Untunglah Lelaki Yang Ada ‘Bumper’ Mantap, Mereka Selalu Buat 5 Senaman Ini

1241

Tidak dinafikan, golongan wanita juga mempunyai sikap suka memandang asset lelaki seperti lengan yang berketul, dada bidang dan juga punggung yang mantap. Ini adalah kitaran normal seorang manusia yang suka melihat keindahan.

Jika lelaki suka menjeling gatal kepada aset wanita, sama juga dengan golongan wanita, mereka cenderung untuk melakukan sedemikian. Ianya tidak salah selagi empunya badan tidak perasan bahawa ada ‘ekor mata’ yang sedang memerhatikan mereka.

Kali ini, MASKULIN ingin berkongsi antara senaman yang boleh anda buat untuk menaikkan otot punggung. Jika sudah punyai lengan, dada serta peha yang diidamkan, sudah tiba masanya untuk anda naikkan otot peha agar workout anda sempurna.

BACA: Teknik Senaman Mudah Untuk Dapat Otot Belakang Hebat Macam Superman!

1. Donkey kick

Senaman ini digemari golongan wanita. Namun lelaki juga boleh berbuat demikian. Donkey kick, kelihatan mudah, tetapi akan buat punggung anda menjerit kepanasan. Berkemungkinan besar akan rasa sakit yang amat keesokan harinya!

2. Bridging

Senaman yang paling popular dalam dunia fisio. Kerap digunakan untuk pesakit yang ada masalah lutut, belakang, dan postur yang lemah. Senaman ini untuk menguatkan otot punggung. Anda boleh ubah suai untuk menjadikannya susah. Salah satu caranya adalah dengan menolak dengan sebelah kaki sahaja, yang lagi sebelah diluruskan ke hadapan.

3. Squat


Senaman paling asas untuk membina punggung. Fungsi punggung adalah hip extension. Dalam hal squat, ia adalah bahagian yang menolak dan menegakkan badan anda apabila anda berdiri. Nak aktifkan lebih otot punggung? Cuba buat deep squat atau front squat.

4. Hip thrust

Biasanya, siapa yang buat senaman ini akan dipandang pelik dalam gym. Mana tidak, cara perlaksanaannya boleh timbulkan tanda tanya (macam humping). Tetapi, inilah senaman yang cukup power untuk menguatkan pinggul anda! Malah, nak kuat dalam gym dan dalam kualiti hidup seharian, anda kena buat senaman ini.

BACA: Lelaki Mudah Turunkan Berat Badan Jika Minum Kopi Tanpa Gula, Ini 4 Kebaikan Lain

5. Hip extension

Tak banyak gym ada mesin ini. Jika anda ada mesin tersebut, maka gunakan. Jika tidak, anda boleh guna resistance band untuk mensimulasi bebanan seperti menggunakan mesin. Daripada namanya sahaja, ia menunjukkan pergerakan utama otot punggung iaitu hip extension (menolak peha ke belakang).