Hari ini masuk hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa di Malaysia dan seluruh dunia. Walaupun berdepan cabaran pandemik, namun keterujaan menyambut Ramadan dan Syawal pada bulan hadapan masih juga terasa.

Dalam tempoh beberapa hari ini pelbagai rekaan baju raya sudah dikongsi oleh banyak pereka fesyen dan juga jenama. Sama ada jenama tempatan mahu pun luar negara, masing-masing menyerlahkan rekaan yang tersendiri.

UNIQLO Perkenalkan Rekaan Baju Melayu Bersempena Musim Perayaan

Begitu juga dengan jenama asal Jepun, UNIQLO yang melancarkan beberapa rekaan pakaian bersempena musim perayaan nanti. Tampil dengan tema ‘Grateful for Every Moment, Essential for Every Occasions’, koleksi raya dari UNIQLO pada tahun ini diserlahkan dengan padanan pelbagai jenis fabrik.

Di antaranya ialah fabrik dari jenis kapas, rayon dan juga strecth jersey yang mampu memberikan keselesaan sepanjang hari sesuai dengan cuaca di negara kita.

IKLAN

Koleksi khas raya ini telah dilancarkan dan kini boleh didapati di outlet dan juga laman e-dagang UNIQLO di atas talian. Di antara yang paling menarik perhatian ialah rekaan Dry Easy Baju Melayu yang tampil tanpa kolar dan juga kemeja bermotifkan batik.

UNIQLO Perkenalkan Rekaan Baju Melayu Bersempena Musim Perayaan

Menariknya, Baju Melayu dari UNIQLO ini dihasilkan dari fabrik strecth jersey yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi rasa kelembutan pada kulit ketika memakainya. Dari segi fit pula ia tidak terlalu lebar atau besar dan sesuai dengan rekaan kotemporari terkini.

IKLAN

UNIQLO Perkenalkan Rekaan Baju Melayu Bersempena Musim Perayaan

Inovasi ‘Dry Easy’ menjadikan Baju Melayu ini tidak panas untuk dipakai serta cepat kering apabila terkena peluh. Dan istimewa lagi ia juga wrinkle-resistant atau tidak akan berkedut.

IKLAN

Kemeja bermotifkan batik pula diperbuat daripada fine cotton broadcloth yang memberikan sensasi kelembutan dan halus pada buat sesiapa sahaja yang memakainya. Untuk sensasi gaya, padankan dengan seluar Smart Ankle atau sleuar Ultra Light bagi penampilan lebih kasual.

UNIQLO Perkenalkan Rekaan Baju Melayu Bersempena Musim Perayaan UNIQLO Perkenalkan Rekaan Baju Melayu Bersempena Musim Perayaan

Selain koleksi lelaki, pilihan untuk wanita juga tidak kurang hebatnya dengan Batik Collections.

Selain itu sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan akan datang, UNIQLO turut bakal menjalankan beberapa kempen seperti Raya Campaign Activities, Reusable Raya Packet Giveaway dan AIRism Mask Giveaway yang rata-rata disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI