Untunglah Jadi Lelaki Botak Kerana Wanita Pandang Anda ‘Hot’, Kuat & Tak Cerewet!

Share

Beruntunglah jika anda memilih untuk jadi lelaki botak. Menurut kajian, wanita berpendapat lelaki botak lebih seksi dan nampak maskulin.

Bukan rekaan semata-mata tetapi kajian juga mendedahkan, lelaki botak lebih menarik berbanding lelaki yang berambut lebat!

BACA: Betul Ke Lelaki Botak Nampak Seksi? Ini 5 Sebabnya Dari Pandangan Mata Wanita!

Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan isteri sebenarnya tidak kisah jika pasangannya botak.

Anda tak percaya? Kajian sudah membuktikan. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan wanita lebih tertarik dengan lelaki botak.

BACA: Botak Tengah Adalah Mimpi Ngeri Lelaki, Ketahui 5 Punca Mengapa Ia Berlaku

Berdasarkan laporan ABC News pula, kajian yang dilakukan mendapati golongan isteri menganggap suami botak jauh lebih menarik dan lebih kuat kerana nampak lebih maskulin.

Bahkan lelaki botak juga sering dikaitkan dengan pekerjaan beruniform seperti polis atau tentera, selain bidang kerja yang menunjukkan kelakian seseorang.

Menariknya juga, lelaki botak dianggap tinggi keyakinan diri. Maksudnya mereka berani membawa imej sebegitu di khalayak ramai dan membuktikan mereka selesa dengan gaya lelaki botak.

Published by
Roselinda