
Selalu kita dengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tapi usaha yang dilakukan oleh Syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut di contohi dan diberi pujian.
Ikea baru-baru ni memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara. Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah. Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.”Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song
Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
Sumber : Astro Awani
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Student Sekarang Nampak Mewah Dari Orang Bekerja, Ini Tip Patut Pelajar Patuhi Sebelum Melarat!

Jika anda seorang pelajar, terimalah hakikat bahawa anda masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Maka, anda perlu ketahui tip menguruskan kewangan dan perbelanjaan yang betul agar tidak timbul masalah kemudian hari. Jangan tahu enjoy saja. Patuhi tip kewangan dan perbelanjaan yang disarankan ini.
Tip pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Kenal pasti sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah keperluan atau tidak. Jika tidak, anda mesti kurangkan perbelanjaan terebut.
Tip kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, buku, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.
Tip ketiga : Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, kenal pasti kembali di mana wang anda di gunakan.
Tip keempat : simpan wang yang tidak digunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang yang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.
Tip kelima : Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih daripada kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.
Tip keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.
Tip ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang berduit banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
Tip kelapan : Sertai aktiviti kampus.
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat aktif dengan aktiviti dalam persatuan , kelab, sukan dan sebagainya.
Tip kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.
Tip kesepuluh : Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.
Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Kadangkala tanpa disedari, wang saku harian habis dibelanjakan.
Salah satu alat bantu yang baik untuk pelajar ialah penggunaan `Buku Wang Saku’ yang diterbitkan oleh Bank Negara. Buku ini merupakan cara yang mudah untuk membantu seseorang pelajar merancang kewangan melalui rancangan berbelanja harian. Berikut adalah beberapa faktor-faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan:
1-Rancang Perbelanjaan
Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian.
Setiap kali menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang.
2-Belanja Dengan Bijak
– Satu lagi petua merancang kewangan adalah dengan mengetahui cara-cara bagaimana membelanjakan wang dengan bijak. Cara berbelanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.
-Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Bagi pelajar yang dapat mengawal perbelanjaan pula, elakkan daripada meminjamkan wang kepada kawan-kawan.
-Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
-Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu bapa.
3-Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini disebabkan wang perlu digunakan pada bila-bila masa.
4-Menyimpan Wang, Biarlah Di Tempat Selamat
Baki wang yang ada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibu-bapa untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan dengan bank.
5-Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hutang Sentiasa Membelengu? Ini 7 Tip Selesaikan & Bebas Hutang ‘Jahat’ Sebelum Umur 40 Tahun

Bila kali terakhir kita mencari info tentang tips bebas hutang? Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Tidak ramai yang mahu berkongsi tips bebas hutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang itu perlu dipelajari, bukan sekadar ikut-ikutan berdasarkan pengalaman sendiri.
Lelaki ini kongsikan tip agar kita bebas hutang sebelu usia mencapai 40 tahun. Menarikkan?Jom praktikkan.
Bebas hutang jahat sebelum 40 tahun? Mustahil ataupun tidak? Kebanyakan masyarakat kita masih perlu bekerja walaupun sudah bersara. Di mana silapnya?
Ada hutang baik dan hutang jahat. Jika hutang tu tak memberi keuntungan kepada kau dan kewangan kau ia dianggap sebagai hutang jahat.
Jika ia memberi kesan dan menambahkan keuntungan ekonomi kau ia dianggap sebagai hutang baik.
Antara panduan yang boleh dilakukan untuk bebas hutang ialah;
1. Elakkan berhutang yang tidak perlu. Contohnya, elakkan berkahwin menggunakan pembiayaan peribadi. Tak perlu berhutang semata-mata untuk beli sofa baru, televisyen baru, meja makan baru dan sebagainya.
2. Beli barang secara tunai sahaja. Kalau belum mampu simpan di dalam hati dahulu.
3. Beli rumah yang mampu dahulu. Lihat banyak mana pendapatan kita sebulan. Biar bersesuaian.
4. Hidup di bawah kemampuan sendiri. Hidup secara bersederhana dan tak bermegah dengan nafsu kehendak. Kalau mampu beli Honda City, tapi beli Myvi sahaja. Jangan asyik bertukar telefon pintar keluaran terbaru je. Sofa, TV yang masih elok tak perlu ganti baru setiap tahun.
5. Pandu kereta yang rendah harganya. Kereta murah pun berkualiti juga. Kereta murah pun sampai juga tempat yang nak dituju. Asalkan dapat pergi ke mana-mana bersama keluarga tercinta.
6. Simpan & melaburlah semaksima mungkin secara konsisten walaupun hanya sekadar jumlah yang kecil. Menyimpan bersesuaian dengan pendapatan sendiri. Melaburlah di instrumen pelaburan yang kau yakini dan selamat.
7. Cubalah menjana pendapatan kedua. Misalnya seperti berniaga online, ejen takaful, atau apa sahaja. Semuanya untuk keluarga dan diri sendiri juga. Sekurang-kurangnya mampu cover perbelanjaan bulanan dan mampu tanggung kos hidup kau sekeluarga.
Tiada yang mustahil di dalam dunia ini kalau kau berusaha dan mempunyai ilmu serta pengalaman yang mantap. Ada orang menuju bebas hutang cepat. Ibarat naik kapal terbang. Ada orang menuju bebas hutang lambat sikit. Ibarat naik kereta. Tapi bukan tempoh masa yang menjadi persoalannya.
Yang penting kita bersama-sama bebas hutang. Bila pencen nanti boleh tingkatkan amal ibadat, amalan jariah, dan fokuskan bekalan akhirat. Tidaklah perlu bekerja siang dan malam sampai nak ke masjid pun susah. Jika masa muda kau pernah lakukan kesilapan, janganlah mengulangi kesilapan yang sama lagi. Ayuhlah kita berusaha. Tinggalkan aset kepada anak kita bukannya hutang yang menggunung.
Masa muda inilah perlu mencari ilmu yang mampu memberi manfaat pada masa hadapan kau. Jangan masa muda ni kau duk peduli tentang artis kegemaran kau jeeeeeee. Kah!
Sumber : Amir Syahir
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
2, 3 Pagi Masih Lepak Makan Dekat Mamak? Ini Kesan Pada Kesihatan Yang Bakal Anda Terima!

