Sebagai jenama fesyen yang semakin mekar di hati ramai rakyat Malaysia, UNIQLO, menampilkan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 terbarunya.
Koleksi ini yang diberi nama panggilan “Timeless Tones” juga diraikan sempena ulang tahun ke-40 jenama UNIQLO.
Semalam bertempat di Blossom A GlassMansion, Kuala Lumpur, MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi baharu. Di mana ia turut dihadiri beberapa orang pempengaruh dan selebriti terkenal.
Menariknya koleksi dan sentuhan preview pada kali ini diilhamkan oleh dua bandar bersejarah di Eropah iaitu Edinburgh dan Stockholm.
Hadir dengan tema “Timeless Tones,” ia menggambarkan perpaduan gaya klasik dengan sentuhan moden yang mampu mengekalkan tarikan sepanjang masa.
Inspirasi dari Edinburgh membawa gabungan corak dan bahan yang unik, manakala Stockholm pula memberikan sentuhan tona kontemporari.
Hasilnya, koleksi ini menghasilkan kepingan yang bukan sahaja elegan tetapi juga versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Ads
Koleksi ini turut menampilkan pelbagai gaya pakaian yang menonjolkan keistimewaan fesyen tempatan.
GAYA PRAKTIKAL
Di Malaysia, UNIQLO mengambil kira cuaca panas dan lembap dengan memperkenalkan kombinasi istimewa seperti AIRism Sleeveless High Neck Cut dan bahan seperti Rayon serta UV Cut.
Ini menjadikan koleksi “Timeless Tones” bukan sahaja relevan tetapi juga praktikal untuk gaya hidup di Malaysia, memberikan keselesaan dan fungsi yang optimum.
Ads
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, UNIQLO telah melalui pelbagai fasa evolusi, dari aspek potongan yang lebih ringan hingga kepada keselesaan yang lebih tinggi dan fungsi yang ditingkatkan melalui bahan-bahan inovatif.
Antara yang menarik perhatian adalah fabrik seperti PUFFTECH dan HEATTECH yang terus diperbaharui untuk memberikan kehangatan dan kelembutan yang maksimum.
PUFFTECH, contohnya, merupakan benang UNIQLO yang paling ringan dan hangat, dibangunkan dengan teknologi serat yang inovatif.
Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 ini akan tersedia di semua cawangan UNIQLO dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari laman web UNIQLO.
‘Timeless Tones’ oleh UNIQLO bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-40 jenama ini, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka dalam menggabungkan elemen klasik dengan reka bentuk moden.
Dengan fokus kepada keunikan tempatan dan bahan inovatif, koleksi ini pastinya akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai gaya yang abadi dan praktikal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hampir semua lelaki suka memakai jaket denim. Namun jika anda pakai jaket denim dengan gaya yang sama setiap hari, pasti membosankan.
Jangan sempitkan pemakaian jaket denim anda hanya dengan satu gaya sahaja. Cuba tunjukkan keberanian dan serlahkan penampilan maskulin anda dengan gaya jaket denim yang berbeza.
Pasti wanita akan tertarik dengan anda bila anda menggayakan lima stail jaket denim ini.
Ini merupakan gaya klasik yang menjadi kegemaran ramai lelaki. Anda akan kelihatan cool bila mengenakan jaket denim bersama t-shirt putih tanpa corak. Namun pastikan t-shirt anda tidak terlalu ketat, terlalu longgar atau terlalu jarang. Padankan gaya ini dengan seluar hitam dan sneakers bagi melengkapi gaya cool anda.
2. Jaket denim + t-shirt berkolar V
Memadankan jaket denim dengan t-shirt berkolar V juga boleh membuatkan penampilan anda nampak maskulin. Ini kerana kebanyakan lelaki hanya menyarungkan jaket dengan t-shirt berkolar bulat. Sesekali padankan bersama t-shirt kolar V juga memberi sau kelainan. Lebih menarik jika anda tambahkan dengan cermin mata hitam untuk menonjolkan imej santai anda.
Gabungan jaket denim juga sesuai digayakan dengan sweater. Namun pastikan anda menggayakan ini ketika cuaca di luar sedikit sejuk untuk menghangatkan badan. Jangan pula anda sarungkan ketika tengah terik matahari, bimbang makin berpeluh jadinya. Pilihlah warna sweater yang kontras dengan jaket anda.
4. Jaket denim + seluar denim
Jaket denim sememangnya sesuai dengan seluar denim. Trik agar imej anda lebih menyerlah, sarungkan seluar denim berlainan warna daripada warna jaket denim anda.
