Tidak semua orang dikurniakan teman sehidup yang diimpikan. Terkadang banyak pasangan yang lebih cenderong bersikap bertentangan. Selalunya itulah lumrah kehidupan,baru lah adventure. Tapi jika anda sedang bercinta, sudah berkahwin ataupun masih tercari-cari wanita idaman, bolehlah baca artikel ini. Kalau si dia memenuhi tanda-tanda dalam senarai ini, pegang hati dia kuat-kuat dan jangan lepaskan sampai bila-bila!
Hobi Yang Sama
Susah nak jumpa wanita yang meminati perkara yang sama seperti lelaki, apatah lagi kalau wanita itu jenis yang suka ‘makeup’. Tapi kalau anda boleh jumpa wanita rare yang ambil tahu pasal ranking EPL, bermain game MMO, suka baca komik, tonton cerita sains fiksyen atau action,, maka anda mungkin dah berjumpa dengan soulmate sejati. Jaga si dia baik-baik!
Tidak Ganggu Kerja Anda
Sekiranya teman wanita anda benar-benar memahami anda, si dia tak akan sibuk-sibuk mesej atau cuba menelefon anda setiap 5 minit. Jika pasangan anda tidak cemburu, tidak syak wasangka terhadap anda kerana pulang lewat dan sentiasa menyokong usaha gigih anda di tempat kerja, maka mungkin si dialah wanita dunia akhirat buat anda.
Kongsi Perasaan Bersama
Kebiasaannya wanita suka menyimpan perasaan taknak luahkan kepada pasangan. Anda sangat bertuah sekiranya mendapat pasangan yang boleh memberitahu dengan jujur kenapa dia bersikap dingin ataupun kenapa dia berasa marah dengan anda. Inilah yang dikatakan komunikasi paling berkesan.
Terima Seadaanya
Ada sesetengah wanita yang mengejar rupa, harta, pangkat dan tahap populariti dalam memilih pasangan. Namun, tiada satu pun nilai yang dikejar ini boleh berkekalan sampai bila-bila.Jika si dia boleh menerima segala baik dan buruk anda, sanggup susah senang bersama-sama anda, insya Allah anda akan kekal bahagia bersamanya. Orang putih kata “through thick and thin.”
Ads
Anda Tidak Perlu Menjadi Mr Perfect!
Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang ataupun telah ‘tertambah’ sedikit berat badan tapi si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.
Confident Dengan Diri Sendiri
Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan daun saja setiap hari.
Pendengar Yang Setia
Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai ‘mengajar’ anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ni!
Ads
Dia sangat ‘click’ Denganmu
Apabila anda bersembang dengannya, anda sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.
Bersikap Terbuka Dengan Dirinya
Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.
Selesa Dan Happy Bila Bersamanya
Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, perangai atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.
Ads
Tidak clingy dan sibuk nak jadi belangkas
Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.
Boleh bergaul dengan keluarga dan rakan-rakan
Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.
Pandai membuat Kejutan
Kebiasaannya kaum wanita sahaja yang selalu mengharapkan lelaki nak buat kejutan romantik untuk mereka. Tapi kalau anda dapat isteri atau girlfriend yang suka beri kejutan kepada anda dan tahu jenis hadiah kejutan yang anda minati, si dia boleh mengelakkan kebosanan dalam perhubungan.
Tidak Kuat Membebel
Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter. Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ni, alangkah bahagianya hidup, kan?
Sumber : iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti
● hidrokuinon 4 peratus
● kortikosteroid 0.01 peratus
● tretinoin 0.05 peratus
Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.
PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)
● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang
● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
● Keturunan
● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.
PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN
● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk
● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.
● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.
● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Punggung sangat sensitif terhadap ketegangan otot akibat tekanan. Dalam keadaan lemah dan kaku, otot punggung mengalami kekejangan. Keadaan ini menyebabkan aliran darah yang mengangkut oksigen menjadi pelahan sehingga otot kekurangan oksigen. Akibatnya, penderita mengalami rasa nyeri (sakit) yang semakin parah jika tidak dirawat.
2-Postur tubuh tidak seimbang
Masalah postur tubuh yang kurang tepat atau tidak seimbang menyebabkan lengkung tulang belakang tidak berada dalam satu garis lurus sehingga mudah cedera. Kelainan akibat postur tubuh yang tidak seimbang boleh menyebabkan tulang belakang terlalu melengkung ke depan atau ke belakang.
3-Kurang bersenam
80 peratus rasa sakit pada tulang punggung disebabkan kelenturan (tonus) otot tidak baik atau kurangnya bersenam. Otot yang lemah terutama pada daerah perut tidak mampu menyokong punggung secara maksimal.
4-Kecederaan dan ketegangan otot
Gerakan memutar, membongkok atau mengangkat beban berat yang tidak dilakukan secara betul akan mengakibatkan ketegangan pada otot atau terjadinya kecederana ligament. Hal yang sama juga boleh berlaku akibat gerakan secara mengejut ketika bersenam. Contohnya ketika bertukar arah.
CARA ATASI
1-Berlajarlah untuk bersikap bertenang dan jauhi utin yang boleh membuatkan anda berasa tertekan.
2-Pelajari cara yang betul untuk mengangkat beban, berdiri, duduk dan baring.
3-Dengan melakukan senaman secara teratur dapat meningkatkan kelenturan otot-otot serta sendi punggung.
4-Anda disarankan untuk menjalani gaya hidup sihat dengan belajar mengatasi tekanan serta menjaga berat badan agar seimbang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur di tempat kerja adalah salah satu isu disiplin yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja tambahan lagi di dalam mesyuarat. Tentu-tentu dah kena panggil dengan HR punya.
Tetapi berbeza pula di Jepun. Terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks.
Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???
Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.
Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.
Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.
Tapi tidak semua boleh tidur ye!
Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.
Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.
Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.
Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar. Menarik kan etika ‘Inemuri’ ini, tapi anda rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?