Penggunaan kaca mata bukan hanya untuk mengelakkan mata terkena silau matahari malah ia disifatkan sebagai aksesori untuk menambahkan gaya kacak lelaki.
Kaca mata juga berupaya untuk menambah seri di wajah lelaki, kalau tak percaya cuba sarung satu.
Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenama yang diperkenalkan namun sesuai atau tidak dengan bentuk wajah anda, aspek ini juga perlu diambil kira.
Di bawah ini MASKULIN sediakan senarai penuh spek yang sesuai untuk digayakan:
1. Stail : The Wayfarer
The wayfarer tampil dengan rekaan bingkai tebal dan ia mula diperkenalkan Ray Ban sekitar 1956. Lelaki dan wanita boleh memakai the wayfarer ini kerana ia bersifat uniseks selain jika anda mahu tampil ‘kemas biasa-biasa’ atau ‘tidak terlalu funky’.
2. Stail : The Aviator
The Aviator tampil dengan rekaan batang halus membentuk bingkai dan ia pertama kali ditampilkan pada tahun 1936. Rekaan ini boleh membuatkan si pemakai kelihatan ‘macho’ dan ‘matang’ selain ia pernah digayakan Tom Cruise dalam filem ‘Top Gun’ serta dipakai juruterbang dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelak silau matahari.
Ads
3. Stail : Teashades
Teashades juga dikenali sebagai ‘Lennon specs’. Bentuk spek bulat ini pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda, The Beatles dan kalau dalam filem komedi Cina lama, ada dua pelajar kung fu gemuk sering memakai kaca mata jenis ini. Mereka yang memakai Teashades dilihat sebagai rare dan memiliki personaliti yang kreatif.
4. Stail : Clear Frame
Ada yang suka berwarna hitam atau berwarna-warni tetapi bagi pemakai Clear Frame, mereka jelas tidak mahu kelihatan begitu menonjol. Dalam erti kata lain, mereka tidak gemarkan perhatian daripada orang lain secara serius tetapi dalam jiwa mereka, tetap memiliki elemen ‘klasik’ yang tidak dapat disembunyikan.
5. Stail : Rimless
Ads
Rekaan Rimless amat bertentangan dengan tiga rekaan di atas kerana bingkai ini tiada bingkai hadapan dan cuma disambungkan terus kepada pemegang telinga. Kaca mata ini bersifat mimalis dan pemakainya tidak menitik beratkan gaya sebaliknya cukuplah sekadar ia dapat mengelakkan silau matahari. Oleh itu, pemakai kaca mata jenis ini disifatkan seseorang yang ‘simple’ tetapi ‘matang’.
6. Stail : Brownline
Jika Rimless tiada bingkai pada bahagian hadapan, Brownline tampil dengan semi-bingkai. Rekaan ini menampakkan seseorang itu kekal bergaya tetapi dalam keadaan yang cukup mimalis. Macam nak tak nak. Tapi ramai yang nak kerana Brownline memang membuat seseorang itu kelihatan sangat ‘cool’.
7. Stail : Oversized
Oversized biasanya dilabelkan sebagai ‘king’ atau ‘queen’ buat sang pemakai. Sesiapa yang ingin tampil kelihatan vogue dan persis diva, inilah kaca mata yang paling sesuai untuk digunakan. Boleh dikatakan pemakai Oversized sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi.
Ads
8. Stail : Shield
Kaca mata ini menampilkan gaya ala-ala futuristik. Pemakainya terdiri daripada mereka yang gemarkan muzik jenis tekno dan mahu kelihatan ‘sangat jauh ke hadapan’. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berani memakai kaca mata jenis ini kerana dianggap pelik dan keterlaluan kecuali digunakan sebagai prop untuk projek futuristik.
9. Shutter Shades
Kaca mata ini menampakkan si pemakai kelihatan begitu ‘funky’. Jika memakainya dalam sesebuah majlis keraian atau parti, anda mungkin menjadi perhatian. Karakter pemakai kaca mata jenis ini turut menggambarkan anda memiliki jiwa yang sangat bergelora untuk mencuba sesuatu yang baharu dan ‘gila’.
10. Stail : Sport
Kaca mata ini diperlukan oleh mereka yang gemar bersukan kerana rekaannya yang tidak mudah tertanggal serta tahan silau. jadi, memang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti lasak meski pun dalam cuaca serta matahari yang sangat terik. Yang penting, anda kekal nampak bergaya walaupun sedang bersukan.
Dalam banyak-banyak kaca mata yang ditulis, yang mana satu anda sedang pakai atau miliki ketika ini? Kongsikan bersama MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun kurus, anda pasti berdepan dengan penyakit double chin berleluasa kan? Tak kan nak potong rahang untuk mendapatkan jawline yang cantik? Berdosa tau. Tak perlu buat banyak-banyak senaman untuk buang double chin anda tu. Ini langkah-langkah mudah untuk anda amalkan apabila bangun dan sebelum tidur setiap hari.
Urut
Teknik urut ini sangat membantu untuk anda hilangkan double chin anda. Hanya perlu urut menggunakan jari-jari di bahagian rahang anda sambil mendongak. Urut bahagian ini dengan mengunakan minyak atau losyen supaya permukaan licin. Lakukan rutin ini sebanyak 15 kali pagi dan malam.
Cium Syiling
Dongakkan kepala anda dan muncungkan bibir anda selama 5 saat. Buat rutin ini sebanyak 15 kali pagi dan malam
Kunyah gula-gula getah
Anda akan banyak menggunakan otot-otot dibahagian leher ketika ini. Anda boleh lakukan senaman ini ketika sedang berkerja ataupun ketika memandu.
Air masak
Air masak sebenarnya sangat membantu, pastikan urin anda putih setiap hari. Itu bermakna kandungan air dalam badan anda sudah cukup.
Bina badan
Tahukah anda, apabila anda mula bina badan, otot-otot dibahagian lain akan menarik lebihan lemak dari leher? Sebab itu, lelaki-lelaki yang bina badan akan mempunyai jawline yang sangat mengancam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kombinasi warna yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan gaya yang sempurna. Tidak semua individu bijak dalam membuat suai padan warna kerana jika salah memilih gabungan yang sesuai, penampilan anda boleh menjadi mangsa fesyen.
Try mix dan match menggabungkan beberapa rona warna yang sepadan untuk mendapatkan penampilan yang lebih bergaya dan maskulin. Jom lihat 16 kombinasi ini. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sering kali kita mendengar perbahasan mengenai aurat wanita. Namun mungkin sedikit atau jarang sekali kita mendengar pembahasan aurat para lelaki. Bagaimana pula, dengan lelaki yang kini semakin rancak memakai seluar ketat, seluar pendek hingga menampakkan lutut atau seluar senaman hingga timbul urat yang 1?
Jom kita kongsikan perkongsian daripada saudara Zul Hafiz Yahya di laman facebooknya
” Bagaimana lelaki yang memakai seluar nipis? atau cawat londeh menampakkan jenama seluar dalamnya?
Mari berpakaian dengan Ilmu berpandukan pencipta kita dan insan yang kita kata kita berimankan beliau sebagai rasul dan pesuruhNya, bukan ikut-ikutan. Sesungguhnya mengenai hukum memakai seluar
Hukumnya ialah harus dan mengenai masalah aurat maka perlulah ditegaskan beberapa perkara :
Harus memakai seluar selagi tidak menampakkan bentuk badan lelaki yang wajib dilindungi (dari pusat sehingga ke lutut).
Dimaksudkan terlindung auratnya ialah tidak menampakkan kembungnya zakarnya (khasnya dibahagian zip), tidak menampakkan bentuk punggungnya (besar atau kecilkah punggungnya tidak dapat lihat) dan juga tidak menampakkan pahanya (apakah pahanya itu kokoh atau lembik). Sekiranya seluar yang dipakai itu menampakkan aurat dan bentuknya contohnya menampakkan bentuk zakar yang mengeras maka hukumnya ialah haram.
Harus memakai seluar dengan syarat ianya dipakai bukanlah untuk meniru kuffar atau pelakon atau mana-mana individu dan jauh dari berbangga dengan jenama atau sebagainya.
Ini berdalilkan kepada hadith dari Ibn Abbas ra yang menyebut baginda nabi pernah bersabda : “ Barangsiapa yang tidak mendapati kain maka hendaklah dia memakai seluar” (hadith sahih diriwayatkan oelh Bukhari no. 5804 dan Ibn majah dan lain-lain).
Hadith di atas menjelaskan keharusan memakai seluar dan hukumnya bagaimanapun tetap tertakluk kepada penjagaan batas-batas syariat.
Mengenai masalah Isbal (melabuhkan pakaian)
Hukumnya ialah harus melabuhkan pakaian jika ianya dilakukan bukan dan tanpa kerana untuk bongkak atau untuk fesyen.
Ini berdalilkan kepada hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa baginda rasul bersabda : “Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari kiamat”lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ? Maka dijawab oleh baginda : “ Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka yang membuatnya kerana bongkak (sombong)” (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335 dan lain-lain).
Hadith-hadith sekitar isbal semuanya menjanjikan azab dengan adanya syarat “خيلاء” iaitu sombong atau bongkak. Lalu ianya dikhususkan dengan wujudnya pembolehan melakukannya dengan tiadanya syarat sombong atau bongkak ini dan disebabkan maslahat seperti halnya perbuatan Abu Bakar as-Sidiq ra.
Namun jika dilabuhkan pakaian baik seluar atau kain atau apa-apa lantaran merasa riya dan seronok seluarnya itu labuh kerana merasa lawa dan cantik maka hukumnya ialah haram.
Ini jelas dilarang dalam islam bahkan nabi menyebut : “ Allah tidak akan memandang mereka yang memakai pakaiannya dengan bongkak” ( hadith sahih riwayat bukhari no. 5783 dan Muslim).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.