Setiap apa yang telah dicipta pada tubuh, pasti berguna untuk melindungi tubuh badan. Misalnya bulu hidung berfungsi untuk mencegah habuk, serangga, bakteria dan juga zat-zat asing yang cuba memasuki melalui ruang rongga serta melancarkan penafasaan.
Sebagai lelaki yang ingin kekal kacak dan tampil bersih, bahagian hidung dan bulu hidung juga harus dititikberatkan. Ia bukanlah alasan untuk anda tidak merapi dan membiarkan kawasan hidung tidak terjaga dengan sempurna.
Ini dia 6 tip penjagaan bulu hidung yang mesti anda titik beratkan.
Mengunting lebih selesa dari mencabut. Malah, jika anda mencabut bulu hidung bimbang akan menyebabkan iritasi dan kemerahan.
Harus diingat ya untuk memastikan kebersihan dan ketajaman gunting, anda tidak boleh berkongsi dengan sesiapa pun. Patutnya ia dimiliki secara peribadi!
Gunting di bahagian sisi dengan lembut agar tidak terluka dan elakkan menggunting bulu sekali gus sebaiknya bersihkan dahulu di bahagian sisi. Ini kerana, bulu hidung lebih cepat tumbuh di kawasan sisi hingga menyebabkan keterampilan sesorang itu kelihatan tidak kemas dan agak memalukan!