Buat kaki gym, ada satu bahagian yang sering kali dipinggirkan. Jadi tak hairanlah kita sering lihat abang-abang sado di luar sana memiliki bentuk badan yang sangat cantik.
Tapi bila tengok bahagian kaki… alahai kecilnya bagai tak ikut nisbah sesuai dengan bentuk badan. Ingat, do not skip your leg day!
Jangan hanya galak dan asyik nak bina otot di bahagian atas badan sahaja. Bahagian kaki juga perlu diberikan tumpuan sewajarnya.
Senaman kuatkan kaki ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam. Masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat, kerana ia penting untuk memanaskan otot.
1. CLOCK MOBILIZER
- Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
- Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
- Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
- Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
- Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
- Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari.
- Tangan diletakkan rapat ke dada.
- Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
- Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
- Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke balakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
- Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
- Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
- Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
- Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI