Tidur adalah satu proses untuk merehatkan diri. Dengan tidur juga, badan akan mendapat semula tenaga untuk keesokan harinya bagi menjadikan anda kembali segar dan bermotivasi untuk terus bekerja.
Namun begitu, sejak zaman serba canggih menjadi salah satu lifestyle masyarakat hari ini, kesihatan diri seperti diabaikan dan waktu tidur pun berkurangan. Jadi, Maskulin kongsikan 8 perkara yang perlu anda elak daripada melakukannya sebelum masuk tidur :
1. Jangan sesekali bawa gadjet
Teknologi memang merupakan satu lumrah dalam kehidupan kita dan banyak membantu dalam setiap aspek kehidupan. Tapi jika anda ambil keputusan untuk menggunakannya dalam bilik tidur, anda sebenarnya menjejaskan peluang untuk mendapat rehat yang lena. Lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan alat yang mempunyai skrin seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar.
Agak menjengkelkan apabila kita merasa letih selepas mengharungi rutin seharian tetapi sukar untuk kita melelapkan mata. Makin kita cuba melelapkan mata, makin ia sebenarnya menyebabkan kita terjaga. Tindakan cuba memberi fokus untuk beradu tidak akan membantu kita berehat dengan sempurna. Menurut pakar tidur, Raj Dasgupta, beliau menasihatkan individu yang mengalami masalah ini untuk bangun dari tempat tidur dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menenangkan dirinya seperti membaca buku atau mendengar muzik menenangkan. Dasgupta menyatakan, bila mana kita memaksa diri kita untuk lelap, minda kita sebenarnya akan dipaksa bekerja lebih keras dan mudah merasa kecewa.
3. Cari pasal sehingga bergaduh
Ini biasa kita dengar dalam kalangan agamawan atau pakar motivasi berkenaan perkara ini. Mereka selalunya menasihatkan kita agar tidak bergaduh sebelum tidur, tidak menyimpan dendam dan berusaha memaafkan diri sendiri dan orang lain.
Ads
4. Bersenam
Bagi yang suka bersenam, semua tahu akan faedahnya. Daripada menyuntik semangat motivasi bila bangun pagi hingga mengelak kemurungan, senaman merupakan satu aktiviti yang bagus. Tapi jika anda fikir ia juga baik untuk tidur anda, salah! Mengapa? Menurut pakar, bagi yang suka bersenam pada lewat petang atau sebelum tidur, ia sebenarnya menaikkan suhu badan anda terutama bila anda melakukan senaman kardiovaskular dan menyebabkan badan menjadi aktif. Akibatnya, ini menyukarkan anda untuk mendapat tidur lena yang dimahukan.
5. Minum air dengan banyak
Kita akui kepentingan hidrasi dalam kehidupan terutama dari aspek kesihatan. Namun pakar tidak menggalakkan anda minum air sebelum tidur terutama dalam kuantiti yang banyak. Jika anda nak meneruskan, silakan tetapi jangan marah jika badan anda bangun pada waktu tengah malam semata-mata untuk membuang air kecil atau besar.
Ads
6. Minum minuman yang berkafein
Bagi sesetengah orang, kita ada ritual tersendiri termasuk minuman sebelum melelapkan mata. Bagi sesetengah, ada yang menggemari minuman berkafein seperti teh dan kopi sebagai minuman terakhir sebelum masuk ke kamar beradu. Nasihat pakar, hentikan tabiat sebegini. Menurut Grandner, secawan kopi mengandungi 80-120 miligram kafein dan boleh kekal dalam tubuh manusia selama 12 jam. Teh juga seharusnya dielakkan kerana ini juga merupakan salah satu sumber utama kafein. Masa yang sama, jika anda tetap meneruskan tabiat ini, anda sebenarnya merosakkan peluang mendapat tidur nyenyak.
7. Menikmati hidangan coklat
Siapa tak suka coklat tetapi tahukah anda, coklat juga turut mengandungi kafein. Lebih-lebih lagi sekiranya coklat tersebut ialah coklat gelap yang mengandungi kandungan koko yang tinggi. Menurut Grandner, makanan sebegini nampak tak mengganggu rehat individu tetapi bagi mereka yang sensitif dengan kafein, ia sudah cukup untuk membuatkannya aktif dan menyukarkannya mendapat tidur lena. Selain mengandungi kafein, coklat turut mengandungi theobromin, sejenis bahan yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan menyebabkan individu tidak mengantuk
8. Makan makanan pedas atau berlemak
Siapa tak suka makanan pedas atau berlemak? Makanan sebegini bisa membuatkan orang kekenyangan atau makan seperti raja. Tetapi tahukah anda, makanan ini juga berpotensi membuatkan perut anda tidak selesa. Dan sekiranya anda tidur pada waktu malam, ini pengacau berpotensi yang memaksa anda bangun pada tengah malam dan pergi ke tandas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin rata-rata di antara anda tinggal di flat, apartmen atau kondominium. Atau tempat kerja yang mempunyai bangunan bertingkat-tingkat. Cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir anda memilih menggunakan tangga dan tidak menggunakan lif?