Kesan Buruk Tabiat Suka Lepak Makan Sampai 2, 3 Pagi!
Tabiat makan pada lewat malam adalah kurang sihat dan boleh memberikan kesan negatif ke atas kesihatan. Fikirkan alternatif yang boleh anda amalkan untuk kekal sihat sepanjang hayat!
Ini 4 kesan buruk suka sangat makan lewat malam
1.PEDIH ULU HATI
Refluks asid adalah satu keadaan yang menyebabkan pedih ulu hati yang merosakkan esofagus. Ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti asma, serak kronik, dan dalam kes-kes teruk, menyebabkan kanser esofagus. Dalam kes ekstrem juga boleh menyebabkan ulser jika tidak dirawat.
2.WAKTU TIDUR GAGAL
Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membantu anda pulih dari penat bekerja di siang hari, jadi anda boleh bangun dengan penuh bertenaga. Tidur penting untuk mental, fizikal, dan emosi kesejahteraan. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan, keletihan mental dan fizikal, kesukaran dalam komunikasi, ingatan yang lemah atau kehilangan ingatan.
Kebanyakan orang mengalami kekurangan tidur apabila terlalu gemar keluar makan lewat malam. SATU HIDANGAN BERAT DIAMBIL PADA LEWAT MALAM MENYEBABKAN BADAN TERPAKSA BEKERJA KERAS UNTUK MENCERNAKAN MAKANAN TERSEBUT. Ini juga akan menyebabkan kepenatan kerana organ organ pencernaan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana bekerja sepanjang malam untuk mencernakan makanan makanan tersebut.
3.PENGHADAMAN TIDAK SEMPURNA
Makan pada lewat malam menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan, ini boleh menyebabkan masalah gas dan kekejangan perut. Apabila anda tidur, sistem penghadaman menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.
Ini mencetuskan penukaran makanan menjadi lemak dan membawa kepada kenaikan berat badan. Mereka yang mengadu kembung perut tidak sedar bahawa ia adalah daripada makanan yang tertinggal dari pencernaan yang tidak sempurna.
4. ANGIN AHMAR
Tidur selepas makan juga boleh meningkatkan peluang anda mempunyai strok, menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Ioannina Sekolah Perubatan di Greece. Kajian, yang memberi tumpuan kepada 500 orang yang sihat 250 yang sebelum ini telah mengalami strok dan 250 yang telah didiagnosis dengan sindrom koronari akut mendapati bahawa orang-orang yang menunggu terpanjang antara makan dan tidur pada risiko rendah untuk strok.
Menurut kajian Refluks asid boleh menyebabkan apnea tidur, yang dikaitkan dengan strok. Satu lagi teori adalah bahawa proses pencernaan yang memberi kesan pada tekanan darah, tahap gula darah dan kolesterol mungkin boleh menyebabkan strok.
TIP ELAK DARI TERMAKAN LEWAT MALAM LAGI!
1. Makan sebelum 6:00 petang. Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2.Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minum lah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
3. Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semula jadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
4. Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5.Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI