Unlock iPhone Dengan Menggunakan Apple Watch, Memang Memudahkan Bila Pakai Mask!

Share

Teknologi peranti pintar kini semakin hari semakin hebat. Hari demi hari ada sahaja pembaharuan dan inovasi diperkenalkan untuk memudahkan serta memberikan pengalaman baharu yang menarik untuk pengguna.

Di antara jenama pengeluar yang sentiasa menampilkan pembahruan hebat ialah Apple. Sebagai salah satu jenama paling popular, tidak hairanlah mengapa setiap inovasi yang diketengahkan oleh jenama ini sentiasa menarik perhatian ramai.

Pengenalan teknologi Face ID sebagai contohnya mencetuskan evolusi baharu dalam teknologi telefon pintar. Namun sejak penularan wabak Covid-19 berlaku dan membuatkan ramai orang terpaksa memakai mask atau pelitup muka, ia seakan tidak dapat digunakan lebih meluas dalam kehidupan seharian.

Sedar akan perkara itu, Apple kini memperkenalkan cara baharu untuk unlock iPhone anda dengan menggunakan Apple Watch. Jadi buat pengguna iPhone yang memiliki Apple Watch, ini adalah pembaharuan yanh tidak harus anda lepaskan. Pengenalan ini dilakukan bersempena dengan update terbaharu sistem operasinya, iOS 14.5.

Sebelum anda ingin menikmati features terbaru ini, ada beberapa perkara perli dilakukan. Pertama sekali pastikan iPhone anda telah update kepada iOS14.5 dan Apple Watch pula dengan watchOS 7.4.

Anda boleh melakukan update iPhone dengan pergi kepada Settings -> General -> Software Update. Manakala untuk Apple Watch pula, buka app Watch kemudian tekan My Watch di bahagian bawah skrin. Pilih General -> Software Update.

APA YANG ANDA PERLUKAN

  • iPhone X ke atas yang mempunya Face ID
  • Apple Watch Series 3 ke atas
  • iOS 14.5 atau yang paling terbaru
  • watchOS 7.4 atau yang paling terbaru

CARA SET UP UNLOCK IPHONE DENGAN APPLE WATCH

  • Tekan Setting pada iPhone
  • Pilih Face ID & Passcode
  • Masukkan nombor Passcode anda
  • Skrol ke bawah ke seksyen ‘Unlock With Apple Watch’ dan tekan ON. Begitu juga dengan seksyen Apple Watch

MENGGUNAKAN INOVASI INI

Selepas melakukan semua setting tersebut, anda bolehlah menggunakan Apple Watch untuk inlock iPhone. Caranya anda harus pastikan Apple Watch telah unlock terlebih dahulu dan pastikan ia dipakai atau berada dekat dengan anda.

Pertama kali untuk unlock iPhone akan menyuruh anda untuk masukkan passcode. Selepas itu, anda boleh terus menggunakannya. Tiada lagi masalah terpaksa buka mask atau masukkan passcode secara manual untuk unlcok iPhone!

Selamat mencuba!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim