Selain menyediakan tempat tinggal, suami juga wajib membantu isteri dalam urusan rumah tangga antaranya ke pasar untuk membeli barangan basah.

Namun tak dinafikan ada sesetengah suami apabila isteri minta tolong ke pasar membeli barang basah, mula rasa gelabah sebab tak kenali rupa ikan. Masa tu mulalah terkial-kial nak google nama-nama ikan.

Maklum saja, tak semua lelaki mengenali dan peka dengan pelbagai jenis ikan yang ada.

Jangan bimbang, Ariff Ismail berkongsi cara-cara mudah untuk suami membantu isteri membeli makanan laut, membersihkan dan menyimpannya. Barulah isteri rasa lebih seronok dan lapang dada.

BACA: ‘Petik Buah Di Australia, Indah Khabar Dari Rupa’, Lelaki Ini Kongsi Hasil Siasatannya!

Ikuti perkongsiannya:

ALAMAK KENA PERGI PASAR

“Abang tolong sayang p market sat, tolong beli ikan temenung sekilo”

Naaa mimpi ngeri bermula, weh boleh termenung keluar jendela. Ikan temenung tu ikan apa? Haa baru ada akal nak google jenis ikan.

Jangan sebab kita ni lelaki brother kita ambik tahu pasal kereta, motor, pc dan ps4 je. Kena ambil tahu bab bab nak beli ikan, sotong, udang, ketam dan lain lain lagi.

Ads

Hari ni dah alang alang temujanji tak jadi, dah sampai pulak area Pasir Penambang. Saya lajak kan sikit perjalanan ke pasar ikan segar. Nak cari hasil laut segar.

Meh saya kongsikan tips nak beli lauk seafood. Macam na nak tahu fresh ke idok ikan itu dan ikan apa yang nak beli.

1. Ambil tahu jenis ikan & masakan

Ikan ni ada banyak jenis bro, macam manusia gak ada banyak jenis. Ada ikan bersisik,ada ikan kulit licin. Ikan ada misai dan ikan yang leper pon ada.

Tanya cik bini nak masak apa, baru senang nak p beli ikan. Kalau dah dia kata nak buat asam pedas ikan jenahak dan pari adalah pilihan terbaik.

Nak masak lemak cili api, boleh cari ikan sembilang, mayong atau pon ikan parang. Bini nak buat laksa, kena la beli ikan sardin atau ikan termenung. Bukan ikan sardin dalam tin tau, ikan sardin segar.

Dah alang alang p pasar, jangan lah bini suruh beli ikan tu, beli ikan semata. Kita buat budget untuk lauk seminggu. Boleh la beli sotong, udang dan ketam sekali.

Ads

Lelaki Ini Kongsi Tip Mudah Agar Suami Mahir Beli Ikan, Pilih Yang Fresh & Cara Nak Simpan!

2. Pilih Ikan segar

Nak pilih ikan segar tak susah pon abang abang sekalian. Benda pertama yang kita kena tengok, mata ikan tersebut, tapi ada je ikan yang dah pakai kanta lekap untuk nampak lawa lagi.

Oleh itu, kita pegang badan ikan yang nak beli tu, tengok ikan tu badan masih keras atau dah lembik. Kalau masih keras maknanya segar la tu. Keras yang saya maksudkan struktur ikan tu tau, bukan sebab keras kena ais.

Boleh juga tengok insang ikan tersebut, haa jadi persoalan macam mana nak tengok insang ikan pari. Ikan pari ni lagi senang tengok lendir pada badan dia, if ada lendir makna baru la ikan pari tu.

Atau kita boleh angkat yang dah potong tu cium, bukan cium kat badan pari macam kita cium bini. Kita ambik bau, kalau ada bau macam hancing tu tak yah la beli ye.

3. Sotong & Udang

Macam mana nak tahu sotong dan udang tu segar. Ni lagi senang, kalau udang tu warna dah merah, janggut pon dah tanggal makna nya memang x segar dah.Udang yang segar warna kasih putih dan kepala dia tak tertanggal lagi.

Ads

Untuk “sutun” pulak, tengok kulit dan kepala sotong sotong tu. Kalau kulit dah tertanggal dan kepala sotong nampak lembik tu petanda dah tak segar. Sotong yang segar bentuk badan masih utuh ibarat model catwalk.

4. Jangan beli terlalu banyak

Nak beli ikan dan lauk basah ni, kena pandai budget. Jangan beli stok sebulan, tu jadi beli segar jadi rasa peti ais gak la jawapan nya. Budget ikut size family kita.

Duduk pon bertiga jangan lah beli ikan sampai 3 kg, sotong 2 kg dan udang 4 kg. Kita beli untuk stok masak seminggu. Supaya makanan laut yang kita beli kekal segar.

5. Cara simpan

Bila dah beli stok untuk seminggu pastikan simpan dengan rapi. Ikut budget sekali masak. Pek kan ikan ikut jumlah yang nak masak dalam bekas bekas kecil. Bersihkan dulu ikan sebelum kita simpan.

Sama juga dengan sotong dan udang, bungkus dan pastikan dah bersihkan. Masa bungkus tu masuk kan air dan letak sedikit gula dan garam untuk pastikan sotong dan udang kekal segar.

Bila kita dah bersih kan, mudah lah cik bini nak keluarkan dan memasak. Bila dah mudahkan keje bini, dia pon happy la nak masak.

Semoga sedikit perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk semua. Nanti saya share kan tips sediakan barang masak untuk mudahkan isteri masak dengan cepat.

– Ariff Ismail –

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI