Kini, ramai yang kita lihat trend lelaki berjanggut. Kalau dulu, sesiapa yang berjanggut selalunya digelar ustaz atau geng masjid, tapi kini tidak lagi. Sebenarnya menyimpan janggut membuatkan lelaki nampak lebih macho, malah banyak kelebihan yang anda akan dapat. Dipadankan pula dengan kemeja T, jeans dan kasut but, terserlahah diri anda sebagai lelaki maskulin.
Namun, imej berjanggut ini sering dihimpit dengan kritikan seperti lelaki tidak terurus, tak ada duit nak bercukur, nampak macam orang Timur Tengah dan macam-macam lagi. Jadi bagi anda yang berjanggut, pastikan janggut anda itu sentiasa dirapikan kalau tak nak kena bahan macam tu!
Selain meningkatkan imej maskulin anda, menyimpan janggut juga baik untuk kesihatan. Ia terbukti melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh pengkaji barat.
Jom baca 5 kelebihan yang lelaki berjanggut akan dapat.
1. Melindungi wajah dari sinaran UV
Kajian dari University of Southern Queensland, Australia, menunjukkan janggut ataupun jambang mampu melindungi kulit muka sebanyak 80% hingga 90% daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit. Ini kerana, bahagian yang dilindungi oleh bulu seperti janggut atau jambang kurang terdedah kepada sinaran UV.
Ads
Jadi, semakin lebat janggut atau jambang anda, semakin selamat kulit muka anda!
2. Melembapkan kulit muka
Selalunya yang minat memakai pelembap muka ini adalah kaum wanita sahaja. Tapi lelaki yang ada masalah kulit muka kering tidak perlu bimbang kerana mereka sudah mempunyai pelembap semula jadi iaitu janggut! Ini kerana bahagian kulit yang berbulu ini mengandungi kelenjar sebaceous yang merembeskan minyak dikenali sebagai sebum.
Sebum ini pula bertindak untuk melembapkan kulit muka sepanjang hari, selain merawat sel-sel muka agar tak cepat tua.
Ads
3. Baik untuk sistem pernafasan
Apa kena-mengena janggut dengan pernafasan? Ada. Melalui kajian, rerambut boleh bertindak sebagai penapis habuk daripada memasuki rongga pernafasan. Oleh itu, janggut amatlah baik bagi lelaki yang alah dengan hama atau habuk, terutamanya jika anda penghidap asma.
4. Meningkatkan kesuburan lelaki
Janggut juga dipercayai mengandungi hormon testosteron yang sangat baik untuk kesuburan lelaki. Lagi lebat janggut anda, lagi meningkat hormon tersebut. Jadi kalau anda nak subur, rajin-rajinlah menyimpan janggut.
Ads
5. Merangsang kesuburan wanita
Bukan sahaja baik untuk lelaki, manfaatnya juga kena tempiasnya kepada wanita atau isteri. Janggut juga boleh merangsang dan menstabilkan kitaran haid wanita, seterusnya meningkatkan kesuburan wanita. Caranya mudah sahaja iaitu dengan hanya membelai janggut lelaki.
Para wanita bolehlah membelai janggut suami anda kalau nak subur. Tapi suami sendiri sahaja, jangan suami orang lain!
Akhirnya, bagi umat Islam, janggut merupakan sunnah yang diwarisi daripada Nabmereka i SAW, malah akan beroleh pahala bagi yang mengamalkannya.
“DI ANTARA FITRAH DALAM ISLAM IALAH MEMOTONG MISAI DAN MEMELIHARA JANGGUT, BAHAWASANYA ORANG-ORANG MAJUSI (MENYEMBAH BERHALA) MEMELIHARA MISAI MEREKA DAN MEMOTONG JANGGUT MEREKA, MAKA JANGANLAH KAMU MENYERUPAI MEREKA, HENDAKLAH KAMU POTONG MISAI KAMU DAN PELIHARALAH JANGGUT KAMU” (RIWAYAT IBNU HIBBAN)
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas lapan minggu bersiaran, Aiman Ameer telah dinobatkan sebagai Hero Remaja manakala takhta Dewi Remaja pula dirangkul oleh Nurel bagi edisi 2023.
Kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Naib Juara: Fitri & Arabella
Dalam persaingan yang cukup sengit, Naib Juara Hero Remaja 2023 jatuh kepada Fitri manakala Naib Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan. Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.
Anugerah Kategori Lain
Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel.
Manakala, kategori Best Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
Selain itu, kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi. Penerima anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina.
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata, “Malam ini sejarah tercipta apabila dua juara dinobatkan sekaligus, pertama kali dalam sejarah Dewi & Hero Remaja sepanjang lebih 38 tahun penganjuran.
“Pemilihan kedua-dua mereka dianggap tepat dan mampu meneruskan legasi cemerlang juara-juara sebelum ini. Pencarian ini bukan hanya mengiktiraf bakat yang cemerlang dan berpotensi, tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka dunia seni, membina keyakinan diri, dan menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada generasi masa kini”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak seram dengan filem ini? Setiap sekuelnya pasti mendebarkan. Namun, menurut Advertising Standards Authority di UK, imej original filem ini menganggu pemikiran kanak-kanak. Selepas menerima banyak kritikan, poster ini dialihkan daripada tempat awam. Anak muda mungkin mendapat gangguan emosi apabila melihat imej poster ini kerana ia boleh menyebabkan rasa takut dan memberi stress kepada kanak-kanak.
Wanted (2008)
Masih ingat aksi lasak Angelina Jolie bersama James McAvoy? Poster filem ini telah mendapat kritikan bukan sahaja dari orang awam, malah dari kerajaan mereka sendiri kerana ia seakan mempengaruhi minda masyarakat dan mengajak mereka melakukan keganasan, terutamanya apabila tagline nya berbunyi :
“This is your destiny. Join us,” .
Zack & Miri Make a Porno (2008)
Lihat saja tajuk filem ini, sudah pasti mata akan terbuka luar kerana pelik. Disebabkan kerana imej posternya punya unsur luncah, pihak MPAA telah mengarahkan untuk tidak mengeluarkan poster filem ini. Namun, ia mnedapat kata “Yes” dari kerajaan Kanada mengenai poster ini.
The Hills Have Eyes 2 (2007)
MPAA (Motion Picture Association of America) bersetuju untuk mengatakan TIDAK kepada poster original filem ini. Ia kelihatan perit dan membebankan! Distressing! Namun mereka menukarnya dengan imej yang lebih biasa namun masih berkonsepkan penderitaan. Cuba tengok!
Bad Lieutenant (1992)
Pistol di dalam poster filem? Ok sahaja. Namun apabila imej pistol diacukan kepada seseorang dalam sebuah poster? MAaf, sama sekali tidak. Pihak MPAA mengharamkan pengeluaran poster ini yang mengeluarkan undang-undang “guns don’t kill people, people do”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sehari demi sehari masyarakat global kini sudah mula belajar dalam suasana norma baharu yang belum diketahui bilakah penghujungnya.
Impak yang dibawa oleh wabak COVID-19 telah mengubah lanskap sosio ekonomi masyarakat dunia dengan cukup hebat sekali.
Selagi belum ada ubat atau vaksin tercipta untuk merawat COVID-19 dengan berkesan selagi itulah kita harus sentiasa berwaspada dan berusaha mengurangkan kadar penularannya di dalam komuniti.
Kita bersyukur kerana kerajaan terutamanya menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, barisan hadapan serta rakyat Malaysia yang menunjukkan kepatuhan tinggi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan telah berjaya melandaikan kadar jangkitan.
Namun ‘peperangan’ ini masih belum berkahir. Terbaru sekumpulan saintis China dari firma bioteknologi Sinovac yang berpusat di Beijing melahirkan keyakinan bahawa vaksin dibangunkan mereka mempunyai kadar 99% berkesan untuk merawat wabak ini.
Dakwa firma tersebut mereka kini dalam fasa kedua dalam percubaan kepada seramai 1,000 orang peserta dalam ujian klinikal.
Foto hiasan
Memetik laporan Sky News mereka berkata, “Ini adalah vaksin COVID-19 yang sedang kami bangunkan dan inilah yang kami sebut sebagai jarum suntikan yang sudah diisi sebelumnya.
“Jadi apabila orang menggunakannya, ia lebih mudah; ini sangat termaju,” kata jurucakap firma itu.
Difahamkan firma tersebut juga kini dalam proses perbincangan untuk melaksanakan fasa ketiga ujian terkahir di United Kingdom. Selain itu mereka juga telag bercakap dengan beberapa wakil negara Eropah untuk melihat sebarang kebarangkalian positif.
Sinovac juga dilaporkan sedang membina sebuah kilang komersial di Beijing bertujuan menghasilkan sebanyak 100 juta dos vaksin.
Walau bagaimanapun mereka tidak mengesyorkan pengedaran kepada seluruh penduduk, sebaliknya memberi tumpuan kepada pekerja kesihatan dan warga tua yang menjadi penerima vaksin pertama.
Adakah ini sinar baharu buat manusia untuk menentang wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.