Aktiviti memanjat tangga sebenarnya mampu menjadi salah satu bentuk senaman yang sangat mantap. Malah, ia mampu membakar banyak kalori anda. Apa kata dalam sehari anda luangkan masa sedikit untuk memanjat tangga sebanyak beberapa tingkat. Nescaya, badan anda akan mampu membakar banyak kalori. Dan ia juga telah terbukti sebagai salah satu aktiviti yang menyihatkan.
Berikut MASKULIN kongsukan 13 fakta tentang kehebatan aktiviti memanjat tangga.
1.
Ia diklasifikasikan sebagai senaman berat dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjoging.
2.
Aktiviti ini juga merupakan bentuk senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah atau melakukan senaman.
3.
Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan. Hanya perlu masa dan dedikasi!
4.
Berbanding aktiviti lain, memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.
5.
Selain menyihatkan memanjat tangga juga menjimatkan masa berbanding menunggu lif. Ia terutamanya bangunan mempunyai 5 tingkat atau kurang.
6.
Ia memerlukan lapan hingga sembilan lebih tenaga berbanding duduk dan membakar mampu sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.
7.
Jika memanjat sebanyak 20 anak tangga, anda telah membakar sekitar 3 kalori. Ini bersamaan dengan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. Satu tingkat mempunyai 17 hingga 20 anak tangga. Bayangkan betapa banyak kalori mampu anda bakar!
8.
Semasa turun 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
9.
Walaupun ketika turun anak tangga kalori lebih kurang dibakar bamun ia mampu menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.
10.
Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.
11.
Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
12.
Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
13.
Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
Jadi apa tunggu lagi! Ayuh gunakan tangga dengan lebih kerap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
PERBEZAAN KETARA
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa cara mudah yang boleh anda amalkan untuk ‘mencuci’ tubuh. Tidak perlu berdiet secara keterlaluan, hanya mulakan dengan menukar beberapa kebiasaan anda.
Minum lebih banyak
Sekurang-kurangnya dua liter air sehari dan mulakan hari anda dengan air perahan buah lemon, sebelum mengambil sarapan. Lemon akan menolong menghidratkan semula tubuh anda dan membantu proses penghadaman. Ini akan membantu proses perkumuhan bahan-bahan buangan dari tubuh anda. Selain perkumuhan, air juga menolong menyokong sistem sel dan buah pinggang.
Jadikan senaman sebagai tabiat harian
Senaman membantu peredaran darah dan sistem limpatik, seterusnya memperbaiki penghadaman, melincirkan sendi-sendi dan menguatkan tubuh. Jika anda sering bersenam, kandungan toksin dalam badan akan berkurangan. Berjalan pantas, berjoging atau ‘strength training’ adalah cara mudah untuk mula bersenam. Mulakan dengan sesi 20 hingga 30 minit sebaik-baiknya dua kali sehari . Cubalah Yoga yang bagus untuk sistem limpatik.
Minum lebih banyak Teh
Bukan teh tarik tapi teh herba seperti teh hijau, teh serai, teh ‘chamomile’ atau teh hitam. Teh mempunyai banyak antioksidan dan ia juga menghidratkan tubuh. Kafein dalam teh sebenarnya lebih baik untuk perut anda jika dibandingkan dengan kafein dari kopi.
Makan banyak makanan organik
Cuba tukar cara pemakanan dan banyakkan sayur-sayuran serta buah-buahan dengan pelbagai warna, kekacang, legum dan bijirin. Elakkan makanan yang telah diproses, sehinggakan kadar nutrisinya hampir tiada. Makanan organik akan mengurangkan toksin yang masuk ke dalam sistem tubuh anda.
Lebihkan probiotik
Makanan mengandungi probiotik seperti yogurt tanpa perasa , minuman berkultur dan tempe, bertindak menambah bakteria baik di dalam laluan pencernaan dan seterusnya membantu proses penghadaman.
Makan lebih banyak serat
Apa yang kita perlu ingat adalah setiap apa yang dimakan perlu juga keluar dari tubuh. Ambil sekurang-kurangnya 20 hingga 35 gram serat sehari. Serat bukan sahaja membantu perkumuhan tetapi boleh membantu mengelakkan barah rektum, penyakit jantung dan diabetes dewasa. Seelok-eloknya tambah pengambilan serat secara sedikit-sedikit untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.