Selalu bila kita bersukan pasti akan ada sahabat yang tercedera dan paling popular adalah kaki terseliuh. Ia mungkin disebabkan salah step dan tidak bermain secara betul. Namun ada cara yang lebih baik untuk pemulihan kaki terseliuh.
Apabila perkara sebegini berlaku kita pasti akan dinasihatkan untuk samada pergi berurut atau sapu minyak panas. Disebabkan itu, sebuah laman Facebook Public Health Malaysia
telah berkongsi cara betul untuk pemulihan kaki terseliuh.BACA: 5 Kebaikan Guna Tangga Daripada Lif, Buat Otot Kaki Pejal Salah Satu Daripadanya
Ikuti perkongsian di bawah ini:
Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan:
Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan.
BACA: ‘Tau-Tau Je Kaki Dah Berlubang’, Dr. Izzat Jelaskan Kesan Jangka Masa Panjang Pesakit Diabetes
Langkah yang disarankan adalah dengan.
Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat
Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius