Untung Para Lelaki Yang Berkerja Di IKEA, Dah La Cuti Bergaji Sebulan Dapat Pula Jaga Isteri & Anak Sendiri

Share

Selalu kita dengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tapi usaha yang dilakukan oleh Syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut di contohi dan diberi pujian.

Ikea baru-baru ni memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara. Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.

“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah. Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,

” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.”Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song

Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.

 

Sumber : Astro Awani

Published by
Ruziana Zainal