5. Jaket denim + kemeja + tali leher
Selain gaya ringkas, jaket denim juga boleh dipakai ke pejabat untuk gaya formal. Padankan jaket denim bersama kemeja dan tali leher untuk gaya yang berbeza.
Menjelang Aidilfitri, jenama-jenama pakaian tradisional tempatan berlumba-lumba melantik selebriti dan pempengaruh untuk memperagakan koleksi busana lebaran masing-masing.
Jenama Baju Melayu Elrah Exclusive juga tidak ketinggalan malah lebih selangkah di hadapan apabila menampilkan bekas Menteri Belia & Sukan Negara, Khairy Jamaluddin sebagai peragawan terbaharunya.
Menerusi perkongsian video-video pendek kempen raya di media sosial Elrah Exclusive, Khairy atau mesra disapa KJ itu dilihat menggayakan Baju Melayu dalam beberapa rona termasuklah rona krim, ungu, merah jambu dan biru laut bersama samping pelbagai warna.
Menurut pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman, tindakan ‘berani’ untuk melantik Khairy itu adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mencipta fenomena Baju Melayu jenama berkenaan.
Beliau dalam ayat berkias juga menyatakan peluang tersebut telah lama diharapkannya dalam menerusi kapsyen di salah satu hantaran video menunjukkannya berpelukan mesra dengan Khairy sebelum ahli politik itu beransur pulang.
“Matlamat ibarat peluru dalam pistol. Bila sudah tekad hanya tekan picu boom!
“Matlamat kita laksana tanpa fikir apa kata orang yang menghalang kita untuk menarik picu tersebut untuk menuju ultimate goal kita sendiri,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pula, warga maya menyambut baik perlantikan Khairy dan sesetengahnya menyifatkan beliau sebagai seorang insan yang mempunyai pelbagai bakat termasuklah sebagai ahli politik, penyampai audio siar (podcast), penyampai radio di Hot FM dan kini sebagai peragawan.
Sesuai dengan takrifan “tall, dark & handsome” yang sering dikaitkan dengan beliau, warga maya menyifatkan penampilan Khairy sangat tepat melambangkan imej lelaki Melayu tempatan yang merupakan sasaran terbesar pakaian tersebut.
Poket kecil seluar jean merupakan salah satu bahagian di seluar jean yang pasti ada walau apapun jenamanya.
Bercakap tentang ini rasanya agak mustahil untuk seorang lelaki moden pada zaman sekarang untuk tidak sekurang-kurangnya sehelai seluar jean dalam almari.
Seluar jean kini menjadi salah satu item pakaian yang sudah sinonim dengan kehidupan harian terutamanya seorang lelaki. Selain tahan lasak ia juga memberikan pelbagai dimensi gaya buat seorang lelaki tampil kacak.
PENGGUNAAN POPULAR
Buat anda yang sering memakai seluar jean pasti perasan akan kewujudan poket yang kebiasaannya terletak di bahagian atas poket kanan seluar. Tidak kisahlah jenama apa sekali pun kebanyakan seluar jean pasti akan disertakan dengan poket kecil ini.
Umum pasti beranggapan bahawa poket kecil ini dicipta untuk menyimpan duit syiling. Tapi sebenarnya kita pun agak bergelut untuk mengeluarkan syiling yang disimpan di dalam poket kecil itu.
Poket kecil di seluar jean ini dikatakan telah mula diperkenalkan pada tahun 1879. Ia satu jangka masa yang sangat lama. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai yang tidak tahu asal-usul ia diperkenalkan.
Poket kecil yang dianggap sebagai ruang menyimpan syiling ini juga pernah diberi gelaran sebagai ‘poket tiket’, di mana pengguna menyimpan tiket konsert atau panggung wayang.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya poket kecil tersebut pada asalnya diberi gelaran ‘watch pocket’ atau poket jam. Pada era dahulu kebanyakan koboi di Amerika Syarikat menyimpan jam poket di dalam poket seluar kecil tersebut.
Malah ia memang diperkenalkan untuk meyimpan jam poket dengan saiznya yang cukup sempurna untuk penyimpanan. Selain koboi pekerja lombong juga menyimpan jam poket mereka sepanjang masa.
Mereka tidak menggunakan jam tangan kerana kerja-kerja lasak yang dilakukan. Dan jam poket merupakan trend yang sangat popular pada era tersebut. Jam poket yang disimpan di dalam poket kecil itu boleh diambil dan disimpan dengan cukup mudah.
Itulah sebenarnya asal-usul poket kecil yang terdapat di hampir kesemua seluar jean yang diperkenalkan di pasaran hingga sekarang.
Jika anda ingin mencari seluar jean murah boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.