Bilas muka selepas selesai mencukur
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
6. Sapu pelembap kulit (moisturizer)
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Tip Tambahan
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
- Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
- Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
- Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
- Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
- Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Amaran dan nasihat
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
- Elakkan daripada menggunakan produk pencuci ataupun krim pencukur yang berasaskan alkohol kenara dikhuatiri boleh mengeringkan kulit dan memberikan kesan sampingan kepadanya.
- Gunakan exfoliating scrubs dengan berpada-pada kerana penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk kepada muka dan mencepatkan kedut pada muka. Pastikan anda membaca panduan penggunaannya dengan sepenuhnya.
- Anda akan dapat apa yang anda bayar. Perkara ini merujuk kepada produk penjagaan kulit dan produk-produk lain yang murah. Sekiranya anda menggunakan pisau cukur yang murah, janganlah pula marah sekiranya ia cepat tumpul.
Kesimpulan
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya. Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI